Sunday, March 24, 2013

: Amalan yang perlu dilakukan oleh suami atau isteri disaat menunggu kelahiran bayi :

Assalammualaikum..

Hari ini Shaye nak share sedikit mengenai persediaan kita sebagai husband and wife di saat menanti kelahiran bayi kita. Apa yang kita patut dan perlu kita buat ketika menghadapi situasi-situasi di bawah ini:
  1. Semasa mengandung
  2. Semasa hendak bersalin 
  3. Sesudah bersalin
  4. Selepas melahirkan bayi 

Semasa Mengandung
Kita sebagai bakal-bakal ibu perlu mengamalkan dengan membaca ayat-ayat di bawah ini 
  1. Istigfar
  2. Berzikir
  3. Selawat
  4. Berdoa

Semasa Hendak Bersalin - kaedah air selusuh
Suami perlulah juga memainkan peranan di saat isteri hendak bersalin. Apa yang perlu di buat oleh suami?
  1. Perlu membaca Surah Al-Insyirah (Ayat 1-5) ke dalam bekas yang di isi dengan air.
  2. Berikan 3 kali teguk air tersebut kepada isteri yang hendak bersalin beserta selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
  3. Lebihan air tadi, sapukan ke perut isteri. Cara sapuan tu : Dari atas perut ke bawah perut dan tarik ke tepi.

Sesudah Bersalin
Si suami perlu berasa di sisi isteri dan suami perlulah melakukan seperti di bawah:
  1. Ambil bayi dan pegang sebaik-baik mungkin
  2. Laungkan Azan ke telinga kanan bayi 
  3. Laungkan Iqamat ke telinga kiri bayi
  4. Bacakan surah Al-Qadar ke telinga kanan bayi
  5. Bacakan surah Al-Ikhlas ke telinga kiri bayi
  6. Belah mulut bayi - kat sini maksudnya maniskan mulut bayi tersebut. Cara-caranya:
  7. Pegang ubun-ubun bayi dan bacakan 21x Surah At-Thakathur (Starting ayat: Alhakumuttakathur..
~Bacakan Surah Al-Insyirah
~ Ambil manisan (seelok-eloknya : Kurma, Madu, Air Zam-Zam) dengan menggunakan jari manis dan tahnikkan (sapukan pada mulut dan lelangit) bayi kita
~ Semasa tahnik, bacakan surah Al-Insyirah
~ Semasa disapukan manisan ke lelangit bayi, dibacakan doa. Isi kandungan doa tersebut:

(i) Jadikan anak kita supaya menjadi anak yang soleh dan solehah
(ii) Jadikan anak kita supaya taat kepada Allah SWT dan kedua ibu bapanya
(iii) Jadikan anak kita sebagai seorang yang pintar dan bijak
(iv) Jadikan anak kita berpekerti mulia

    8.  Pegang ubun-ubun bayi dan bacakan 21x Surah At-Thakathur (Starting ayat: Alhakumuttakathur..)

Apa yang perlu dilakukan oleh si isteri pula?. Okey, sekarang Shaye bagitahu:
  1. Mandi Hadas Wiladah - dilakukan sebaik-baik melahirkan bayi
  2. Mandi Hadas Nifas - dilakukan selepas 40 hari dari hari kita bersalin

Selepas Kelahiran Bayi
Suami dan isteri perlulah melakukan perkara-perkara di bawah pada hari ke-7 atau hari ke-14 atau hari ke-21 selepas kelahiran bayi. Apa perkara-perkara tersebut? Lihat di bawah ini:
  1. Memberikan nama yang baik-baik
  2. Aqiqah
  3. Cukur rambut -maksud di sini dicukurkan keseluruhan rambut
  4. Khatankan bayi

Akhir sekali, Shaye nak selitkan doa-doa yang perlu diamalkan untuk zuriat kita:
  1. Doa patuh kepada Allah - Surah Al-Baqarah (Ayat: 128)
  2. Doa anak yang baik - Surah Al-Imran (Ayat 38)
  3. Doa zuriat yang menyenangkan - Surah Al-Furqan (Ayat 74)
  4. Doa agar tetap dalam mengerjakan solat - Surah Ibrahim (Ayat 40)



Shaye dapat ilmu ini dari kursus kawin yang Shaye hadiri pada hari ini. Dan Shaye patut kongsi dengan kamu semua supaya ia dapat diterapkan dan menjadi amalan dalam kehidupan kita kelak.


Sekian

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

4 comments:

  1. tq for sharing this info.. baru betul, ade bagitau info ni datang dari 'kursus kahwin'.. x seperti blog2 yg lain tu, main share jer, x tau mane sumber.. ntah betul ntah tidak.. huhu..

    good luck!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu yang saya dapat akan saya share.. benda baik yang saya rasa semua orang perlu praktikkan. mekaseh =)

      Delete
  2. thanks for sharing..sangat membantu

    ReplyDelete

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved