Friday, October 31, 2014

OH Tuhan.. Ku cinta dia..




Oh Tuhan.. Ku Cinta Dia.. Opppsss... Teremosi Kejiwangan pulak..!!

Genap setahun 2 bulan hidup bersama tatkala aku menekan keyboard komputer aku ni.. Now, bukan berdua dah.. InsyaAllah bertiga tidak lama lagi.. In my tummy, dah 3 bulan lebih.. Alhamdulillah.. Syukur atas kurniaan Mu.. 

Ni ler suami.. Teman gaduh suka2.. Teman buli time sekarang ni.. "Abang, beli itu..Abang beli ini".."Ayang teragak nak makan ni la".. Ayang nak yang tu bole".. hikhik.. kesian tengok suami.. layankan kerenah isteri yang sudah membuncit pewotnya.. Tempoh pregnancy setakat ni.. Urm.. nak cerita.. teruk beno rasa.. Muntah pagi, tengahari, petang dan malam.. Mangkuk tandas dah jadi teman setia aku menadah makanan yang tidak hadam.. Tak pun, air liur sahaja yang keluar.. Kekadang tu, dah tak larat bebenor nak pergi kerja.. MC la hari ni.. "Abang, teman ayang pergi klinik ye..nak MC la hari ni..tak larat nak pergi kerja..pening-pening..muntah-muntah".. Kesian tengok suami sekarang.. Kalau nak dicerita banyak.. memang banyak yang berubah masa pregnant sekarang ni.. Dapur!!! oh! tempat terlarang untuk aku jejak.. Kalau pergi saja, gerenti tekak kembang semangkuk.. Tak sempat nak cari mangkuk tandas.. Singki dapur jadi mangsa.. hikhik.. Hand wash kat dapur pun ak tak boleh bau.. ewwww... Kembang ler.. Apa nak jadi aku ni.. Bukan mengada-ngada.. Tapi.. memang mengada time ni je..hihi.. 

Kalau nak diceritakan keadaan rumah sekarang.. fuhhh..!!! tonggang langgang aka tongkang pecah.. dapur memang tak berasap.. barang sepah-sepah.. nak buat semua benda rasa tak larat.. nak kemas apetah lagi.. katil juga la jadi penyeri mata aku sekarang.. balik kerja, penat.. naik ats katil..terbongkang.. maghrib..tak usah cerita.. lepas solat maghrib, naik atas katil empuk.. layankan diri.. terlelap juga akhirnya mata ni.. kalau nak kata.. memang sepanjang ni.. terbaring dan tidur sahaja kerjanya.. apelah nak jadi dengan ko zyda..huhu..

Pernah sekali tanya suami.. Lepas ni nak tambah lagi ker.. Tak nak rancang?.. Katanya tak payah rancang.. Ada rezeki, ada lah.. hihi.. Dalam hati, dalam fikiran.. Takut pulak second baby nanti alahan macam yang ni.. Hopefully tidak la.. Semoga dipermudahkan urusan ak..

Doakan aku supaya aku dapat melahirkan anak aku ni dengan mudah, normal dan sihat babynya.. dan doakan yang baik-baik sahaja ya keluarga yang baru aku bina ni.. =)


- TAMAT -

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved