Saturday, April 6, 2013

: Cara Potong Kuku dalam Islam :

Sebelum ini seriously aku memang tak pernah tahu cara potong kuku dalam Islam. Sedang berborak-borak dengan rakan sekerja, diorang ada share pasal ni. Tapi diorang pun tak ingat sangat. Jadi aku rasa aku patut tahu pasal ni, aku terus search kat internet. Sebelum ni aku tak pernah kisah pun cara potong kuku, kuku mana yang perlu dipotong dulu, jari tangan kanan atau kiri ke yang patut dimulakan dulu dan hari apa yang boleh potong kuku dan hari apa yang tak boleh potong kuku. Setelah search kat internet, barulah aku tahu pasal semua ni. Jadi dengan ilmu yang aku dapat ni, aku nak share dengan korang.





1) Potong Kuku Tangan
  • SUNAT memotong kuku BERMULA JARI TANGAN KANAN dan  JARI TANGAN KIRI
  • JARI TANGAN KANAN : Dari Jari telunjuk hingga Jari Kelingking dan last sekali Ibu Jari Kanan selepas potong kuku Ibu Jari Tangan Kiri (Sila rujuk gambar di atas)
  • JARI TANGAN KIRI : Dari Jari Kelingking hingga ke Ibu Jari
2) Potong Kuku Kaki
  • Sunat memotong kuku BERMULA JARI KAKI KANAN dan  JARI KAKI KIRI
  • JARI KAKI KANAN : Dari Jari Kelingking hingga ke Ibu Jari
  • JARI KAKI KIRI : Dari Ibu Jari hingga ke Jari Kelingking
3) Lepas selesai potong kuku, basuhlah jari-jari tersebut dengan segera
  • Jika kuku yang dah dipotong TANPA membasuhnya terlebih dahulu DAN menyentuh anggota badan yang lain, dikhuatiri akan menhidap PENYAKIT KUSTA.
4) Tanam Kuku
  • SUNAT ditanamkan di dalam tanah kerana ia sebahagian daripada anggota badan kita
5) Hukum Gigit Kuku
  • Hukumnya MAKRUH dan boleh mewarisi PENYAKIT KUSTA


1) Hari Isnin
  • Nescaya keluar daripadanya GILA dan masuk kepadanya SIHAT
2) Hari Khamis
  • Nescaya keluar daripadanya GILA dan masuk kepadanya SEMBUH dari PENYAKIT
3) Hari Jumaat
  • Nescaya keluar DOSA-DOSA seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya RAHMAT ALLAH S.W.T
  • SUNAT memotong kuku sebelum mengerjakan Solat Jumaat


1) JANGAN potong kuku ketika BERHADAS BESAR
  • Di akhirat kelak, kuku tersebut datang kepada kamu dalam keadaan berhadas besar (HAID, NIFAS atau JUNUB)
2) Hari Selasa
  • Nescaya keluar daripadanya SIHAT dan masuk kepadanya PENYAKIT
3) Hari Rabu
  • Nescaya keluar daripadanya WAS-WAS dan masuk kepadanya KEPAPAAN
4) Hari Sabtu
  • Nescaya keluar daripadanya UBAT dan masuk kepadanya PENYAKIT
5) Hari Ahad
  • Nescaya keluar daripadanya KEKAYAAN dan masuk kepadanya KEMISKINAN


MARILAH SAMA - SAMA KITA AMALKAN SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

2 comments:

  1. Ttg potong kuku tu haram ke? Cuba cek sumber yang sah... Tq

    ReplyDelete
  2. Dari sumber mana dikatakan sunah.. Boleh bg tau..rujukan kitab atau dalilnya.. Saya keliruu..!

    ReplyDelete

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved