Saturday, April 27, 2013

: Samsung Galaxy S4 dilancarkan hari ini? :

Wah! Samsung bakal melancarkan model terbaru iaitu Samsung Galaxy S4 di Malaysia pada hari ini. Kagumnya dengar. Tapi mampukah aku menukar phone aku sekarang ke phone Samsung Galaxy S4? Rasanya tunggu aku kerja tetap la baru berkira-kira untuk tukar ke phone ni. Lagipun seriously, aku tak berapa minat sangat untuk membeli gadget ni. Yang aku tahu, asalkan phone aku boleh digunakan untuk Message, Make call, WeChat, WhatsApp, Internet, Youtube sudah mencukupi pada aku. Kalau ada yang sudi nak menghadiahkan phone ni, aku amat-amat mengalukan. Kihkih.



Okey, berbalik pada cerita. Samsung Galaxy 4 ni saiznya sama dengan Samsung Galaxy III cuma bezanya skrin ini lebih besar iaitu 5 inci (1920 x 1080) dan agak lebih halus. Ia didatangkan dengan dua kaler iaitu White Frost dan Black Mist. Dibawah ini serba sedikit review tentang Samsung Galaxy S4 ini:

































sila klik gambar di sebelah ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut: 



: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Sunday, April 21, 2013

: Parodi "Sayang" & Parodi "Gwiyomi" :

Apakah yang dimaksudkan dengan PARODI? Sejak akhir-akhir ini kita sering terdengar orang menyebut perkataan parodi tetapi kita tidak tahu apakah maksud sebenar perkataan tersebut. Sebenarnya parodi bermaksud suatu hasil karya sastera atau seni yang dihasilkan untuk memberi kelucuan atau kejenakaan melalui peniruan gaya, kata-kata penulis (lirik) ataupun pencipta lagu asal karya seni tersebut. Bagi Simon Dentith (2000: 9), Parodi bermaksud "any cultural practice which provides a relatively polemical allusive imitation of another cultural production or practice".

Sejak akhir-akhir ini banyak parodi telah dihasilkan. Antara parodi-parodi yang telah popular di Malaysia adalah:

Penyanyi asal Shae (kiri) dan Hari (Kanan)

  • Parodi "Lagu Sayang" oleh Bobo. Penyanyi asal lagu Sayang adalah Shae. Parodi ini telah hangat diperkatakan di dalam laman web dan di media. Baru-baru ini, aksi Johan Raja Lawak telah meniru aksi Bobo dalam Parodi "Sayang" di ABPBH 2013 membuatkan penonton tidak kering gusi melihat aksinya.


Sumber: Youtube


Sumber: Youtube


  • Parodi "Lagu Gwiyomi" (yang bermaksud comel) oleh 'Malaysian Cute Girl' telah disebarkan di Facebook baru-baru ini. Dengan aksi cute yang ditunjukkan telah menarik ramai orang untuk menyebarkan video comel tersebut. Penyanyi asal lagu Gwiyomi merupakan penyanyi dari Korea Selatan yang bernama Hari dan pergerakkan jari dicipta oleh Jung Ilhoon ahli band boy Korea, BtoB.
    Aksi Hari dalam menyampaikan lagu ini telah ditiru oleh ramai orang sehingga ia popular di Malaysia baru-baru ini. 


Sumber: Youtube


Maksud Lirik Lagu Gwiyomi dalam Versi Inggeris

Over a chocolate muffin
Waiting for a cup of savory milk
Oppa and I sit facing each other
And scribble on each other’s hands


Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone


1 plus 1 equals Kiyomi
2 plus 2 equals Kiyomi
3 plus 3 equals Kiyomi
Ki- Ki- Kiyomi, Ki- Ki- Kiyomi
4 plus 4 equals Kiyomi too
5 plus 5 equals Kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Kiyomi
I’m Kiyomi



p/s: Sebelum melihat video-video parodi di atas, sila tekan Buah Strawberi belah kanan belog dan tekan butang pause untuk menghentikan lagu belog ini. Mekaseh =)

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Wednesday, April 17, 2013

: Okey! yang ni Lawaks :

Haha.. Suara memang macho la si talking Tom ni.. Gara-gara adik aku yang tak tahu lirik "Putih-putih melati, merah-merah delima, siapa yang baik hati pasti ku terima".. Saksikan Talking Tom nyanyi apa pulop =)

Amir- amir.. Practice semula ye.. Berkecai abes tengok si Tom ni.. Haha.. Tapi suara memang kiut miut even lirik kucar kacir.. Leh masuk studio nie..kuikui.. Pas ni hafal lirik baik2 ye adik! 

video


p/s: Sebelum dengar sila tekan buah strawberry belah kanan belog dan tekan butang pause untuk menghentikan lagu belog ini.. Mekasih =)
: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

: Si Pemilik Belog :


 ASSALAMUALAIKUM..

Si owner? Siapakah? Ermm.. buat-buat tanya pulak ye.. kuikui..

Okey, my name is Nur Zahidah.. Ceh! macam nak kenalkan diri kat kengkawan baru bila masuk sekolah baru pulak kan. hehe. Continue2..hehe.. Mak, abah dan adik-adik kita panggil kita ALONG. Tapi, korang toksey la panggil along ya. Kalau korang mak, abah dan adik-adik kepada along baru boleh panggil.. Okies?  huhu..

Actually, ada yang memanggil kita JIDA, ZAHID, ZYDA, SAYANG (uhuk!).. Tak kisah la korang nak panggil apa, asalkan korang rasa selesa dan rasa sesuai tau. Tak mo la panggil sayang sangat, nanti tak pasal-pasal en hubby jeles and muncung mau nak sedepa kan.

Kita lahir di Segamat, Johor.. Tak tahu Segamat tu kat mana??.. ermmm.. Kalau tak tahu tu bukan orang Malaysia la kan.. kan kan? hehe.. Tak kisahla asalkan korang rajin-rajin tengok peta ataupun google maps tau kat mane Segamat tu berada..

Kita lahir je kat Segamat, tapi banyak tempat jugakla kita dah terpegi. Lepas je lahir kat Segamat, kita follow mak dan abah kita menetap di Muar.. Erk.. tak pelik ke ayat kita ni? Takkan la lepas lahir dah boleh jalan kan.. Idok la begitu.. Sebenarnya mak kita saja-saja nak balik Segamat sebab nak lahirkan kita je.. Lepas je mak kita habis pantang, mak kita ikut la abah kita balik Muar. Mereka memang duduk di Muar sebab abah keje kat situ. Bila dah umur besar sikit famili kita berpindah ke Segamat sebab abah kita dapat tukar ke sini.
Masuk umur 7 tahun, kita dihantar mak, abah ke rumah atok.. Kita di sekolah kan kat sini.. Duduk dengan atok, makan dengan atok, gurau-gurau dengan atok.. Tapi sekarang dah tak macam dulu.. Atok bah dan atok mak telah mengadap Illahi.. Al-Fatihah buat mereka..

Nak tahu tak, dalam ramai-ramai orang yang kita kenal, tok mak sorang je yang panggil kitaa JIDA.. Kita rindukan panggilan dia.. Kadang-kadang terdengar suara dia memanggil.. Tapi jasadnya tidak ada lagi.. T_T

Masa kita duduk di kampung, banyak benda yang boleh kita jadikan kenangan. Kenangan tu boleh kita ingat sampai sekarang.. Benar kan orang kata, bila kita dah besar ni, kita akan rindukan kenangan kita tyme kanak-kanak.. Sampai sekarang kita tak pernah lupa. Nak tahu tak apa dia?? Kalau citer kat sini, gerenti En Hubby jeles habis.. Baik tak payah citer la.. Kuikui.. Biarlah Rahsia =)

Pastu kita sekolah rendah dan menengah dekat dengan rumah kita sekarang. Dari darjah 1 sampailah tingkatan 5. Lepas je abis SPM kita dapat panggilan ke Tingkatan 6.. Oh! Mujo tak sekolah kat situ. serius memang tak boleh nak adapt surrounding kat situ sebab memang dah bercita-cita sangat tak mau masuk Tingkatan 6 dan bercita-cita besar nak sambung U.

Finally, dapat sambung blajar kat U. Apa lagi, cepat-cepat buat surat berhenti sekolah dan cepat je melangkah kua.. Memang betul-betul tak sabo ni.. hehe..

Kita blajar Diploma di UiTM Machang Kelantan. Jauh kan. Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Alhamdulillah. Memang tu yang terjadi.. Hepi gler jauh dari Famili.. Yela, sebelum ni asik berkepit je dengan mak, abah.. Nak kuar rumah pun kene berteman.. Tak pandai nak naik bas bagai.. Apa lagi naik ketapi.. Bersyukur sangat la dapat sini. Dapat pengalaman baru kat tempat orang, pastu rasa dah boleh berdikari. Balik Johor dah pandai dah naik bas.. Kagum tak korang? Kagum kan.. hehe..Aduh! Pasan tol.

Lepas 3 tahun belajar kat situ, dapat tawaran sambung belajar Degree kat UiTM Segamat. Aduh! Sekangkang kera je dengan umah. Memang tak duk umah sewa, duk umah sendiri jela. Jimat kan!

Abis je study kat situ, dapat kerja kat Plentong, Johor Bahru. Jauh lagi dengan mak abah.. Hostel provided kan. Memang jimat bab duit sewa tu. Dekat setahun kerja kat sini, kita dapat sambung study lagi. Korang mesti pikir kita dapat sambung Master kan. Tapi bukan. Kita dapat tawaran sambung belajar DPLI di UiTM Shah Alam. Finally, dapat jugak sambung study kat sini. Memang impian kot nak sambung study kat UiTM Shah Alam. Study kat sana hampir 1 tahun setengah.

Sekarang saya dah posting! dimana??! Ermm...Agak sedih sebab jauh nun diperantauan..dipisahan dek laut China Selatan la.Apa boleh buat kan..rezeki bermula di sini..bersyukur sangat-sangat akhirnya dah ada kerjaya sendiri.. Usaha tetap usaha untuk minta pertukaran setiap tahun supaya suatu hari nanti dapatmeneruskan kerjaya dekat dengan suami dan keluarga.

Status? Ermm..cer baca kat atas tu.. nama pun ada suami kan..jadinya kita ni bukan single lagi tau..tapi kita dah ada syurga sendiri iaitu suamiku..Doakan kita tau semoga kita berjaya dengan kerjaya kita dan kebahagiaan kita dengan suami..di dunia mahupun di akhirat kelak. InsyaAllah.

Okey! Sampai di sini je! Selamat membaca ye.. Jenuh betul korang nak membaca ayat panjang sejela kan. Tak paksa. Kalau rasa nak baca, bacalah. Kalau rasa nak tengok , dipersilalah tengok.. hehe..

Tata Titi Tutu sayang-sayangku.. =)



: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Tuesday, April 16, 2013

: Tangan atau Mesin? :


Aku nak tanya korangla, korang rasa basuh baju guna tangan atau mesin lebih bersih dan kurang berisiko? Dulu kita guna mesin ala-ala manual boleh la dikatakan bersih daripada guna mesin yang jenis sekarang, 3 in 1 kan. Mungkin ada diantara korang yang tidak pernah jumpa mesin manual. Alah, mesin yang kita basuh baju kita. Lepas tu dah habis basuh kita kuarkan dari mesin dan kita bilas guna tangan je. Pas tu dah bilas kita masukkan kat tempat pengering.. Ingat tak ingat tak? Kalau korang masih tak ingat atau tak pernah tahu, korang boleh tengok gambar kat bawah ni.

MESIN BASUH MANUAL
MESIN BASUH 3 IN 1


Mesin manual ni bolehlah dikatakan bersih daripada guna mesin 3 in 1. Tapi bagi pendapat aku kan. Basuh guna tangan lagi bersih dan kurang berisiko daripada basuh guna mesin. Kenapa aku cakap macam tu?

BASUH GUNA TANGAN. Penat dan meletihkan tapi bersih =)


Ni pendapat aku la ya. Korang tak setuju pun tak pe =)


Basuh Guna Tangan

Basuh Guna Mesin

  • Bila kita basuh baju kita guna berus, kita akan sental di bahagian ketiak, kaki seluar atau kaki kain, hujung lengan baju serta berus di bahagian kolar kita. Jadi, baju kita akan bersih.

  • Bila kita basuh guna tangan, kita akan basuh baju kita satu persatu bukan? Jadi baju kita takda peluang nak rosak sebab kita akan berus dengan berhati-hati satu persatu baju kita tu.

  • Bila kita basuh guna mesin, kita akan setting mesin kita kan. Dari basuh hingga la kita mengeringkan baju tu. Mesin yang kita gunakan tu akan bersihkan ke kawasan  ketiak, kaki seluar atau kaki kain, hujung lengan baju serta berus di bahagian kolar kita? Tentulah tidak kan. Jadi? Pikir la..Bersih ker baju kita tu?

  • Bila kita pakai mesin, belum tentu baju kita tu akan serupa baju kita yang asal. Kenapa? Sebabnya, baju kita kan sudah bercampur dengan baju yang lain. Mungkin baju kita bercampur dengan baju yang menurun warnanya. Mungkin baju kita akan koyak rabak akibat bercampur dengan baju yang lain.



p/s: Akibat basuh guna tangan, tangan akan mengelupas dengan teruk. Sensitif ngan sabun la katakan. kuikui. Penat tapi rasa berbaloi-baloi sebab dalam pada yang sama, kita akan rasa berat kita menurun sebanyak 1 gram. Tak caya, try dulu. =)



: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Monday, April 15, 2013

: Gandingan Adik-Beradik yang Mantop ! Daboom ! Awesome! :

Gara-gara adik-beradik ini dengan alunan alat musik yang dimainkan oleh mereka beserta dengan kelunakan suara mereka, membuatkan aku terleka seketika. Kenapa terleka? Meh nak bagitahu korang..

Baru-baru ni aku ada pergi jemputan kawin di Bukit Siput, Segamat Johor.. After makan, aku teringin juga la nak tengok si pengantin. Aleh-aleh aku ter'stop' kat satu tempat ni. Gara-gara mereka aku betul-betul terlupa nak tengok si pengantin.. Gara-gara mereka, hampir satu jam aku duduk tercongok tengok mereka ni.. Aishhh! Memang mengkagumkan. Menggamitkan. Melekakan. Yang paling penting!..Aku nak kata.. Mereka memang Mantop! Daboom! Memang Awesome mereka ni. Disebabkan mereka aku duk tercongok depan mereka sampai tak mau nak balik. Kalau balik terasa rugi pula terlepas nak tengok.. Baru aku tau yang mereka ni finalis "MIMPI KE BINTANG" dan memenangi tempat ketiga.. Memang tak rugi tengok mereka ni.. Gabungan adik-beradik dari umur 10 tahun hingga 17 tahun ni memang mengkagumkan.. Rasanya ni band pertama yang menggabungkan adik-beradik yang masih kecil dalam bermain alat musik.. Keep it up you guys! Korang boleh pergi jauh! Awesome la " THE SIBLINGS BAND! "

Kat bawah ni aku sempat snap gambo mereka:

















THE SIBLINGS BAND dalam MIMPI KE BINTANG, RTM TV2







CLICK PICTURE and you will directly link to THE SIBLINGS BAND page. LIKE them on FACEBOOK k. TQ =)





: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Wednesday, April 10, 2013

: Senarai Produk Kosmetik Dilarang oleh KKM :


UNTUK MAKLUMAN !!!


PRODUK KOSMETIK YANG DIBATALKAN NOTIFIKASI ATAS ISU CAMPURPALSU

Orang Awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa  telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran. 

Tahun 2013
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Acrena Pure Herbal Papaya SoapNOT100802337KTretinoin  
2White ComplexNOT100801451KTretinoin  
3SS Pearl CreamNOT110602263K
Mercury    
4SS Vita C Night RepairNOT110602264KMercury    

Tahun 2012
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Daily Protecting Cream - Joie et BeauteNOT100778850K /
NOT100602230K
Mercury 
2La Bliss Skin Brightening CreamNOT100200697KTretinoin 
3Sans Dynamic Intensive Light CreamNOT100400422KMercury
4Putih Gebu Sun-Block Collagen Lotion NOT100403485KMercury
5Bio-Clear Intensive Renewal ComplexNOT120503338KTretinoin 
6MS Wellmood Enhancing CreamNOT100602405KTretinoin 
7Renewing CreamNOT100101066KTretinoin 
8E Beaute Total Revitalizer Night CreamNOT100601840KMercury
9MS Wellmood Lightening ComplexNOT100601840K
Mercury
10MULTI CREAMNOT100764415KTretinoin
11DQISTEE NIGHT CREAMNOT100802185KMercury 
12DQISTEE BEAUTY DAY CREAMNOT100802184KMercury 

Tahun 2011
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Sensual Whitening CreamNOT100751321KMercury 
2Derma-Rx Arbutin-R CreamNOT090601556KTretinoin & Hydroquinone
3DS.1 BLEMISH CONTROL CREAMNOT091201931KAzelaic Acid
4EZEE SUNBLOCK CREAMNOT100601213KMercury
5MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUENOT090700043KLead

Tahun 2010
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1NV Toner Treatment No 1NOT05010130KEHydroquinone & Tretinoin
2NV Toner Treatment No 2NOT05010129KEHydroquinone & Tretinoin
3Zara Rejuvenation CreamNOT04081873KEHydroquinone 
4Beauty Line Beautitude Multi-Purpose CreamNOT081201209KTretinoin
5Pigmentation Recovery ComplexNOT081200745KTretinoin
6De Putih Night CreamNOT05100878KETretinoin
7BML HB LOTIONNOT090701336KTretinoin & Hydroquinone
8Krim Malam ShanaNOT090600820KTretinoin & Hydroquinone
9Natasya Gold Krim HerbaNOT091100971KTretinoin & Hydroquinone
10Biotox Whitening Hydro CreamNOT007061310KDexamethasone
11Yoko Whitening CreamNOT080100330KTretinoin
12Sue Beauty Night Treatment CreamNOT080600138KTretinoin

Tahun 2009
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Felisa Gentle Peeling SolutionNOT07080210KETretinoin
2Krim Malam Rahsia RimbaNOT080801112KHydroquinone
3Biocosmet Whitening Essence
Cream
NOT07122920KEHydroquinone
4~H2O+ Waterwhite Brightening
Night Cream
NOT04102838KEHydroquinone
5Magixpress Lightening PlusNOT07121009KEHydroquinone
6A.Vant CreamNOT05022860KETretinoin
7Eriesya Spa Beauty CreamNOT07122412KEHydroquinone
8Natasya Krim HerbaNOT07090337KEHydroquinone & Tretinoin
9Temulawak Whitening Pearl Cream PapayaNOT03090150KETretinoin
10Ratna Sari Whitening Night CreamNOT080700826KTretinoin
11ATIKA BEAUTY Renewal Night CreamNOT04082451KEHydroquinone
12Chantique - Whitening Night CreamNOT04121404KETretinoin

Tahun 2008
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KEHydroquinone
2Gloskin Krim Malam & SiangNOT05082557KEHydroquinone
3Reena's Astringen LanjutanNOT05010659KEHydroquinone
4Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KEHydroquinone
5EETYE Whitening CreamNOT06080859KEHydroquinone
6O'Lynn Skin Lightening CreamNOT06110164KETretinoin



Senarai ini dikemaskini pada Januari 2013

Sumber :  

(CLICK ON ABOVE PICTURE AND YOU WILL DIRECTLY LINK TO THE WEBSITE) 


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Saturday, April 6, 2013

: Cara Potong Kuku dalam Islam :

Sebelum ini seriously aku memang tak pernah tahu cara potong kuku dalam Islam. Sedang berborak-borak dengan rakan sekerja, diorang ada share pasal ni. Tapi diorang pun tak ingat sangat. Jadi aku rasa aku patut tahu pasal ni, aku terus search kat internet. Sebelum ni aku tak pernah kisah pun cara potong kuku, kuku mana yang perlu dipotong dulu, jari tangan kanan atau kiri ke yang patut dimulakan dulu dan hari apa yang boleh potong kuku dan hari apa yang tak boleh potong kuku. Setelah search kat internet, barulah aku tahu pasal semua ni. Jadi dengan ilmu yang aku dapat ni, aku nak share dengan korang.





1) Potong Kuku Tangan
  • SUNAT memotong kuku BERMULA JARI TANGAN KANAN dan  JARI TANGAN KIRI
  • JARI TANGAN KANAN : Dari Jari telunjuk hingga Jari Kelingking dan last sekali Ibu Jari Kanan selepas potong kuku Ibu Jari Tangan Kiri (Sila rujuk gambar di atas)
  • JARI TANGAN KIRI : Dari Jari Kelingking hingga ke Ibu Jari
2) Potong Kuku Kaki
  • Sunat memotong kuku BERMULA JARI KAKI KANAN dan  JARI KAKI KIRI
  • JARI KAKI KANAN : Dari Jari Kelingking hingga ke Ibu Jari
  • JARI KAKI KIRI : Dari Ibu Jari hingga ke Jari Kelingking
3) Lepas selesai potong kuku, basuhlah jari-jari tersebut dengan segera
  • Jika kuku yang dah dipotong TANPA membasuhnya terlebih dahulu DAN menyentuh anggota badan yang lain, dikhuatiri akan menhidap PENYAKIT KUSTA.
4) Tanam Kuku
  • SUNAT ditanamkan di dalam tanah kerana ia sebahagian daripada anggota badan kita
5) Hukum Gigit Kuku
  • Hukumnya MAKRUH dan boleh mewarisi PENYAKIT KUSTA


1) Hari Isnin
  • Nescaya keluar daripadanya GILA dan masuk kepadanya SIHAT
2) Hari Khamis
  • Nescaya keluar daripadanya GILA dan masuk kepadanya SEMBUH dari PENYAKIT
3) Hari Jumaat
  • Nescaya keluar DOSA-DOSA seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya RAHMAT ALLAH S.W.T
  • SUNAT memotong kuku sebelum mengerjakan Solat Jumaat


1) JANGAN potong kuku ketika BERHADAS BESAR
  • Di akhirat kelak, kuku tersebut datang kepada kamu dalam keadaan berhadas besar (HAID, NIFAS atau JUNUB)
2) Hari Selasa
  • Nescaya keluar daripadanya SIHAT dan masuk kepadanya PENYAKIT
3) Hari Rabu
  • Nescaya keluar daripadanya WAS-WAS dan masuk kepadanya KEPAPAAN
4) Hari Sabtu
  • Nescaya keluar daripadanya UBAT dan masuk kepadanya PENYAKIT
5) Hari Ahad
  • Nescaya keluar daripadanya KEKAYAAN dan masuk kepadanya KEMISKINAN


MARILAH SAMA - SAMA KITA AMALKAN SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Friday, April 5, 2013

: NAK atau TAK NAK kena mengundi !.OH! PRU13 :

Okey! Jawapannya : MESTI mengundi bagi yang berumur 21 tahun dan ke atas. Jangan nak kata TAK NAK mengundi.. TAK NAK mengundi tak payah la duduk kat Malaysia ni =) Syuh! Syuh! hehe.. Mengundi ni kira sebahagian daripada tanggungjawab kita kepada negara. Jadi kalau kamu rasa seorang yang bertanggungjawab, PILIHLAH MENGUNDI ! Bukan keluar duit kan nak mengundi. Just spend your time je nak mengundi ni. Kamu first timer mengundi ke? Ya! Sayalah First Timer mengundi! hehe.

Bagi yang masih tertanya-tanya DIMANAKAH MENGUNDI ?.. Sila klik kat gambar di bawah ini:



Bagi first timer macam saya TAK TAHU PROSEDUR MENGUNDI.. Sila KLIK SINI atau lihat gambar di bawah ini:




Kamu yang mengundi untuk PRU13 kali ini GET READY JARI TELUNJUK tu =).. Sebelum mengundi jari telunjuk kita akan diwarnakan dengan dakwat ini.. TIADA DAKWAT DI JARI menandakan kamu TIDAK BOLEH MENGUNDI  !!!



Okey! Untuk pertanyaan lebih lanjut kamu boleh KLIK SINI dan juga boleh lihat di bawah ini. 




SAYA PILIH MENGUNDI !!! ANDA PULA BAGAIMANA?

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Thursday, April 4, 2013

: Surprised !!! :




Inilah bunga tu.. 13 kuntum semuanya.. Orang kata 13 kuntum means dari peminat misteri.. Tapi kan.. Aku taulah siapa penghantarnya.. hehe.. Terima Kasih Sayang! 





Your Fiance,
Zyda..

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Wednesday, April 3, 2013

: Genap 26 Tahun :



Hari ini, genaplah usia aku 26 tahun. Happy Birthday To Me! Aku la orang yang pertama wish birthday kat diri sendiri. hehe. Sebab orang yang aku nantikan untuk wish birthday tak wish-wish pun. Rasa sangat-sangat sedih. Tapi apa boleh buat kan. Dia sedang sakit. Aku mengerti tapi dalam pada yang sama aku harapkan dia wish birthday aku esok. hehe.

Untuk birthday kali ini, aku harapkan dengan meningkatnya umur aku ini mematangkan diri aku untuk menjadi seorang wanita dan juga seorang isteri suatu hari nanti.

Apa yang aku harapkan:

Dear Emak, Abah, Angah, Miza, Affi dan Amir, Along harapkan..

  • Semoga hidup kalian sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T
  • Semoga kalian dilimpahi rezeki yang luas oleh Allah S.W.T
  • Semoga apa yang kalian hajatkan menjadi kenyataan
  • Semoga kalian dapat memaafkan segala kekurangan Along semasa hidup bersama kalian

Dear Bakal Husband, Shaye harapkan..

  • Awak dapat terima bakal isteri awak ini dengan ikhlas kerana dia mengerti dia selalu buat awak tension, peneng kepala, sakit hati dan macam-macam
  • Awak dapat menghargai dia kerana dia ni boleh tahan cepat terasa hati tau
  • Awak dapat menjadi seorang husband yang dapat membimbing serta dapat memberi tunjuk ajar kepadanya kerana dia tidak sempurna dan awaklah yang dapat menyempurnakan segala kekurangannya
  • Awak dapat curahkan kasih, sayang, cinta dan perhatian terhadapnya 


SEKIAN,
Birthday Girl =)





: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved