Sunday, July 21, 2013

Hello! Bumi Kenyalang..

Assalammualaikum..
Hye rakan blogger!!

Yehaaaa! Syukur Alhamdulillah.. Dan terima kasih kepada mak, abah, adik beradik dan en tunang kerana memberi semangat kat aku untuk terus berada di sini.. Wah.. xsangka hampir 3 minggu aku berada di bumi kenyalang. Walaupun amat berat untuk meninggalkan negeri kelahiranku.. Namun aku gagahkan diri, pulun semangat yang ada untuk terus berbakti kepada anak bangsa di sini.. Teringat aku bila dapat tahu bakal ditempatkan di sini, menangis wo.. Tapi apa boleh buat, semua sudah tertulis oleh Sang Pencipta. Aku redha dengan rezeki yang Dia berikan kepadaku. Memang ditakdirkan rezeki aku bermula di sini.. Nak tahu tak di mana aku ditempatkan? Ni ha, aku sedang menaip setiap kata-kata ku sambil berbaring di atas katil empuk di rumah sewaku yang berada di Lawas, Sarawak. Korang try tgk peta Negeri Sarawak, di manakah Lawas.

Tenunglah lama-lama Lawas tu kat mana..haha





Tengok peta memang sakit. Jauh nak ke Sabah dan Labuan.. Tapi, aku sangat bersyukur sebab nak balik kampung senang je.. Kemudahan flight senang je. Naik bas atau van 3 jam ke Kota Kinabalu, then, ambil flight terus balik ke KL ataupun Senai. Mudah kan. Jadi, tak payah dah nanges ag. Kua air mata darah pon bukan leh tukar balik semenanjung. Paling tak lama pun kena stay setahun kat sini. Pastu baru leh mintak tukar. Itupun bukan senang nak balik semenanjung tau. Ada cikgu kat sini 7 tahun, tapi tak dapat tukar. Redha dengan ketentuanNya.. Allah perancang terbaik buat hambaNya kan. Nak tak nak kena la berada di sini.. Kalau boleh tak nak la lama-lama kat sini. Setiap tahun mesti apply pindah balik semenanjung. hehe.. Mana boleh jauh dengan family dan bakal suami. Lagi-lagi dah nak naik pelamin ni ha. Sakit wo jauh dengan bakal suami.. Mana boleh kan. Cian kat dia nanti. hehe. Semoga segalanya dipermudahkan Allah. Semoga aku sentiasa di bawah lindungan Allah. Semoga niatku sentiasa ikhlas untuk mendidik anak bangsa. 

Meh tengok tentatif permulaan langkah ku ke Bumi Kenyalang. So that, boleh baca nanti kan. =)

1 Julai 2013 - Lapor Diri di Hotel Pearl International, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

2 Julai 2013 - Terbang dari KLIA ke Kuching dan duduk di hotel. Ada program orientasi bersama JPN Sarawak

4 Julai 2013 - Terbang dari Kuching ke Miri. Petangnya, terbang dari Miri ke Lawas naik Twinouter. Huhu, first time naik Twinouter. Terbang bawah awan. Pekak sekejap telinga naik benda alah ni. Pastu, boleh nampak pilot yang bawa. Kuikui. Taubat tak nak naik lagi. Seram woo. Mujo ada cara lain nak balik semenanjung. Tak payah la naik Twinouter kalau nak balik kampung. hihi. Sampai je kat Lawas, ada cikgu senior menunggu dan bawa ke rumah sewa mereka. Now, stay with them =)

5 Julai 2013 - Lapor diri di sekolah. First time jejak kaki ke sini. Tak sangka, cikgu-cikgu kat sini tersangatlah ramah. Berbeza sangat dengan cikgu-cikgu di semenanjung. Mereka kaya dengan budi bahasa dan memang tip top tolong orang. Syukur Alhamdulillah.

8 Julai 2013 - Dah stat dapat jadual dan mula masuk ke kelas ^_^'

First Time Naik.. Ni lah Twinouter tu.. Korang tryla.. Hihi. Mabuk wooo...

Ni lah sekolah aku.. Klasik kan.. Ala-ala rumah panjang. Saja nak bikin hot. Tingkatan 2 je kelas macam ni.. Lain tingkatan kelas macam biasa.. Tapi atas bukit la.. Bayangkan macam kat batu caves. Tinggi nak daki..


Last words .. Ready ! Redah ! Redha ! ^________________^


Sekian..








: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

2 comments:

  1. wahh jauhnyer posting..takpe pas kawen Inshaallah mudah nak dpt tukar...

    ReplyDelete
  2. sekarang dh kawin..dah minta eg tukar pun..tapi xtaula dapat ke tak..usaha..doa dan tawakal kan.. ^________^

    ReplyDelete

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved