Wednesday, March 20, 2013

: Kamu sedang jatuh CINTA ke? :

  • Setiap kali ingin ke kelas, kamu akan keluar awal dan melalui jalan yang berdekatan dengan kolej kediaman si dia. Kamu akan melilarkan mata dan tercari-cari mana tahu terserempak dengan si dia semasa hendak ke kelas.

  • Lately, kamu rajin sangat pergi ke tempat si dia selalu melepak. Kamu jadi rajin mengajak kawan kamu ke tempat tersebut dengan harapan kamu akan bertemu dengan dia. Bila dah bertemu, kamu akan menyatakan kepada si dia “Hai! Tak sangka kita bertemu di sini”

  • Bila kamu ternampak kelibat si dia, kamu akan memerhatikan si dia sehingga tidak nampak kelibat dia. Kamu mula menghantar pesanan ringkas dan bertanya “Awak kat mana tu?. Saya Nampak awak tadi..  Huh! Dalam hati ada taman kan.

  • Kamu mengajak si dia study sama-sama di library. Padahal kamu bukan berniat nak study pun. Kamu nak tenung muka dia kan sebab kamu rindu dengan dia. Orang dah mabuk kepayang macam tu  lah. 

  • Bila nak buat rutin harian (makan, minum, tidur, mandi dan lain-lain), kamu selalu teringat wajah si dia. Kamu jadi mengelamun tak tentu pasal. Mandi tak basah. Tidur tak lena. Study pun boleh senyum meleret. Sah! Memang kamu sudah jatuh cinta dengan si dia.

  • Kamu kerap kali menghantar ayat yang sama melalui pesanan ringkas kepada si dia “Awak tengah buat apa tu?”, “Awak dah makan?”, “Saya sayang sangat kat awak”, “Saya selalu teringtkan awak”.  Paling nampak bila kamu sering kali call si dia. Kamu tak kisah pun pasal kredit tinggal berapa asalkan kamu dapat dengar suara macho / suara merdu si dia.

  • Kamu kerap mengajak si dia kuar. “Jom kita jogging petang ni”, “Jom kita pergi pasar malam”, Jom lunch sama-sama”., “Jom kita jalan-jalan kat tasik petang ni”. Sebelum ni nak pergi mana-mana kamu akan ajak kawan kamu. Tapi bila dah ada si dia kamu rajin pula pelawa si dia keluar. Kesian kawan kamu kan, mesti terasa hati dengan sikap kamu. Kamu sedang excited la tu.

  • Bila birthday si dia sudah makin dekat. Awal sebulan, kamu dah terpikir nak bagi apa. Kamu akan search kat internet apa yang boleh kamu bagi kepada si dia. Kamu akan bertanya kepada kawan-kawan kamu dan minta idea apa yang lelaki / perempuan suka. Wah! Kamu sudah mula ambil berat tentang si dia mengalahkan diri kamu sendiri.

  • Kamu mula bertanya tentang latar belakang si dia sama ada direct tanya si dia ataupun melalui teman-teman si dia. Soalan yang mungkin ditanya kepada si dia - “ Adik beradik awak ada berapa orang dan awak anak ke berapa ye?”, “Awak suka warna apa?”, “Awak suka makan apa?”. Yang ni pula soalan yang mungkin ditanya kepada teman-teman si dia – “Dia ada rapat dengan perempuan / lelaki mana-mana ke kat sini?”, “Dia orangnya macam mana ye, okey tak dia bagi kau?”.

  • Kamu mula jadi stalker dan peminat  si dia di Facebook. Kamu rajin menegur dia di Facebook. Apa yang mungkin kamu buat? - Kamu komen status dia, kamu komen gambar dia, kamu perhatikan dia komen dengan siapa. Bila kamu nampak dia komen dengan perempuan / lelaki lain mula la kamu tanya “Siapa perempuan / lelaki yang komen gambar awak tu?, mesra je saya tengok”. Kamu dah mula rasa cemburu buta. 


Semasa kamu membaca entry ni pun dalam kepala kamu asyik fikirkan si dia kan?.. Memang sah kamu Falling In love with Si Dia.. 


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

No comments:

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved