Tuesday, June 4, 2013

: Pertemuan Kita :

Sedang aku ditinggalkan kekasih hati yang aku kenal selama enam tahun, aku menjadi sunyi sepi keseorangan tanpa teman rapat. Hati aku bagai disiat-siat dek kerana tidak kejujuran dia meninggalkan aku di saat aku memerlukan dia. Dia telah mendustai cinta yang telah kami bina selama enam tahun lamanya. Dia hanya memikirkan dirinya sendiri tanpa memikirkan tentang perasaanku. Dia telah memilih rakan sekerjanya sebagai teman pengganti diriku. Kejam sungguh dirinya kerana meninggalkan diriku disaat dia telah pun berhubungan dengan rakan sekerjanya itu. Namun, aku lepaskan jua dirinya kerana bagi aku dia sudah mabuk kepayang dengan perempuan yang dia jumpa tiap-tiap hari. Apa gunanya aku melutut sedangkan aku jauh darinya. Dia tidak pernah nampak pengorbananku selama enam tahun. Pengorbanan yang perempuan tu tunjukkan selama berada di sisinya mengalahkan perngorbananku terhadapnya. Mungkin, semua yang terjadi ini adalah ketentuan Allah. Kini, aku redha dia tiada lagi di sisiku. Semua peristiwa ini telah menjadi sejarah dalam hidupku. Tiada lagi namanya di hatiku. Aku doakan dia sentiasa bahagia bersama isteri yang dicintainya.

Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah, kerana telah membuka hati dan perasaanku untuk menerima insan lain bernama lelaki. Aku telah dipertemukan dengan insan yang penyabar dengan kerenah diri ini, susah senang dia sentiasa bersamaku dan terlalu banyak kata-kata nasihat serta pendorong untuk membangkitkan diri ini pulih sepenuhnya. Aku bersyukur atas kurniaanMu kerana mempertemukan aku dengannya. Dia benar-benar ikhlas mengambilku sebagai isterinya. Dia adalah tunangku dan juga bakal suamiku.

Kami akui, dulu kami pernah  gagal dalam bercinta. Dengan adanya pengalaman ini, kami akan gunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki diri masing-masing supaya kesilapan lalu tidak berulang lagi untuk perhubungan kali ini. Kini, aku mahupun dia lebih mempercayai cinta selepas kawin Kami tekad untuk membina hubungan ini sehingga kami mempunyai ikatan yang sah sebagai suami isteri kelak. Semoga pertemuan ini adalah pertemuan yang terakhir yang telah ditentukan oleh Allah SWT untuk kita sejak dalam kandungan ibu kita lagi dan aku berharap aku adalah tulang rusukmu.. Susah senang kita bersama, kekurangan kita sama-sama kita lengkapkan dengan kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan hati. “Terimalah saya seadanya awak. Saya juga begitu, menerima awak dengan seadanya. Kita saling lengkap-melengkapi ye”. Awak, marilah sama-sama kita membina perhubungan ini untuk mendapat keberkatan hidup di atas dunia ini serta diakhirat kelak.  InsyaAllah. Doakan perhubungan kami ini kekal hingga ke Jannah ^_^


Kata-kata ku: Wife To Be..
Untuk : Husband To Be..




: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

No comments:

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved