Monday, January 7, 2013

: Ciko kami diserang FIP :




Ini kucing kesayangan kami, Ciko! Tapi sekarang dia ditahan di Glory Veterinary Center akibat penyakit yang dialaminya. Feline Infectious Peritonitis (FIP). Dah seminggu dia kat Center tu. Sebelum kami hantar dia kat sana, kami perasan luka dia bertambah buruk.. Kami rasa luka yang asalnya kecil adalah akibat daripada gaduh dengan kucing lain. Tapi makin hari kami tengok luka dia bertambah luas sehingga mengeluarkan bau. Dah tau luka dia makin teruk..Kami cepat-cepat hantar dia kat Klinik Veterinar Glory.. 

Petang tadi baru teringat nak ambil dia kat Center tu..Tapi doktor tahan sebab dia masih lagi dalam kawalan doktor.. Dalam hati aku..Hanya Allah yang tahu..Kesian! Simpati ! Sedih teramat sangat.. Aku dapat rasa kesakitan yang dialaminya.. Dari raut wajah yang sedih, badan yang menggigil, air liur yang sentiasa keluar..aku nampak sangat kesakitan yang dialaminya.. Menitis air mata aku tengok keadaan dia yang makin teruk. Menurut doktor kat situ..Dia tiada harapan untuk hidup lama lagi..Menunggu saat menghembuskan nafas terakhir..Aku sedih sampai aku beritahu doktor boleh ke cucuk Ciko untuk wat dia mati..Doktor kata itu merupakan salah satu cara untuk menghentikan kesakitan yang dialaminya.. Aku bukan tak sayang dia..Tapi aku tak sanggup lagi untuk melihat kesakitan yang dialaminya! 


Ya Allah!.. Aku sayang sangat kat kucing aku, Ciko. Saat-saat terakhir dia bersama kami ni, kami cuba sedaya upaya untuk menjaga dia sebaik mungkin sehingga dia dapat pulang dengan Aman di Sana nanti...



Kengkawan.. kalau nak tahu lebih lanjut pasal penyakit FIP ni..sila klik kat sini ya..





Tolong fahami baik-baik tentang penyakit yang dialami oleh haiwan kesayangan kita sebab kucing dan juga haiwan-haiwan lain juga adalah makhluk Allah SWT..




: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

No comments:

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved