Saturday, April 18, 2015

Kenangan Terindah Bergelar Seorang IBU !!!

Khamis, 2 April 2015


Planning hari ni nak MC sebabnya nak pergi scan perut kat poliklinik. Si suami pun plan nak cuti, katanya nak study tuk exam sabtu ni. So 2-2 cuti hari ni. Pagi-pagi lagi 2-2 dah bangun dari tdo dan ingin bersiap awal. Suami nak teman si isteri pergi klinik katanya nak scan baby. Si isteri mandi dulu. Di dalam bilik air, tiba2 rasa ade bendalir merah keluar. Dalam hati berkata, hari ni ke masanya. Keluar bilik air semula bagitau si suami ada darah keluar. Suami tak paham. Huhu.. sabar jela. Ulang balik ayat yang sama “ada keluar darah, dah nak bersalin ke abg?”.. muka abang berubah.. cepat2 dia telegram grup family dia apa tanda nak bersalin.

Si isteri masuk semula ke bilik air dan mandi secepat mungkin sebab si suami belum mandi lagi. Dah siap keluar bilik air, cepat2 cek barang dan packing siap-siap dalam bag.. si suami bergegas masuk ke bilik air dan mandi secepat mungkin. Si isteri masih steady lagi. Tak kelam kabut.. cool je. Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa takutnya nak bersalin..

2-2 dah bersiap, bag dah packing. Masa untuk bertolak. Pada mulanya juz nakkan confirmation, pergi dulu ke klinik panel asben. Nak tanya doctor tu ke tanda nak bersalin. So doctor kata better pergi ke hospital bersalin dan barang-barang jangan lupa bawa. Keluar dari klinik, kol mak bagitahu rasanya along dah nak bersalin. Dan minta mak temankan ke hospital bersalin sekali almaklumlah si asben takde pengalaman nak sambut anak.. hihi.. balik ke rumah mak, tukar kereta yang lebih selesa dan bergegas ke hospital pantai ayer keroh, Melaka. Sejam lebih baru tiba di hospital (dalam pukul 1 lebih tengahari). Alhamdulillah sepanjang perjalanan masih relax tanpa ada tanda nak bersalin sangat. Masuk hospital dan berjumpa dengan nurse kepada doctor Hanisah. Bagitahu dia, darah dah keluar pagi tadi. Cepat-cepat dia suruh masuk labour room. After cek, kata nurse dah buka 3 cm. Dr Hanisah masih tidak kunjung tiba. Kata nurse dia nak sambut 2 orang baby. Ak masih cool di dalam bilik.
Nurse suruh ak tukar bilik. So aku bergerak ke bilik lagi satu ditemani suami. Si suami sabar dan tabah dengan kerenah si isteri on dat time. 

Jam menunjukkan pukul 3 lebih. Masih relax duduk di bilik dengan berpakaian uniform hospital. Nurse memasang alat untuk cek constraction baby. Tiba masanya ak sudah berasa tidak keruan. Sakit sudah mendatang. Nurse menyuruh asben mengurut belakang ak. Suami pun urut tapi masih tidak dapat mngurangkan kesakitan yang dialami. Hanya Allah tau kesakitan sakit nak bersalin tu. Sakit tulang belakang yang teramat sakitnya. Nak tercabut nyawa rasanya. Ak baring ke kiri dan ak ke kanan. Kadang2 menjerit kesakitan dan menangis meraung. Ya Allah. Sakitnya. Asben mengajar ak membaca pelbagai ayat al-Quran untuk mengurangkan kesakitan tu. Tapi ak masih sakit. Asben sentiasa di sisi ak ketika itu untuk menenangkan si si isteri yang sakit..

Doctor Hanisah menjengah masuk untuk melihat masa constraction. Makin cepat constraction menandakan tiba masa untuk bersalin. Jalan dah buka 8 cm. Ak rasa tiba masa untuk keluar baby di dalam rahimku. Nurse dan doctor mengajar ak cara untuk meneran. Kakiku dibengkokkan. Doctor dan nurse bertalu-talu menyuruh ak menarik nafas dan curi nafas. Ak dah takde tenaga ketika tu. Doctor dan nurse cakap pon ak tak endahkan. rasa nak tdo je. Tapi ak tetap buat apa yang disuruh. Aku push dan push. Memang susah nak teran. Tak keluar-keluar juga baby. Doctor kata awak buat macam awak sembelit. Ak cuba lagi.. tapi still tak boleh. Ak rase macam nak berak ada lah. Tapi sebenarnya itulah baby nak keluar. Bukan tahi sebenarnya. huhu. Ak frust sangat.. dah 10 cm buka pun ak masih tak boleh nak keluarkan si kecik ni. Doctor kata dah setengah jam tapi awak masih tak boleh. Akhirnya, doctor decide nak vacuum. Ak kalau boleh tak nak baby ak di’vacuum’. Tapi apakan daya. Ak masih tak mampu nak push. Akhirnya baby aku keluar dengan bantuan vacuum. Nyawa ak dah rasa seperti nyawa-nyawa ikan. Takde perasaan lain, hanya penat yang teramat. Baby keluar dan diletakkan di atas badan ak. Tapi ak masih tidak bertenaga. 

Akhirnya kedengaran bunyi baby menangis. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah atas kurniaanMu. Baby diserahkan pada ayahnya untuk diazankan dan diiqamatkan. Ak dibersihkan oleh nurse. Akhirnya, penantian kami berakhir. Kami digelar ayah dan ibu kepada si kecil Aisyah Dhia Irdina =)

Tempat lahir: Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka
Berat : 2.85 kg
Masa: 8.17 malam

Detik dan Ketikanya:

Menanti saat itu.. Debonya..

After deliver my baby.. Akhirnya.. Penantian yang dinanti setelah mengendongnya
9 Bulan 5 Hari

Suami sabar menanti di sisi.. Di dalam hatinya ku tahu dia memikirkan exam yang bakal diambil esok harinya

Oh..my baby.. Pengikat kasih sayang aku dan suamiku..It's a girl =)

Study untuk exam di sisi katil aku. Snap pic dia secara sembunyi ^_^ i lap u abang







: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

1 comment:

  1. Dah ada nama. hehe... Aisyah Dhia Irdina, selamat datang puteri. Selamat membesar jadi anak yg solehah utk ibu ayah awak yer :)

    Tahniah kak long dan hsband.. Tahniah acik zai dan cik shaeb. Hehe... dah dpt cucu :)

    ReplyDelete

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved