Tuesday, March 26, 2013

: Stres Donut :

Assalammualaikum...

Hye semua.. Cik Zyda malam ni berasa sangat-sangat stres. Tetiba rasa macam tu sebab tetiba je terfikir bukan-bukan. Nak elakkan Shaye terus menerus rasa stres. Jadi Shaye decide untuk mem'busy'kan diri. Shaye search resepi dan terjumpa resepi donut. Senang je nak buat rupanya. Nak ada kerajinan baru semuanya jadi kan. Dah tengok senang, tengok pula bahan-bahan tu ada ke tak. Alhamdulillah, nasib menyebelahi. Bahan-bahan semuanya ada kat dapur lebihan buat "Kek ala-ala Oreo Cheese Cake" hari sabtu hari itu. 

Ni la hasilnya donut Shaye. Tak cantik pun. Dan tak tahu apa rasanya sebab baru buat bentuk je. Esok baru nak menggoreng-goreng.

Kalau kamu berminat nak buat donut seperti di atas, di bawah ni resepinya..

Bahan - Bahan
  • 250ml yoghart asli
  • 170gm gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 45gm butter (dicairkan)
  • 500gm tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 sudu besar baking soda
  • 1/4 sudu kecil garam
  • ** gula halus - untuk ditabur selepas menggoreng
  • ** minyak masak - untuk menggoreng


Cara - Cara
  • Pukul telur + gula hingga kembang
  • + yoghart + esen vanila + garam + butter - pukul sebati
  • + baking powder + baking soda + tepung gandum
  • Canaikan adunan dan bulatkan guna tangan seakan-akan kuih donut (kalau ada acuan donut senang sikit)
  • Goreng (api sederhana)
  • Tabur gula halus
  • Ngapppp - makan ler.. =)


Selamat mencuba !


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Sunday, March 24, 2013

: Amalan yang perlu dilakukan oleh suami atau isteri disaat menunggu kelahiran bayi :

Assalammualaikum..

Hari ini Shaye nak share sedikit mengenai persediaan kita sebagai husband and wife di saat menanti kelahiran bayi kita. Apa yang kita patut dan perlu kita buat ketika menghadapi situasi-situasi di bawah ini:
  1. Semasa mengandung
  2. Semasa hendak bersalin 
  3. Sesudah bersalin
  4. Selepas melahirkan bayi 

Semasa Mengandung
Kita sebagai bakal-bakal ibu perlu mengamalkan dengan membaca ayat-ayat di bawah ini 
  1. Istigfar
  2. Berzikir
  3. Selawat
  4. Berdoa

Semasa Hendak Bersalin - kaedah air selusuh
Suami perlulah juga memainkan peranan di saat isteri hendak bersalin. Apa yang perlu di buat oleh suami?
  1. Perlu membaca Surah Al-Insyirah (Ayat 1-5) ke dalam bekas yang di isi dengan air.
  2. Berikan 3 kali teguk air tersebut kepada isteri yang hendak bersalin beserta selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
  3. Lebihan air tadi, sapukan ke perut isteri. Cara sapuan tu : Dari atas perut ke bawah perut dan tarik ke tepi.

Sesudah Bersalin
Si suami perlu berasa di sisi isteri dan suami perlulah melakukan seperti di bawah:
  1. Ambil bayi dan pegang sebaik-baik mungkin
  2. Laungkan Azan ke telinga kanan bayi 
  3. Laungkan Iqamat ke telinga kiri bayi
  4. Bacakan surah Al-Qadar ke telinga kanan bayi
  5. Bacakan surah Al-Ikhlas ke telinga kiri bayi
  6. Belah mulut bayi - kat sini maksudnya maniskan mulut bayi tersebut. Cara-caranya:
  7. Pegang ubun-ubun bayi dan bacakan 21x Surah At-Thakathur (Starting ayat: Alhakumuttakathur..
~Bacakan Surah Al-Insyirah
~ Ambil manisan (seelok-eloknya : Kurma, Madu, Air Zam-Zam) dengan menggunakan jari manis dan tahnikkan (sapukan pada mulut dan lelangit) bayi kita
~ Semasa tahnik, bacakan surah Al-Insyirah
~ Semasa disapukan manisan ke lelangit bayi, dibacakan doa. Isi kandungan doa tersebut:

(i) Jadikan anak kita supaya menjadi anak yang soleh dan solehah
(ii) Jadikan anak kita supaya taat kepada Allah SWT dan kedua ibu bapanya
(iii) Jadikan anak kita sebagai seorang yang pintar dan bijak
(iv) Jadikan anak kita berpekerti mulia

    8.  Pegang ubun-ubun bayi dan bacakan 21x Surah At-Thakathur (Starting ayat: Alhakumuttakathur..)

Apa yang perlu dilakukan oleh si isteri pula?. Okey, sekarang Shaye bagitahu:
  1. Mandi Hadas Wiladah - dilakukan sebaik-baik melahirkan bayi
  2. Mandi Hadas Nifas - dilakukan selepas 40 hari dari hari kita bersalin

Selepas Kelahiran Bayi
Suami dan isteri perlulah melakukan perkara-perkara di bawah pada hari ke-7 atau hari ke-14 atau hari ke-21 selepas kelahiran bayi. Apa perkara-perkara tersebut? Lihat di bawah ini:
  1. Memberikan nama yang baik-baik
  2. Aqiqah
  3. Cukur rambut -maksud di sini dicukurkan keseluruhan rambut
  4. Khatankan bayi

Akhir sekali, Shaye nak selitkan doa-doa yang perlu diamalkan untuk zuriat kita:
  1. Doa patuh kepada Allah - Surah Al-Baqarah (Ayat: 128)
  2. Doa anak yang baik - Surah Al-Imran (Ayat 38)
  3. Doa zuriat yang menyenangkan - Surah Al-Furqan (Ayat 74)
  4. Doa agar tetap dalam mengerjakan solat - Surah Ibrahim (Ayat 40)



Shaye dapat ilmu ini dari kursus kawin yang Shaye hadiri pada hari ini. Dan Shaye patut kongsi dengan kamu semua supaya ia dapat diterapkan dan menjadi amalan dalam kehidupan kita kelak.


Sekian

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

: Happy Birthday Sayang & terimalah ia dengan senyuman :


Hye Sayang.. I just want to wish "Happy Birthday yang ke 26 tahun sayang!".. I love you so much dear!..

Nak gelak dulu la.. Haha.. Awak dah tua kan sebab tu saya gelak.. Nanti awk pula gelakkan saya kan sebab saya ikut jejak langkah tua awak.. Beza kita cuma 10 hari je sayang.. Tua awak pun kita tetap sama tahun kan sayang.. Awak tahu tak apa perasaan saya ketika ini?.. So excited!!! sebab tahun ni tahun pertama saya sambut birthday awak sebagai tunangan saya.. Hehe.. Awak lah tunang saya yang pertama dan In Sha Allah yang terakhir dalam hidup saya..

Awak tentu teruja macam saya sekarang ni sebab tak lama lagi awak juga akan sambut birthday saya.. Adusssh! Perasan betul Cik Zyda.. Hehe.. Tak kira juga.. Saya nak sambut birthday awak even awak cakap time birthday awak, awak tak pernah sambut.. Jadi, sayalah orang pertama dalam hidup awak as your partner yang celebrate your birthday kan??.. Ohhh! bertambah excited ni..

Saya just nak bagitahu, saya takde apa nak bagi kat awak as hadiah.. Tapi saya cuba wujudkan satu benda untuk diberikan pada awak.. Awak tentu tertanya-tanya kan sebab apa saya tak balas text-text awak dan alasan yang saya berikan tadi "saya hanya buat benda pelik".. Sebenarnya benda pelik tu ada kaitannya dengan benda yang saya nak bagi awak ni.. Nak tahu tak apa?.. Ermm...

Nak mulakan cerita, niat saya mula-mula nak buatkan awak "Oreo Cheese Cake". Niat ni dah lama terpendam dalam hati kira-kira 2 minggu lepas.. Dan tadi saya telah menyiapkan satu kek dan saya telah beri nama kek tersebut selepas ianya siap iaitu "Kek Ala-ala Oreo Cheese Cake".. Awak tahu tak kenapa ada perkataan "Ala-ala".. Sebabnya kek dia tak berapa nak serupa dengan "Oreo Cheese Cake" asal.. Sob-sob.. Sedihnya..



Sayang..Jangan salah sangka..ni bukan kek tu tau.. Saya nak buat macam ni..tapi tak jadi..tapi kek saya di bawah ini..sila tengok ye..
Sayang.. Ni la kek tu.. Sob-Sob.. Teruk kan rupa dia.. tapi saya ikhlas buat ni sayang..Cuma rupa dia tak secomel rupa saya..kihkih
Tapi kan, saya harap sangat awak akan memuji kek tersebut SEDAP even rupanya tak secantik mana.. Saya harap dengan pemberian kek ni membuatkan awak tersenyum selebar-lebarnya dan berbangga mempunyai bakal isteri yang tidak pandai membuat kek.. Haha..

Ucapan terakhir dalam slot ni.. Saya harap...


  • Semoga awak di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT..
  • Semoga apa yang awak minta dari Allah SWT, termakbul jua.. In Sha Allah..
  • Semoga awak dapat menjadi seorang anak yang soleh kepada kedua ibu bapa awak..
  • Semoga awak dapat menjadi seorang suami dan seorang bapa yang soleh .. In Sha Allah..

Amin Ya Rabbal Alamin...


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Thursday, March 21, 2013

: Bila CINTA dirampas apa yang perlu dibuat?:



Situasi cinta dirampas sering kali terjadi dan ia seolah-olah menjadi trend pada masa sekarang. boyfriend dirampaslah . girlfriend dirampaslah , tunang dirampaslah dan yang paling melampau bila suami atau isteri kita dirampas. Kenapa perkara ini selalu terjadi kepada diri kita disaat kita sedang jatuh cinta dengan si dia? Banyak sebab kenapa semua ini terjadi, mungkin ia datangnya dari diri kita sendiri ataupun datang dari pasangan kita ataupun datang dari pihak perampas. Antara sebab-sebab yang kerap kali terjadi apabila pihak perampas dan orang yang kita cinta kerja di bawah satu bumbung atau bila pihak perampas nampak pasangan kita berduit dan berjiwa romantik dan sebagainya.


Jika ia berlaku kepada diri kita, apa yang perlu kita buat?

  • Kita siasat dulu kenapa orang yang kita cintai dirampas. Mungkin sebabnya datang dari diri kita sendiri ataupun datang dari pasangan kita. Jika ia datang dari diri sendiri, kita lepaskan dia dengan rela hati. Kalau ia datang dari pasangan kita atau pihak ketiga, kita lepaskan dia juga. Tapi sudah tentu kamu akan terasa hati dengan apa yang mereka lakukan kepada kamu kan.Nak tak nak kamu kena lepaskan juga sebab dia dah tak nak berhubungan dengan kamu lagi.  Justeru, kamu letakkan semua ketentuan ditangan Allah. Biar Allah sahaja yang tentukan hidup mereka seterusnya.

  • Bila baru sahaja putus cinta, menangislah  sekuat hati kamu. Itu sahaja yang dapat melegakan kesedihan kamu. Sampai satu tahap, kamu akan terfikir “Buat apa nak menangisi dia sedangkan dia sedang bahagia dan gembira dengan orang lain”. Automatik kamu akan terasa rugi membuang air mata kamu kerana dia dan kamu akan ada satu semangat lain iaitu “Aku boleh hidup tanpa dia”.

  • Jika kamu masih terasa lemah dengan apa yang terjadi, kamu carilah teman rapat kamu, luahkan segala yang terbuku dalam hati kamu. Kamu perlu berkongsi segala kesedihan dengan kawan kamu ataupun ahli keluarga yang dekat dengan kamu. In Sha Allah kamu akan berasa diri kamu amat-amat dihargai walaupun si dia tidak lagi menghargai kamu.

  • Sibukkan diri kamu dengan membuat aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Contohnya, pergilah melancong. Kamu tentu masih teringat-ingat akan si dia kan?. Pergilah ajak kawan-kawan kamu atau famili kamu bersiar-siar dan melancong ketempat tempat yang tenang seperti tepi pantai, mendaki gunung, menyelam dan sebagainya. 

  • Lastly, carilah seseorang yang boleh menjadi peganti si dia. Ini mungkin bukan senang bagi kamu especially kepada kamu yang sudah bercinta bertahun-tahun kan. Tapi ini sahaja yang boleh menghilangkan sedikit sebanyak rasa sayang dan cinta pada si dia. Cubalah berkawan dengan seberapa ramai orang dan pilihlah yang terbaik antara yang terbaik. In Sha Allah kamu boleh melupakan si dia dan kamu akan menemui kebahagian yang kamu idamkan selama ini.




: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Wednesday, March 20, 2013

: Kamu sedang jatuh CINTA ke? :

  • Setiap kali ingin ke kelas, kamu akan keluar awal dan melalui jalan yang berdekatan dengan kolej kediaman si dia. Kamu akan melilarkan mata dan tercari-cari mana tahu terserempak dengan si dia semasa hendak ke kelas.

  • Lately, kamu rajin sangat pergi ke tempat si dia selalu melepak. Kamu jadi rajin mengajak kawan kamu ke tempat tersebut dengan harapan kamu akan bertemu dengan dia. Bila dah bertemu, kamu akan menyatakan kepada si dia “Hai! Tak sangka kita bertemu di sini”

  • Bila kamu ternampak kelibat si dia, kamu akan memerhatikan si dia sehingga tidak nampak kelibat dia. Kamu mula menghantar pesanan ringkas dan bertanya “Awak kat mana tu?. Saya Nampak awak tadi..  Huh! Dalam hati ada taman kan.

  • Kamu mengajak si dia study sama-sama di library. Padahal kamu bukan berniat nak study pun. Kamu nak tenung muka dia kan sebab kamu rindu dengan dia. Orang dah mabuk kepayang macam tu  lah. 

  • Bila nak buat rutin harian (makan, minum, tidur, mandi dan lain-lain), kamu selalu teringat wajah si dia. Kamu jadi mengelamun tak tentu pasal. Mandi tak basah. Tidur tak lena. Study pun boleh senyum meleret. Sah! Memang kamu sudah jatuh cinta dengan si dia.

  • Kamu kerap kali menghantar ayat yang sama melalui pesanan ringkas kepada si dia “Awak tengah buat apa tu?”, “Awak dah makan?”, “Saya sayang sangat kat awak”, “Saya selalu teringtkan awak”.  Paling nampak bila kamu sering kali call si dia. Kamu tak kisah pun pasal kredit tinggal berapa asalkan kamu dapat dengar suara macho / suara merdu si dia.

  • Kamu kerap mengajak si dia kuar. “Jom kita jogging petang ni”, “Jom kita pergi pasar malam”, Jom lunch sama-sama”., “Jom kita jalan-jalan kat tasik petang ni”. Sebelum ni nak pergi mana-mana kamu akan ajak kawan kamu. Tapi bila dah ada si dia kamu rajin pula pelawa si dia keluar. Kesian kawan kamu kan, mesti terasa hati dengan sikap kamu. Kamu sedang excited la tu.

  • Bila birthday si dia sudah makin dekat. Awal sebulan, kamu dah terpikir nak bagi apa. Kamu akan search kat internet apa yang boleh kamu bagi kepada si dia. Kamu akan bertanya kepada kawan-kawan kamu dan minta idea apa yang lelaki / perempuan suka. Wah! Kamu sudah mula ambil berat tentang si dia mengalahkan diri kamu sendiri.

  • Kamu mula bertanya tentang latar belakang si dia sama ada direct tanya si dia ataupun melalui teman-teman si dia. Soalan yang mungkin ditanya kepada si dia - “ Adik beradik awak ada berapa orang dan awak anak ke berapa ye?”, “Awak suka warna apa?”, “Awak suka makan apa?”. Yang ni pula soalan yang mungkin ditanya kepada teman-teman si dia – “Dia ada rapat dengan perempuan / lelaki mana-mana ke kat sini?”, “Dia orangnya macam mana ye, okey tak dia bagi kau?”.

  • Kamu mula jadi stalker dan peminat  si dia di Facebook. Kamu rajin menegur dia di Facebook. Apa yang mungkin kamu buat? - Kamu komen status dia, kamu komen gambar dia, kamu perhatikan dia komen dengan siapa. Bila kamu nampak dia komen dengan perempuan / lelaki lain mula la kamu tanya “Siapa perempuan / lelaki yang komen gambar awak tu?, mesra je saya tengok”. Kamu dah mula rasa cemburu buta. 


Semasa kamu membaca entry ni pun dalam kepala kamu asyik fikirkan si dia kan?.. Memang sah kamu Falling In love with Si Dia.. 


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Tuesday, March 19, 2013

: Aku single dan Aku double ! :

1) Single oh single


Status single yang dipegang membuatkan kamu sangat-sangat seteresss bukan? “Arghhh! Seteresssnya aku, bilalah aku nak ada pasangan hidup macam kawan-kawan aku. Ada yang dah kawin dan ada yang dah ada anak pula tu?”. Mula la jadi murung dan rasa diri ni tak laku bukan.

Perasaan ni akan wujud bila:

  • Kamu baru lepas saja putus cinta (expecially yang bercinta bertahun-tahun lamanya)

  • Umur kamu sudah masuk angka 25 tahun dan ke atas (yang ni terjadi lebih kat perempuan jela, lelaki relax je kan?)

  • Kawan kamu sudah mula berlumba-lumba untuk berkahwin dan ada yang sudah mempunyai anak dan ada yang nak tambah anak pula (bila ada yang invite suruh datang majlis kawin, bila ada yang update status gambar anak, suami atau isteri kat Facebook)

  • Parents sudah mula menunjukkan minat untuk terima menantu dan cucu (“Ko long, bila nak kawin? umur  tu makin hari makin meningkat / “Bila la mak nak ade cucu?Alahai..”)

  • Kawan kamu yang sudah berkawin asyik tanya ‘Bila ko nak kawin, Zyda”? (Errkk.. jawab jela..“coming soon..nanti datang ya”)

Kamu seteresss bukan? Tapi seteresss bukan bermaksud menyerah tapi:





2) Mula mencari pasangan hidup


Okey! Yang ni sangat mencabar.Nak cari pasangan hidup bukan senang. Kamu mesti nak cari pasangan yang bukan untuk main-main kan, tapi nak cari pasangan hidup sampai ke syurga. Kamu sudah mula melakukn aktiviti pelik yang kamu tidak lakukan sebelum ni.




Kamu baca kat bawah ni mana tahulah terkena dekat batang hidung kamu. Hehe.

  • On lappy, pasang berokband. Then, ber’facebook’, ber’whatsup’, ber’skype’, ber’YM’. Rajin pula menegur kat Facebook (sebelum ni tak pernah tegur), mengomen status dan gambar si dia. Pelik bukan? Tapi perlu diingatkan, siasat dulu si dia tu masih single ke? Kalau single apa lagi. Komen lebih sikit ya.

  • Bila kawan ajak kuar berjalan- berjalan, bersiar-siar, bershopping, berwayang. “ Okey! Boleh-boleh. Petang ni jemput aku kat rumah nanti”. Part ni kamu pernah buat bukan?. Siap-siap mengalahkan pengantin. Duduk depan almari berjam-jam piker nak pakai baju apa, kaler muka tebal-tebal, sembur sebotol minyak wangi. Ni namanya taktik ‘attraction’. Dibolehkan dan digalakkan. Hehe.

  • Mula minta tolong kawan kenalkan dengan siapa-siapa. Yang ni terjadi kepada kamu yang sudah malas nak mencari dan dah’ give up’ dengan hidup bercinta. “Zyda, kenalkan aku seorang kawan kau,. aku bosan la hidup single ni?”


3) Dah jumpa pasangan hidup (Double sudah?)


Wah! Sekarang aku dah ada dia..Hepinya aku. Part ni paling hepi bukan..Dari single ke double. Tidur senyum ke telinga (mimpi indah-indah), mandi tak basah (time mandi pikir moments jumpa dengan si dia petang tadi), makan tak kenyang (cubalah makan tu jangan cover-cover bila depan dia, kan dah tak kenyang)


Mula-mula semuanya indah. Kau yang terindah bukan?.  “U, tolong potongkan I punya chicken chop, I susah la nak makan”, “U, kita share straw la, romantik sikit”, “U, I cintakan U, I rindu giler kat U tau, setiap malam asyik teringat kat U je.

Betul tak? Betul tak?hehe..



Mula-mula semuanya indah.. Pijak semut pun tak mati. Pijak gajah memang gerenti takkan mati. Silap-silap kena sepak lagi dengan gajah tu. Haha.

Bila dah kenal lama-lama mula nak cari salah pasangan “U tengok sapa tu?. Cungkil biji mata tu baru tahu. Kalau berani buatlah”, “U ni busy memanjang. Dulu U rajin komen kat Facebook I, tapi sekarang U tak pernah pun komen. U ada yang lain eh?”.

Yang ni memang selalu terjadi kepada pasangan yang dah bercinta lama. Kamu kena pandai jaga pasangan kamu, hati dia, perasaan dia. Hubungan yang kita bina tak semuanya indah. Kadangkala Allah S.W.T nak duga kita macam-macam. The most important things, sabar dengan setiap dugaan yang datang, bertolak ansur dan jujurlah dengan pasangan kamu.

Semoga Mahligai yang dibina mendapat Rahmat dariNya dan kekal hingga ke syurga. Amin.

Sekian..



: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Sunday, March 17, 2013

: 17 Mac - Purple Mood :

Assalammualaikum dan hye semua.

Selesai sudah program 1 Million Woman Purple Walk yang diadakan pada hari ni bertempat di padang berhadapan dengan pasaraya Upwell, Segamat. Shaye sangat-sangat berpuas hati dan agak kecewa sikit sebab tak bertuah untuk menerima TV LCD. hehe.. Apa-apa pun Shaye nak bagitahu yang Shaye rase dah turun 2kg. Erkkkkk... benarkah ? Yup. Memang benar. Nasib baik ada Taichi kalau tak memang berat tak turun-turun. Huhu. Taichi memang the best la. First time buat tarian taichi yang lemah gemalai tu.

Di bawah ni Shaye senaraikan tentatif program tersebut:

  • Pendaftaran dan ambil nombor (untuk cabutan bertuah)
  • Breakfast roti plus air mineral
  • Tarian Taichi
  • Perasmian oleh YB Datuk Haji Baharum Bin Mohamad (Parlimen Sekijang) - belon dilepaskan
  • Purple Woman Walk - 1.5km
  • Cabutan Nombor bertuah - paling bertuah menang TV LCD la
  • Ambil makanan dan balik

TaiChi Time !

Walking Time !

Memory Time !
Aittt! tetiba je muka jadi macam nie. Kusam + Tak bermaya + Penat wwwooooooo 

Shaye sangat-sangat berpuas hati. Diharap tahun depan dapat join lagi. Harap-harap ada lagi. 

Sekian..



: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Wednesday, March 13, 2013

: 1 Million Women Purple Walk :

Jom Jom! Pakat ramai - ramai ke Program 1 Million Women Purple Walk yang diadakan secara serentak di seluruh negara pada 17 Mac 2013. Bagi yang ingin menghadirkan diri, pakailah baju kaler Purple ye. Nama pun 'Women Purple Walk'. Janggal pula kalau pakai baju selain Purple kan. Ada yang bertanya, kaum ADAM / LELAKI boleh ke join sekali. Jawapan Shaye: 'Boleh sebab perasmi program ni LELAKI iaitu Perdana Menteri kita, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak'. 'Boleh join tapi pakai baju selain warna purple'. Erkkk... Boleh ke jawab begitu? Entahlah. Apa-apa pun I just want to say that 'I also join this program' tapi di Segamat jela. Sebenarmya Program ni diadakan bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa 2013 yang kita sambut pada 8 Mac setiap tahun. Rasa terharu kan program ni diadakan untuk meraikan kita - kita sebagai wanita. 





Di bawah ini Shaye sertakan apa yang boleh di pakai dan apa yang tidak boleh dipakai. Harap - harap kamu tidak tersalah pakai ye =)


 Okey! Sekian.
: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Monday, March 11, 2013

: Alahai Facebook atau Si Muka Buku ! :

Assalammualaikum dan hye semua.

Entry kali ni mengenai Facebook. Ada apa dengan Facebook sehingga kamu duduk lama-lama depan 'DIA' mengalahkan kamu duduk depan tv tengok drama bersiri 'Surat Dari Langit?' Mendatangkan faedah ke duduk lama-lama depan Facebook ni?. Kamu pernah tak 'count' berapa lama kamu menghabiskan masa depan 'DIA'. Mostly orang akan jawab. "Hampir setiap hari dan setiap jam aku duduk depan 'DIA'". Termasuklah orang yang menulis entry ni. Memang tak pernah jemu duduk depan Facebook.

Soalan yang sedang berlegar-legar di minda Shaye tentang Facebook 'Kenapa, Bagaimana, dan Bolehkah'?. Mesti kamu tertanya-tanya kan apa yang cuba disampaikan oleh Shaye. Meh nak mulakan cerita.

Kenapa Facebook? Kenapa Bukan Drama bersiri 'Karlos'?


  • Apabila kamu meng 'update' status baru di Facebook atau pun meng'upload' gambo di Facebook
Kamu perasan tak lepas je kamu update status baru, kamu akan tertunggu-tunggu siapa dan berapa ramai akan 'like' status kamu. Dan paling 'obvious' siapa yang akan komen dan banyak ker komen yang kamu akan dapat? Kan kan. Jangan nak tipu la kalau kata-kata Shaye ni kurang tepat sebab Shaye pon alami benda yang sama. Kuikui.



  • Nak jenguk Facebook orang tu selalu la. Siapakah gerangannya tu? Tepuk dada tanya diri sendiri.
Eleh. Yang ni paling nampak la. Kamu nak tengok-tengok page si dia je kan. Nak tengok apa yang dia post, apa yang dia buat kat Facebook dia, dia komen dengan siapa, dia 'like' gambar siapa. kan. kan. kan. Okey, 'statement' ni ditujukan kepada pasangan yang aktif ber'facebook'. Tapi kalau seorang je aktif, memang tak la duduk lama-lama menghadap 'DIA'. Contoh macam Shaye, Shaye je yang aktif ber'Facebook'. Seorang lagi pasif ber'Facebook'. Sebab tu la Shaye tak macam kamu duduk lama-lama depan Facebook. Iye ker?? errrrkkkkk..



Kenapa Facebook bahaya?

  • Bila kamu update di mana kamu sedang berada sekarang
Ada di antara kamu yang suka meng'update' di mana kamu berada sekarang. Yang ni sangat-sangat bahaya 'especially' kepada orang-orang yang mempunyai ramai musuh atau pun anak orang kenamaan. Untuk elakkan benda yang tak diingini berlaku seperti #$%^, eloklah dan elakkanlah kamu meng'update' lokasi kamu sekarang. Kalau kamu dah perasan ada orang sedang perhatikan kamu, kamu update je lokasi mana-mana asalkan bukan lokasi kamu berada sekarang. Yang ni namanya taktik menipu dan mengelirukan musuh.



  • Jangan 'accept' orang-orang yang kita tidak kenal
Yang ni juga bahaya bagi Shaye. Sebabnya bila kita 'accept' orang sembarangan, mungkin mereka berniat jahat dengan kita. Eloklah elak 'part accept-accept' orang yang kita tidak kenal. Tapi ada di antara kamu yang suka 'accept' je siapa-siapa. Iyela. Nak banyakkan kawan katanya dan dia rasa diri terlalu 'famous' kan.  Boleh nak 'accept' tapi pastikan info-info kamu yang penting-penting tu tak 'display' kat Facebook. Okey?.



Bagaimana kamu nak buat supaya tidak diganggu?

  • Tekan je 'off' chat
Kamu suka berada di depan Facebook berjam-jam tapi dalam masa yang sama kamu tidak mahu diganggu. Yang ni sangat senang nak diselesaikan. Kamu tekan je chat kamu dalam keadaan 'off'. Gerenti kamu tidak akan diganggu lagi. Kawan-kawan Facebook kamu mana nampak kamu 'online' ke idok kalau chat kamu 'off' kan. Ni namenya kamu kejam terhadap kawan kamu. hehe. Shaye pun sama. Dari dulu sampai sekarang chat Shaye 'off' je memanjang.



Bolehkah Facebook ubah sikit 'setting' nya?

  • 'Cover Photo' kasi tukar 'setting'
Maksud kat sini, 'Cover Photo' tu tidak 'public' sentiasa dan boleh diubah setting ke 'Friends', 'Custom', 'Only Me' dan ' Friend except acquaintances'. Kalau asyik 'public' tak ke bahaya namanya. Semua info kita setting ke 'Friends' tapi satu ni je tak boleh ubah 'settingnya'. Nak letak gambar sendiri pun terbantut rasanya. Yela, mana tahu ada yang admire ke. Bahaya kan namanya tu. hehe.  Pasan betul. Aduhhh!  Better kita elak dari keadaan menjadi lebih parah kan. 




Gambar-gambar di atas sekadar hiasan. Bukan untuk tontonan semata-mata. Nak tonton pun boleh. Tapi tak digalakkan. =)

Sekian, Wassalam.



: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Sunday, March 10, 2013

: Siap Menghias dan Akhirnya Jadi begini :

Assalammualaikum dan hye semua..

ni Header Shaye. Shaye edit sendiri tau. Kamu mesti boleh wat lagi baik dari yang ini

Kamu semua tentu tertanya- tanya apa yang dimaksudkan dengan "Siap Menghias dan Akhirnya Jadi Begini". Sebelum memulakan cerita Shaye sangat sedih bila Shaye tengok belog Shaye tak dapat sambutan seperti blog mereka yang sudah memiliki beribu riban pengikut. Tapi bila tengok belog Shaye sendiri sadis sangat sebab dari dulu sampai sekarang pengikut Shaye hanya 29 orang. Sedih kan dengar cerita Shaye ni. Sob Sob. Kalau kamu rasa simpati dengan cerita ni. Jum Jum pakat ramai-ramai jadi 'follower' dan tinggalkan komen membina di sini. Heehee.

rakan-rakan blogger Shaye dari dulu sampai sekarang sama je..hehe.. Jum la jadi FRIEND Shaye
nak tinggal Jejak Kamu boleh tinggalkan kat sini. Nak cadangkan pape pon boleh di sini atau di bawah entry ni..

Shaye memang banyak kekurangan bab-bab menulis dan menghias belog ni. Tapi disebabkan kerajinan melawat belog rakan 'Blogger' lain, Shaye mendapat inspirasi dari mereka untuk membaik pulih belog Shaye ini.

Pesanan kepada yang baru terpikir-pikir nak buat belog. Shaye ingin cadangkan belog mereka ini. Dari sini la Shaye dapat menjadikan belog Shaye seperti sekarang. Jika nak di'compare'kan dengan belog Saye sebelum ini. Ia agak 'dull'. Tapi Shaye harap dengan wajah baru belog Shaye ni dapat memberi inspirasi kepada kamu-kamu. Satu saja yang ingin Shaye pesan, nak hias belog ni makan masa yang agak lama dan bila dah berada depan ni, memang tak reti nak beralih dah. Tak caya mai lah cuba, try dan test. Heehee.

Okey! Di bawah ini adalah Tutor - tutor Shaye yang banyak berjasa untuk pembinaan Belog Dunia Shaye



Kamu boleh rujuk kat belog-belog mereka. Gerenti belog kamu jugak seperti belog mereka nanti. 
Sebenarnya nak bagitahu. Shaye ambil masa dua hari untuk menhasilkan belog Shaye seperti sekarang.

Sekian. Wassalam. Cau Cin Cau !

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved