Tuesday, January 8, 2013

: AJL 27 ~ 060113:

First of all..Tahniah buat Aizat atas kemenangannya dalam Anugerah Juara Lagu ke-27.





Huh! nak dimulakan citer kan agak tergamam melihat Aizat dengan cara yang berlainan dari biasa ketika berada di atas pentas. Tergamam dan terpesona aku dengan cara beliau menyampaikan lagu Terukir Di Bintang. Dengan bersahaja atau 'dun know' jerk telah menarik ramai peminat perempuan termasuklah aku..hehe.. Dengan rambut ala-ala zaman P-Ramlee dan misai yang nipis tu, beliau berjaya menambat hati juri untuk menempatkan beliau sebagai Juara.. Beliau berjaya menyampaikan lagu milik Yunalis Zarai atau Yuna.. Terukir Di Bintang versi Aizat bagi aku terbaiklah!.. Aku boleh lupa sekejap yang lagu tu milik Yuna.. hehe.. Bila Aizat buka je mulut, huh! Lupa dah Yuna..Tergamam aku! Korang pon pasti tergamam sama kan.. Duk asek puji dier "Wah! comeynya Aizat..Hensemnya Aizat!" kan kan? Tau dah pe yang berada dalam fikiran korang tyme dia nyanyikan lagu ni.. Tabik Spring tuk Aizat kerana berjaya menyanyikan lagu ini dengan baik dan bersahaja..Cool beb! pas ni leh la nyanyi lagu ala-ala santai ye..Gerenti masyuk!! 

Secara keseluruhan, aku puas hati gler dengan persembahan semua artis.. Nampak yang diorang ni sangat berkaliber dan bukan sekadar menyanyi je.. Dan paling penting dorang semangat betul bertanding sesama diorang.. Cayalah! Artis Malaysia nie Not Bad jugak kan! kan kan..


Kat bawah nie aku senaraikan lagu-lagu yang berjaya mendapat tempat di hati juri:


1. Juara – Terukir Di Bintang 
2. Naib Juara – Idola (
3. Tempat Ketiga – Ku Akui 
4. Vokal Terbaik – Ku Akui 
5. Persembahan Terbaik – Teman Pengganti 

Next Anugerah Juara Lagu ! Aku nak tengok Aizat dah de lagu sendiri versi ala-ala lagu lama gitu..Dengan misai nipis.. Dengan rambut belah tengah.. k la..cukop kat sini.. Next entry, kita jumpe lagi.. Salam..

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

No comments:

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved