Tuesday, March 19, 2013

: Aku single dan Aku double ! :

1) Single oh single


Status single yang dipegang membuatkan kamu sangat-sangat seteresss bukan? “Arghhh! Seteresssnya aku, bilalah aku nak ada pasangan hidup macam kawan-kawan aku. Ada yang dah kawin dan ada yang dah ada anak pula tu?”. Mula la jadi murung dan rasa diri ni tak laku bukan.

Perasaan ni akan wujud bila:

  • Kamu baru lepas saja putus cinta (expecially yang bercinta bertahun-tahun lamanya)

  • Umur kamu sudah masuk angka 25 tahun dan ke atas (yang ni terjadi lebih kat perempuan jela, lelaki relax je kan?)

  • Kawan kamu sudah mula berlumba-lumba untuk berkahwin dan ada yang sudah mempunyai anak dan ada yang nak tambah anak pula (bila ada yang invite suruh datang majlis kawin, bila ada yang update status gambar anak, suami atau isteri kat Facebook)

  • Parents sudah mula menunjukkan minat untuk terima menantu dan cucu (“Ko long, bila nak kawin? umur  tu makin hari makin meningkat / “Bila la mak nak ade cucu?Alahai..”)

  • Kawan kamu yang sudah berkawin asyik tanya ‘Bila ko nak kawin, Zyda”? (Errkk.. jawab jela..“coming soon..nanti datang ya”)

Kamu seteresss bukan? Tapi seteresss bukan bermaksud menyerah tapi:





2) Mula mencari pasangan hidup


Okey! Yang ni sangat mencabar.Nak cari pasangan hidup bukan senang. Kamu mesti nak cari pasangan yang bukan untuk main-main kan, tapi nak cari pasangan hidup sampai ke syurga. Kamu sudah mula melakukn aktiviti pelik yang kamu tidak lakukan sebelum ni.




Kamu baca kat bawah ni mana tahulah terkena dekat batang hidung kamu. Hehe.

  • On lappy, pasang berokband. Then, ber’facebook’, ber’whatsup’, ber’skype’, ber’YM’. Rajin pula menegur kat Facebook (sebelum ni tak pernah tegur), mengomen status dan gambar si dia. Pelik bukan? Tapi perlu diingatkan, siasat dulu si dia tu masih single ke? Kalau single apa lagi. Komen lebih sikit ya.

  • Bila kawan ajak kuar berjalan- berjalan, bersiar-siar, bershopping, berwayang. “ Okey! Boleh-boleh. Petang ni jemput aku kat rumah nanti”. Part ni kamu pernah buat bukan?. Siap-siap mengalahkan pengantin. Duduk depan almari berjam-jam piker nak pakai baju apa, kaler muka tebal-tebal, sembur sebotol minyak wangi. Ni namanya taktik ‘attraction’. Dibolehkan dan digalakkan. Hehe.

  • Mula minta tolong kawan kenalkan dengan siapa-siapa. Yang ni terjadi kepada kamu yang sudah malas nak mencari dan dah’ give up’ dengan hidup bercinta. “Zyda, kenalkan aku seorang kawan kau,. aku bosan la hidup single ni?”


3) Dah jumpa pasangan hidup (Double sudah?)


Wah! Sekarang aku dah ada dia..Hepinya aku. Part ni paling hepi bukan..Dari single ke double. Tidur senyum ke telinga (mimpi indah-indah), mandi tak basah (time mandi pikir moments jumpa dengan si dia petang tadi), makan tak kenyang (cubalah makan tu jangan cover-cover bila depan dia, kan dah tak kenyang)


Mula-mula semuanya indah. Kau yang terindah bukan?.  “U, tolong potongkan I punya chicken chop, I susah la nak makan”, “U, kita share straw la, romantik sikit”, “U, I cintakan U, I rindu giler kat U tau, setiap malam asyik teringat kat U je.

Betul tak? Betul tak?hehe..



Mula-mula semuanya indah.. Pijak semut pun tak mati. Pijak gajah memang gerenti takkan mati. Silap-silap kena sepak lagi dengan gajah tu. Haha.

Bila dah kenal lama-lama mula nak cari salah pasangan “U tengok sapa tu?. Cungkil biji mata tu baru tahu. Kalau berani buatlah”, “U ni busy memanjang. Dulu U rajin komen kat Facebook I, tapi sekarang U tak pernah pun komen. U ada yang lain eh?”.

Yang ni memang selalu terjadi kepada pasangan yang dah bercinta lama. Kamu kena pandai jaga pasangan kamu, hati dia, perasaan dia. Hubungan yang kita bina tak semuanya indah. Kadangkala Allah S.W.T nak duga kita macam-macam. The most important things, sabar dengan setiap dugaan yang datang, bertolak ansur dan jujurlah dengan pasangan kamu.

Semoga Mahligai yang dibina mendapat Rahmat dariNya dan kekal hingga ke syurga. Amin.

Sekian..



: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

1 comment:

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved