Wednesday, December 18, 2013

: TERsedar ! Rupanya sudah hidup berTEMAN :

Mengimbau kenangan lalu,

Tanggal 16 Ogos 2013, aku dan suami selamat di IjabQabul kan. Teringat !!! Kelam kabut dibuatnya. Mana taknya, preparation last-last minit kan. Plan asal nak kawin pada 16 September, tapi disebabkan kekangan masa yang tidak membolehkan ia berlaku pada date tersebut, kami terpaksa awalkan sebulan dari date asal. Almaklumlah, aku dah bertugas di sarawak. nak cuti punya la susah except cuti sekolah bolehlah aku bercuti sakan dan berkesempatan untuk balik ke Semenanjung. tyme raya aku dan suami selamat di IjabQabulkan. nak kata sempurna majlis tu tidaklah sempurna. banyak juga cakap-cakap belakang sampai kat telinga aku. aku akui, memang tak berapa nak prepare majlis aku ni. tetapi, aku bersyukur, aku selamat menjadi isteri kepada suami aku. 


Bayangkan, nikah hari jumaat, sanding hari sabtu, ahad pegi honeymoon kat PD, minta tambahan cuti dua hari iaitu sampai hari selasa, selasa tu dah terbang balik ke Sarawak tanpa suami. memang mencabar la perkahwinan kami. orang kata memang pengantin baru la. hihi. tak sempat nak bersama lama ngan suami dah kena tinggal. sob sob. Aku bersyukur suami memahami. terus terang, terasa sunyinya hidup kat Sarawak ni tanpa suami T_T. 


Trimas encik suami sebab sudi cuti dan datang setiap bulan melawat si isteri. sebulan tak jumpa. seminggu je bersama suami di sisi, pastu sebulan dipisahkan kembali dek lautan. macam tu lah hidup kami setiap bulan.

Sehingga aku diberikan khabar berita iaitu tanggal 25 November 2013 mengatakan "Permohonan Pertukaran Anda Berjaya. Tahniah !!!" Bersyukur tidak terhingga kepada Allah SWT. Terus terang aku tidak mengharapkan sangat pertukaran ini. Ramai kot kata, aku baru lagi berkhidmat, tidak mungkin aku dapat tukar. Siapa sangka Allah maha mendengar, Alhamdulillah aku dapat hidup dekat dengan suami aku semula mulai tahun 2014. Syukur Alhamdulilllah. ^_-


Sekarang tengah plan nak bina hidup sebagai sebuah keluarga. Rumah nak duduk tu dah ada. Plan sekarang nak cat rumah dan penuhkan barang-barang dalam rumah tu baru leh duk dalam rumah tu ^.^ . Semoga Allah permudahkan urusan kami berdua.

P/s: Abang, terima kasih menerima diri ini seadanya dan sentiasa melayan kerenah si isteri abang ni yang memang banyak kerenahnya dengan sabar. Si isteri sentiasa mendoakan hubungan yang terjalin ini kekal hingga ke syurga. Sentiasa mendoakan abang diberikan perlindungan oleh Allah dimana abang berada, Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan, kehidupan yang bahagia dan Semoga kita dikurniakan zuriat yang Soleh dan Solehah kelak.

Aminnn. Love u forever and ever. Until Jannah ! =)

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

2 comments:

  1. Afdalnya nikah di bulan Syawal pada hari Jumaat. Moga2 berkat kekal ke jannah.. ^^
    Cepat juga kak long dpt tukar kan? Rezeki tu.. ada juga org yang bertahun2 mohon, bru dpt tukar..
    Tahniah! dan slmt berkhidmat kpd ank bangsa di daerah kelahiran :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan rezeki ini..
    Nanti nikah hari jumaat juga tau..Penghulu segala hari..
    weee..doakan kebahagiaan kami.. =)

    ReplyDelete

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved