Wednesday, January 23, 2013

: Shaye Juga Mampu Buat Kad Kawin :

Entri kali nie lebih menceritakan tentang saya. Saya just nak share dengan rakan blogger saya bahawa saya juga mampu membuat kad kawen. Even kad kawen saya tak grand macam pembuat kad kawen yang pro, tapi saya juga boleh membuat kad kawen  Saya hanya mempromosikan kad kawen saya hanya kepada teman-teman rapat sahaja. bila saya tahu teman-teman saya ingin kad kawen yang simple, saya cepat-cepat memberitahu mereka yang saya juga mampu membuat kad kawen TAPI simple jela. setakat ini saya hanya menerima tempahan untuk tiga majlis perkahwinan iaitu tempahan dari sepupu, akak angkat dan rakan sekolah saya. Saya tahu saya tidak mapu membuat kad kawen macam yang ada dekat pasaran sekarang. Tapi dengan kesungguhan yang saya ada ni, saya buat semampu yang boleh. Kad-kad yang saya buat kebanyakannya mengikut contoh-contoh yang sedia ada di pasaran. Saya tidak mampu menggunakan software yang gah untuk menghasilkannya. 

Saya hanya mampu menghasilkan kad-kad ini dengan hanya menggunakan software Microsoft Publisher dan Words je. Dengan hanya tahu basic computer, saya mampu menghasilkan kad kawen sendiri. Ada orang mempertikaikan “boleh ke zyda tu buat kad kawen”? saya tak kisah dengan cakap-cakap orang tentang kemampuan saya. Yang penting saya hanya menjawab “ saya boleh buat kad kawen dari hasil tangan saya”. Ermm.. saya hanya membuat business ni kecil-kecil je untuk mengisi masa terluang.. Daripada membuangnya untuk benda-benda tak berfaedah, saya isinya dengan benda yang boleh menghasilkan pendapatan even tak banyak kan. Keep it up zyda! Chayok2..hehe


Dengan izin Allah, untuk majlis saya nanti, saya cuba menghasilkan kad saya sendiri.. tu pun kalau saya mempunyai masa terluang untuk menghasilkannya..
Di bawah nie adalah contoh-contoh kad hasil tangan dan buah fikiran saya:

Kad Kawen Sahabat Shaye

Kad Kawen Akak Angkat Shaye


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

No comments:

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved