Thursday, March 21, 2013

: Bila CINTA dirampas apa yang perlu dibuat?:



Situasi cinta dirampas sering kali terjadi dan ia seolah-olah menjadi trend pada masa sekarang. boyfriend dirampaslah . girlfriend dirampaslah , tunang dirampaslah dan yang paling melampau bila suami atau isteri kita dirampas. Kenapa perkara ini selalu terjadi kepada diri kita disaat kita sedang jatuh cinta dengan si dia? Banyak sebab kenapa semua ini terjadi, mungkin ia datangnya dari diri kita sendiri ataupun datang dari pasangan kita ataupun datang dari pihak perampas. Antara sebab-sebab yang kerap kali terjadi apabila pihak perampas dan orang yang kita cinta kerja di bawah satu bumbung atau bila pihak perampas nampak pasangan kita berduit dan berjiwa romantik dan sebagainya.


Jika ia berlaku kepada diri kita, apa yang perlu kita buat?

  • Kita siasat dulu kenapa orang yang kita cintai dirampas. Mungkin sebabnya datang dari diri kita sendiri ataupun datang dari pasangan kita. Jika ia datang dari diri sendiri, kita lepaskan dia dengan rela hati. Kalau ia datang dari pasangan kita atau pihak ketiga, kita lepaskan dia juga. Tapi sudah tentu kamu akan terasa hati dengan apa yang mereka lakukan kepada kamu kan.Nak tak nak kamu kena lepaskan juga sebab dia dah tak nak berhubungan dengan kamu lagi.  Justeru, kamu letakkan semua ketentuan ditangan Allah. Biar Allah sahaja yang tentukan hidup mereka seterusnya.

  • Bila baru sahaja putus cinta, menangislah  sekuat hati kamu. Itu sahaja yang dapat melegakan kesedihan kamu. Sampai satu tahap, kamu akan terfikir “Buat apa nak menangisi dia sedangkan dia sedang bahagia dan gembira dengan orang lain”. Automatik kamu akan terasa rugi membuang air mata kamu kerana dia dan kamu akan ada satu semangat lain iaitu “Aku boleh hidup tanpa dia”.

  • Jika kamu masih terasa lemah dengan apa yang terjadi, kamu carilah teman rapat kamu, luahkan segala yang terbuku dalam hati kamu. Kamu perlu berkongsi segala kesedihan dengan kawan kamu ataupun ahli keluarga yang dekat dengan kamu. In Sha Allah kamu akan berasa diri kamu amat-amat dihargai walaupun si dia tidak lagi menghargai kamu.

  • Sibukkan diri kamu dengan membuat aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Contohnya, pergilah melancong. Kamu tentu masih teringat-ingat akan si dia kan?. Pergilah ajak kawan-kawan kamu atau famili kamu bersiar-siar dan melancong ketempat tempat yang tenang seperti tepi pantai, mendaki gunung, menyelam dan sebagainya. 

  • Lastly, carilah seseorang yang boleh menjadi peganti si dia. Ini mungkin bukan senang bagi kamu especially kepada kamu yang sudah bercinta bertahun-tahun kan. Tapi ini sahaja yang boleh menghilangkan sedikit sebanyak rasa sayang dan cinta pada si dia. Cubalah berkawan dengan seberapa ramai orang dan pilihlah yang terbaik antara yang terbaik. In Sha Allah kamu boleh melupakan si dia dan kamu akan menemui kebahagian yang kamu idamkan selama ini.




: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

No comments:

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved