Saturday, May 25, 2013

Kisah Diana & Dia --> Chapter 6

Diana dan Daniel menyambung pengajian di peringkat Ijazah di Universiti masing-masing

Diana diterima masuk ke UiTM Terengganu dalam Jurusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perbankan Islam. Manakala Daniel menyambung pengajian di UiTM Shah Alam dalam Jurusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi. Pada mulanya Diana agak kecewa untuk meneruskan pengajian di situ lagi-lagi UiTM tu sekangkang kera dengan rumahnya. Dia takut sekiranya dia duduk di rumah, fokusnya hilang terhadap pelajaran kerana adik-adiknya masih kecil dan sering berbuat bising. Lama kelamaan Diana dapat menyesuaikan diri di situ. Tetapi,  jauh di sudut hatinya dia rasa kehilangan sesuatu iaitu ketiadaan kekasihnya, Daniel di sisinya. "Ya Allah, rindunya aku pada Daniel. Camne la dia dekat sana ye. Rindukah dia sama aku". Dalam fikiran Diana macam-macam perkara negatif yang dia fikir. "Ingatkah Daniel pada aku?", "Dia ada yang lain ke?", " Takunya kalau tiba-tiba hatinya berubah sebab aku tiada disisinya". Erm.. Bila berjauhan macam-macam dalam fikirannya. Diana sering menjenguk Facebook Daniel. 

Satu hari bila dia menjenguk Facebook Daniel, hatinya terdetik perasaan cemburu apabila terlihat seorang perempuan yang rajin mengomen status yang di pos oleh Daniel. Bip ! Bip !. Mesej masuk ke inbox Daniel. "Daniel, siapa Lydia yang rajin komen awak?. Mesra je saya  tengok. Awak pun melayan dia". Daniel menerangkan siapa Lydia tu. Lydia merupakan rakan sekos dia di UiTM Shah Alam. Nasib baik segala penerangan yang Daniel berikan nampak jujur dan telus. Tetapi, Diana tetap rasa cemburu dengan Lydia. Seolah-olah dia ingin rapat dengan Daniel. Diana akui selama Daniel dengannya, Daniel amat jujur oranya dan serius berhubungan dengannya.

Percintaan jarak jauh antara mereka sering membuatkan mereka sering bertelagah. Diana sering merajuk dengan Daniel. Dan Daniel sering memujuk Diana. Lama-kelamaan, dengan sifat suka merajuk Diana akibat kejelesan tak ingat dunia kepada Daniel, Daniel tekad untuk berdiam diri. Diana bengang kerana Daniel tidak macam dulu untuk memujuknya lagi. Akhirnya Diana juga yang akan meminta maaf kepada Daniel bahawa dia selalu cemburu melihat Daniel berkawan rapat dengan perempuan lain. Situasi ini sentiasa berulang-ulang. Tetapi hubungan mereka saling utuh. Selama belajar di tempat masing-masing, mereka tidak pernah sekalipun menjenguk antara satu sama lain. Mereka hanya berhubungan melalui mesej, call dan berYM. 

Tamat pengajian di peringkat Ijazah



Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketekunan Diana menyambung pengajian selama dua tahun membuahkan hasil apabila dia mendapat Ijazah Kelas Pertama. "Yahoo!!! Aku tak payah bayar PTPTN. Alhamdulillah". 

Diana bersiap-siap. Baju dilipat dan dimasukkan ke dalam beg balik kampung. Tengahari ini dia akan bertolak ke Shah Alam dengan menaiki bas. Tiga hari lagi dia akan bergelar Mahasiswa UiTM. Dia bertolak awal tiga hari dengan niat untuk berjumpa dengan kekasih hati dan menghabiskan masa bersamanya. "Sudah dua tahun aku tidak berjumpa dengan dia. Lainkah dia sekarang. Tidak sabarnya aku ingin berjumpa dengan kau Daniel". Hatinya berbunga-bunga riang untuk berjumpa dengan Daniel.

Detik yang dinantikan, Diana tiba di stesen bas Shah Alam. Suasana di situ amat sesak dengan bas keluar masuk dan hiruk pikuk orang yang tidak mengira kaum. Diana menunggu dengan penuh sabar. Bip ! Bip !. Mesej masuk ke inbox. "Diana, awak kat mana? Saya tunggu awak dekat bustop sebelah kaunter tiket". Diana tidak membalas mesej tersebut dan dengan tidak sabarnya dia menuju ke tempat yang diberitahu Daniel. "Wah! Daniel dah nampak lain la. Rindunya aku pada kau Daniel. Finally, kita berjumpa setelah dua tahun tidak berjumpa". Detik hatinya. Mereka saling menguntumkan senyuman manis. Lama mereka bertentangan mata. Daniel mengambil beg ditangan Diana dan menuju ke kereta. Diana memulakan bicara. 

Diana : "Awak sihat Daniel?. Sekarang awak dah nampak lain la."
Daniel : "Alhamdulillah. Sihat. Awak sihat Diana? Apa yang lain? 
Diana : Sihat juga Daniel. Awak dah lain. Tak sama macam saya kenal dengan awak dulu. Hihi.
Daniel : Ada-ada jela awak ni. Jom saya bawa awak pergi rumah bakal kakak ipar saya. Awak duduk di situ sebelum parents awak sampai sini.

Mereka berdua saling merindui antara satu sama lain. Selama dua hari ni mereka saling keluar bersama. Tak kira siang atau malam. Daniel membawa Diana melawat sekitar Bandar Shah Alam. Hati Diana berbunga riang setelah dapat bertemu dengan kekasih hatinya. Detik dalam hati Diana "Daniel lah bakal suamiku".

Hari konvokesyen untuk jurusan Diana bersidang disebelah pagi. Diana mengambil kesempatan untuk mengambil gambar kenangan bersama teman rapat dan famili. Diana berbangga kerana namanya disebut sebagai penerima Ijazah Kelas Pertama. Akhirnya dia berjaya mencapai apa yang diinginkan dalam hidup iaitu memberi kejayaannya kepada orang tuanya. Alhamdulillah. Lega rasa hatinya membuat abah dan emak berbangga dengannya. "Mak, abah, balik dulu rumah pak long ye. Along nak pergi konvo Daniel petang ni". Mak dan abah hanya senyum tanda faham.

Di sebelah petangnya Diana ditemani teman rapatnya ketika di UiTM Kelantan, Ieka. Diana menanti Daniel dengan penuh sabar. "Petang ni Daniel pula konvo, famili dia tentu ada kan. Takunya aku Ieka." Ieka menenangkan Diana. 

Dari jauh, Diana sudah nampak kelibat Daniel bersama ayah, mak dan adik beradiknya. Dalam hati Diana hanya Tuhan saja yang tahu. Menggigil badannya tidak terkata. Maklumlah nak berjumpa dengan bakal mertua dan adik beradik ipar nanti. Namun digagahi setiap langkahnya ditemani Ieka. Diana bersalaman dengan mak Daniel dan adik-beradik perempuannya. Mereka saling bermah mesra dan mengambil gambar kenangan bersama. "Aku yakin Daniel serius dengan aku sehingga membawa aku berjumpa dengan keluarganya". Getus hatinya sambil memandang Daniel dengan senyuman meleret. 


Nukilanku : Cerita bersiri Kisah Diana dan Dia:



: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

2 comments:

  1. Replies
    1. masih =) tunggu rajin and ade idea baru leh mengarang tuk sambungannya

      Delete

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved