Monday, February 11, 2013

: Nak Cantik atau nak Sakit? :

As salam rakan-rakan blogger. Arini shaye nak share dengan kamu semua mengenai bahan-bahan merbahaya yang terdapat dalam produk - produk kecantikan yang kita gunakan seharian. Shaye terbaca mengenainya dan shaye dapati ada bahan-bahan merbahaya ni terdapat dalam produk yang shaye gunakan sekarang. Bila baca mengenai bahan - bahan ni buat shaye takut untuk menggunakan produk-produk tersebut. Baru dua hari lepas shaye mula menggunakan losyen A ni dan mengikut suara ramai kesannya sangat drastik apabila digunakan. Shaye tidak boleh berkongsi dengan kamu nama losyen tersebut. Shaye harap sebelum membeli produk - produk kecantikan, eloklah kita lihat apakah kandungan di dalamnya terlebih dahulu. Kita pikir dalam - dalam, kita nak cantik atau nak sakit?!



Di bawah ini shaye senaraikan bahan-bahan merbahaya tersebut:



1) HYDROQUINONE

  • Terdapat dalam produk pemutih kulit
  • Kesan penggunaan: kulit merah dan rasa terbakar, masalah ginjal, kanser darah, kanser sel hati


2) RHODAMIN
  • Kesan penggunaan: gangguan pernafasan, kerosakan hati


3) SODIUM LAURETH SULFATE
  • Terdapat dalam produk syampu, sabun badan, pencuci
  • Kesan penggunaan: alahan kulit, asma, sakit kepala, sakit sendi, pening-pening, katarak mata


4) MERCURI
  • Terdapat dalam produk pemutih
  • Kesan penggunaan: alahan pada kulit, kerosakan otak, ginjal, gangguan perkembangan janin, kerosakan paru-paru, muntah-muntah, kanser


5) PARABEN
  • Terdapat dalam produk kosmetik dan deoderon
  • Kesan penggunaan: kesan kemerahan pada kulit, kanser payudara


6) ISOPROPYL ALCOHOL
  • Sebagai pelarut dalam produk kecantikan
  • Kesan penggunaan: merosakkan lapisan kulit dalam jangka masa panjang (penuaan)


7) DEA (Diethanolamine), TEA (Trithanolamine), MEA (Monoethanolamine)
  • Kesan penggunaan: kanser ginjal dan hati


8) MINYAK MINERAL
  • Kesan penggunaan: jerawat 


9) PROPYLENE GLYCOL (PEG)
  • Terdapat dalam produk kosmetik dan pencuci muka
  • Kesan penggunaan: kemerahan kulit, kerosakan ginjal dan hati


10) TRETINOIN / RETINOIC ACID
  • Terdapat dalam produk kecantikan
  • Kesan penggunaan: kulit kering, kulit terbakar, kerosakan pada janin


Sumber: Majalah Dara Edisi 128 Feb'13

Sekian.. 



: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Friday, February 8, 2013

: Oh! Red Envelope / Red Packet :

Red Envelope or Red Packet?  Bila disebut dua benda ni, rakan blogger tentu dapat teka apa yang dimaksudkan dengan dua benda ni kan. Dari perkataan 'Red' atau merah semua tahu ini adalah warna kesukaan kaum Cina. Nak tahu tak kenapa mereka memilih warna merah dan bukan warna lain untuk mereka sukai?! Ini adalah jawapannya, merah membawa maksud "ong", "ang ang bo hai lang" atau tuah. Jadi, apabila sampai sahaja Tahun Baru Cina, kebanyakan daripada mereka akan memakai baju raya berwarna merah. Angpow juga berwarna merah. Inilah kisah "Red" atau Merah. hehe.

Untuk Tahun Baru Cina pada tahun ini, harap maaf ! saya tidak menyambutnya. Tetapi, saya ingin memberitahu sesuatu bahawa saya telah menerima "Angpow" dari bos saya yang berbangsa Cina. Baru sebulan saya bekerja di syarikat tersebut. Alhamdulillah, saya menerimanya. Walaupun tidak banyak, tapi cukuplah untuk membeli pencuci muka dan barang makanan..kih kih. Terima Kasih Datin ^_^


Dapat ini!
Beli ini..oh! sedap!
Dan beli ini ~ Alaisyah!

--> Oleh kerana cerita ini tentang warna merah. Jadi saya menggunakan tulisan berwarna merah. 


--> Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada sahabat-sahabat dan kenalan saya yang berbangsa Cina. =)


--> Akhir sekali, kepada diri saya atau yang senasib dengan saya yang dipaksa cuti tanpa gaji. Njoy masa cuti ni walaupun tak bergaji ye.. Positive Thinking! Haha

Sekian..


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved