Wednesday, April 17, 2013

: Si Pemilik Belog :


 ASSALAMUALAIKUM..

Si owner? Siapakah? Ermm.. buat-buat tanya pulak ye.. kuikui..

Okey, my name is Nur Zahidah.. Ceh! macam nak kenalkan diri kat kengkawan baru bila masuk sekolah baru pulak kan. hehe. Continue2..hehe.. Mak, abah dan adik-adik kita panggil kita ALONG. Tapi, korang toksey la panggil along ya. Kalau korang mak, abah dan adik-adik kepada along baru boleh panggil.. Okies?  huhu..

Actually, ada yang memanggil kita JIDA, ZAHID, ZYDA, SAYANG (uhuk!).. Tak kisah la korang nak panggil apa, asalkan korang rasa selesa dan rasa sesuai tau. Tak mo la panggil sayang sangat, nanti tak pasal-pasal en hubby jeles and muncung mau nak sedepa kan.

Kita lahir di Segamat, Johor.. Tak tahu Segamat tu kat mana??.. ermmm.. Kalau tak tahu tu bukan orang Malaysia la kan.. kan kan? hehe.. Tak kisahla asalkan korang rajin-rajin tengok peta ataupun google maps tau kat mane Segamat tu berada..

Kita lahir je kat Segamat, tapi banyak tempat jugakla kita dah terpegi. Lepas je lahir kat Segamat, kita follow mak dan abah kita menetap di Muar.. Erk.. tak pelik ke ayat kita ni? Takkan la lepas lahir dah boleh jalan kan.. Idok la begitu.. Sebenarnya mak kita saja-saja nak balik Segamat sebab nak lahirkan kita je.. Lepas je mak kita habis pantang, mak kita ikut la abah kita balik Muar. Mereka memang duduk di Muar sebab abah keje kat situ. Bila dah umur besar sikit famili kita berpindah ke Segamat sebab abah kita dapat tukar ke sini.
Masuk umur 7 tahun, kita dihantar mak, abah ke rumah atok.. Kita di sekolah kan kat sini.. Duduk dengan atok, makan dengan atok, gurau-gurau dengan atok.. Tapi sekarang dah tak macam dulu.. Atok bah dan atok mak telah mengadap Illahi.. Al-Fatihah buat mereka..

Nak tahu tak, dalam ramai-ramai orang yang kita kenal, tok mak sorang je yang panggil kitaa JIDA.. Kita rindukan panggilan dia.. Kadang-kadang terdengar suara dia memanggil.. Tapi jasadnya tidak ada lagi.. T_T

Masa kita duduk di kampung, banyak benda yang boleh kita jadikan kenangan. Kenangan tu boleh kita ingat sampai sekarang.. Benar kan orang kata, bila kita dah besar ni, kita akan rindukan kenangan kita tyme kanak-kanak.. Sampai sekarang kita tak pernah lupa. Nak tahu tak apa dia?? Kalau citer kat sini, gerenti En Hubby jeles habis.. Baik tak payah citer la.. Kuikui.. Biarlah Rahsia =)

Pastu kita sekolah rendah dan menengah dekat dengan rumah kita sekarang. Dari darjah 1 sampailah tingkatan 5. Lepas je abis SPM kita dapat panggilan ke Tingkatan 6.. Oh! Mujo tak sekolah kat situ. serius memang tak boleh nak adapt surrounding kat situ sebab memang dah bercita-cita sangat tak mau masuk Tingkatan 6 dan bercita-cita besar nak sambung U.

Finally, dapat sambung blajar kat U. Apa lagi, cepat-cepat buat surat berhenti sekolah dan cepat je melangkah kua.. Memang betul-betul tak sabo ni.. hehe..

Kita blajar Diploma di UiTM Machang Kelantan. Jauh kan. Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Alhamdulillah. Memang tu yang terjadi.. Hepi gler jauh dari Famili.. Yela, sebelum ni asik berkepit je dengan mak, abah.. Nak kuar rumah pun kene berteman.. Tak pandai nak naik bas bagai.. Apa lagi naik ketapi.. Bersyukur sangat la dapat sini. Dapat pengalaman baru kat tempat orang, pastu rasa dah boleh berdikari. Balik Johor dah pandai dah naik bas.. Kagum tak korang? Kagum kan.. hehe..Aduh! Pasan tol.

Lepas 3 tahun belajar kat situ, dapat tawaran sambung belajar Degree kat UiTM Segamat. Aduh! Sekangkang kera je dengan umah. Memang tak duk umah sewa, duk umah sendiri jela. Jimat kan!

Abis je study kat situ, dapat kerja kat Plentong, Johor Bahru. Jauh lagi dengan mak abah.. Hostel provided kan. Memang jimat bab duit sewa tu. Dekat setahun kerja kat sini, kita dapat sambung study lagi. Korang mesti pikir kita dapat sambung Master kan. Tapi bukan. Kita dapat tawaran sambung belajar DPLI di UiTM Shah Alam. Finally, dapat jugak sambung study kat sini. Memang impian kot nak sambung study kat UiTM Shah Alam. Study kat sana hampir 1 tahun setengah.

Sekarang saya dah posting! dimana??! Ermm...Agak sedih sebab jauh nun diperantauan..dipisahan dek laut China Selatan la.Apa boleh buat kan..rezeki bermula di sini..bersyukur sangat-sangat akhirnya dah ada kerjaya sendiri.. Usaha tetap usaha untuk minta pertukaran setiap tahun supaya suatu hari nanti dapatmeneruskan kerjaya dekat dengan suami dan keluarga.

Status? Ermm..cer baca kat atas tu.. nama pun ada suami kan..jadinya kita ni bukan single lagi tau..tapi kita dah ada syurga sendiri iaitu suamiku..Doakan kita tau semoga kita berjaya dengan kerjaya kita dan kebahagiaan kita dengan suami..di dunia mahupun di akhirat kelak. InsyaAllah.

Okey! Sampai di sini je! Selamat membaca ye.. Jenuh betul korang nak membaca ayat panjang sejela kan. Tak paksa. Kalau rasa nak baca, bacalah. Kalau rasa nak tengok , dipersilalah tengok.. hehe..

Tata Titi Tutu sayang-sayangku.. =)



: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

2 comments:

  1. tp sy panggil anda 'kak long'.. so mcm mana tu??
    hihi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapakah anda? hehe..mgkn kte dah kenal lame kot..actually kamu siapa ye? ^_^

      Delete

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved