Thursday, December 5, 2013

: Rumah kedua ! Kenduri? Kecut Pewot Wooo ! :

Wah! Seram sejuk bila dah diberitahu awal-awal oleh si suami balik je dari Sarawak, seminggu selepas itu akan diadakan kenduri di rumah kedua saya iaitu rumah mak mertua. Hari ni dapat tahu, hari ni juga dah kecut pewot duk memikir apalah yang kena buat tyme kat rumah mak mertua. Plus dengan adanya abang ipar, kakak ipar, biras, anak-anak buah, mak cik-mak cik, jiran-jiran kampung lagi ler bertambah kecot!.. First tyme nak ada pengalaman yang indah ini. Tapi selagi tak sampai harinya memang dok memikir jela apa yang harus aku buat masa tu. Lagipun, kat rumah aku mana pernah buat kenduri macam ni. Aku kan anak sulong, akulah anak pertama yang kawin. Nak ada tambahan keluarga belum lagi sebab suami aku ler tambahan dalam famili aku buat masa sekarang ni.

Hari kenduri (24 November 2013)


Wah! bertambah takut dan kecut perutnya. Pagi-pagi bangun je dari tidur dah berdebar satu badan. Mana taknya, dah start kecoh kat luar tu duk bercakap barang itu, barang ini yang perlu dibeli untuk masak.. Erk..dalam hati..masak?!.. Aku setakat tolong-tolong boleh la. Nak tunjuk hero dalam memasak tu tidaklah. Takkan la aku pandai-pandai nak tunjuk pro sebab ni kenduri. Memerlukan pengalaman memasak dalam kuantiti yang banyak. Lagi-lagi semua menu dah ada. Cuma penyediaan bahan tu kenalah pro. Takut-takut juga la aku nak menolong. Pengalaman pertama nak tunjuk aku ni juga macam menantu yang lain.. Kena juga beranikan diri tanya mak mertua nak tolong buat apa kan. Si suami awal-awal lagi dah menghilangkan diri entah kemana.  Yelah, tak nak tengok si isteri ni duk berkepit je dengan dia. Lagi-lagi dia tahu aku ni mampu bawa diri. Nak tak nak kena la biasa kan diri.Teringat satu situasi, bila nak potong apa-apa mesti cakap kat mak si suami "Mak, kalau salah bagitahu ye sebab kita tak pandai".. Wee..berani betol statement aku. Kalau sebelum kawin cakap camni gerenti awal-awal dah kene reject. Bagi aku better tanya dari salah buat.. Actually, aku boleh buat semua tu. Tapi cara orang kan berbeza-beza lagi-lagi cara penyediaan makanan. Untuk elakkan kita salah buat sesuatu, baik kita tanya dari kena marah. Biarlah orang kata belakang kita, asalkan kita tahu apa yang kita buat. =)  Finally, aku berjaya harungi perjalanan hari kenduri tersebut dengan baik.


Lastly, nak bagitahu. Dalam diam-diam aku tak tahu nak pakai baju kaler apa tyme kenduri. Akhirnya aku pilih kaler coklat. Nak kepastian okey ke tak baju ni, aku tanya la si suami. Suami kata okey. Dan aku pikir suami akan pkai baju tshirt n suar slack je tyme kenduri. Tidak ku sangka, rupa-rupanya, kat rumah dia ada baju melayu kaler same dengan aku. Last-last dia pakai. Dan pada malam itu, kami pakai baju kaler sedondon. Dalam hati, tak sangka juga dia nak juga tiru baju kaler sama dengan aku.. (Hati berbunga riang !^_^)




p/s: Tak sangka dah ada suami, mak mertua, abang dan kakak ipar, biras, dan anak-anak buah.. =) Papepun. Njoy in marriage life =) weeeeee... <3 comment-3--="">



: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

No comments:

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved