Thursday, December 12, 2013

: Kita jumpa lagi buat sekian lamanya :


Lama sudah kita tidak bersua muka kan. Hari Sabtu, 7 Disember 2013 baru kita berkesempatan untuk bertemu semula. Rasanya nak dekat 5 tahun juga kita tak jumpa kan. Yang datang wedding aku je last kita jumpa kan. Thanks to Allah SWT mempertemukan kami geng-geng Uitm Machang semula. Alhamdulillah. 


Berdebar juga sebenarnya bila nak jumpa sahabat lama ni. Dah jumpa baru terasa rapat kembali. Ada dalam kalangan kami yang tidak dapat hadir, Nadia, Hawa dan Shila Khir. Yang datang pada masa tu, Zira, Sheila Helmi, Nurul dan Ieka. Kami sepakat berjumpa di seksyen 7 dekat dengan Nasi Ayam Penyet AP. Kelam kabut dibuatnya bila pertama kali berjumpa. Nak cari meja punya la susah sebab kami agak ramai ditambah dengan laki masing-masing dan juga anak-anak. Aku ler paling kecoh. Sikit-sikit panggil waiter kat situ suh sambungkan meja so that kami dapat duduk bersama. Tapi, malangnya keadaan tempat yang agak sempit membuatkan meja kami terbahagi kepada dua. Nak borak punya la susah. Aisssh! Nak buat camna. Terima jela. hihi.

Benda yang paling mengkagumkan ketika itu, bila Sheila Helmi membawa pasangannya sekali. Aku paling excited nak tahu mana dorang jumpa kan. Soklan pertama yang aku tanya. Bila kenal?. Pastu berduyun-duyun juga soklan ditanya "Dah berapa tahun?, bila nak makan nasi minyak?, Kenal mana?" haha. Aku akan tanya selagi jawapan yang diberi tidak memuaskan. Hopefully, hubungan korang akan ke jinjang pelamin. Amin. Benda kedua mengkagumkan aku adalah, nurul dan zira dah ada anak sorang. Anak zira namanya Luqman, Anak nurul namanya Fathia. Bila dorang melayan kerenah anak dorang, aku sibuk pulak berangan dalam hati "kalau la aku ada anak, camna la keadaan aku kan". Tengok dorang tyme tu, nak makan pon terganggu duk melayan keletah anak. Tapi dorang tetap sabar. One day nanti aku juga akan seperti dorang. Hope aku seorang yang sabar untuk melayan keletah anak-anak kelak.

Pas makan kat situ, planning nak pergi Ole-Ole seksyen 18 main boling. Sebelum nak ke sana, sesat la pulak.Aku yang jadi co-pilot pon bole sesat. haha. kesian. Dalam hati dah takut mana tau kena sumpah seranah je..huhu. Finally suma sampai kat situ. Wah! bengang lagi. Lane penuh ler. Ada tournament katanya. pikir lagi nak main kat ner. okey! set, kat U8 pulak. okey, ramai-ramai konvoi kesana dengan 4 buah kereta. sampai ja kat sana, pusat boling under constructian. Haiya!, memang takde rezeki. Melanguk lama-lama kat situ. Agak bosan la. Tengok semua dah penat. hihi.


Lastly, pakat ramai-ramai nak g makan kat muara ikan bakar tanjung harapan, klang. konvoi lagi. sesudah sampai sana, cari meja then bab memilih makanan laut disitu. nasib baik la tak bosan kan. Lauk tyme tu memang sedap wo. Udang masak tepung, tomyam campur, khailan ikan masin, ikan 3 rasa dan ikan masak stim. Pastu order air oren satu jug dan air aku special sket, air kelapa. orang demam katakan..hehe.. last sekali..amik gambo kenangan. tapi slacknya kat sini. tak nampak pun signboard muara ikan bakar tu.. Gambo fokus kat muka ktorang je.. Salahkan sapa? Salahkan kamera tau..ehhe. 

p/s : Happy ending. Next tyme jumpa lagi.. Hope en asben dapat join sekali.  yeah! =)








: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

2 comments:

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved