Tuesday, January 29, 2013

: Yeke Papan Tanda? Urm. Ye tak Ye juga :

Wah! Kagum dengan komen sahabat-sahabat aku di Facebook pasal gambar yang aku post petang tadi.. Ada dia komen gambar tu signboard ke majlis kawin aku.. Urm.. Ye tak ye kan.. Boleh juga buat signboard yang macam korang cakap tu.. Bagus sangat-sangat idea korang.. Nanti aku pertimbangkan ye.. Tak pernah pun orang buat signboard macam ni kan? hehe.. Actually, gambar yang aku lukis ni masa betul-betul aku dah tak ada kerja.. Jadi, daripada masa terbuang begitu sahaja, apa lagi..aku ambil kertas dan tiga jenis warna pen iaitu merah, biru dan hitam.. Aku mula lah melukis.. Start dari nama dan gambar cendawan serta kura-kura.. Seekor jela yang mampu aku lukis.. Ingatkan nak lukis dua ekor.. Tapi betul-betul tak tahu nak letak lagi seekor tu kat mane.. Hehe.. Sebenarnya aku memang tak reti sangat nak melukis.. Itu je yang mampu kawan-kawan.. hehe.. Nie la hasil kerja aku masa tak ada kerja.. Untuk awak sayang.. Meh tengok lukisan saya yang tak berapa nak cantik nie.. Tapi kan saya betul-betul ikhlas dan penuh dengan kasih sayang tau lukis gambar nie.. Meh tengok !


Untukmu Mohd Nordin Samad =)


#
Just want you to knows.. This is first time i draw something like this.. Only for you dear ^_^


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Monday, January 28, 2013

: Oh! WhatsApp :


Hye ols.. Mmmm.. Nak tarik nafas dalam-dalam barulah aku boleh cerita.. Hari nie aku terlebih ceria dan excited..kenape ye? Haha.. Korang mesti gelakkan aku bila korang dengar pasal nie.. Haha!.. Malu nak bagitau sebenarnya.. Tapi kena jugak bagitahu sebab nie kan blog aku.. Kihkih.. Aku nak bagitahu nie, dengarlah dengarla! arine aku nak mengistiharkan bahawa aku adalah pengguna baru WhatsApp.. Yeah! Hehe.. Before nie aku penah dengar kat mulut-mulut orang pasal application nie.. Tapi aku tak berminat pun nak guna application nie.. Bagi aku agak menyusahkan sebab bila ada line internet baru leh guna.. Hari nie aku baru teragak nak download application nie kat fon aku.. Sebabnya kat office tempat aku keje sekarang ada wireless.. Jadi eloklah aku men'download' application nie kat phone aku.. Jadi, dapatlah aku chat dengan kawan-kawan tanpa menggunakan kredit.. Bijak tak?! Tapi nak chat dengan kawan-kawan tu dorang kenela ada application nie jugak kan.. Limited pulak nak chit chat.. Tapi tak pe.. Juz nak bagitahu kawan-kawan, korang dah leh WhatsApp2 aku tau =).. Actually, aku tak leh la dengo orang asek nak WhatsApp.. Aku jadi terpengaruh and excited pulak nak guna application nie.. Finally, aku dah guna.. oleh kerana terlebih excited arinie.. Aku telah mengaco orang yang ade appication nie iaitu adik aku sampai dier kate aku gedix?? Wah! Lebeh Nampak?! kihkih.. sori ye beb..pasnie tak kaco ko dah.. Juz want to inform here, I’m new user for WhatsApp.. orite! Chill yah ^_^

# Pasnie aku berhajat nak gune Instagram lak.. Tapi kan.. Kenala tukar ke fon Samsung Galaxy Ace Plus.. Tengah pikir-pikir nak tukar fon =)

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Thursday, January 24, 2013

: Di Suatu Petang :

Wah! hari ni aku kena kerja. Nak wat macam mane kan. Keje pun dengan company cina.. Kena la ikut rules and regulations mereka. Sebenarnya aku amat merindui untuk menyambut Maulidur Rasul bersama famili di Masjid Jamek. Makan dalam dulang ramai-ramai memang seronok. Tapi apa boleh buat. Kena kerja kan. ='(

Apa yang membuatkan aku happy, bila parents ajak pergi jejalan di Taman Bunga Batu Hampar Segamat after amek aku kat tempat kerja. Niat di hati memang penat setelah bekerja. Tapi bila di ajak pergi sana. Rase tenang dan hilang stress. Siap boleh amek gambo kenangan lak tu. Hehe. Aku just nak bagitahu, Segamat ni xdela bosan sangat. Try la datang cnie. Tenang je rase =)


Kami sempat lagi amek gambo-gambo kenangan. Sume ada kat bawah nie. Jum lah tengok..


Taman Bunga Batu Hampar, Segamat
Melayan kerenah budak kecik main..Aishhh!
Posing tak berapa nak cun la
Sempat berposing kat kereta polis Diraja Johor! Almaklumlah.. Sultan mai Segamat sambut Maulidur Rasul kat sini ^_-

Okey! Sampai sini jela ye.. Bubye! =)
: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Wednesday, January 23, 2013

: Shaye Juga Mampu Buat Kad Kawin :

Entri kali nie lebih menceritakan tentang saya. Saya just nak share dengan rakan blogger saya bahawa saya juga mampu membuat kad kawen. Even kad kawen saya tak grand macam pembuat kad kawen yang pro, tapi saya juga boleh membuat kad kawen  Saya hanya mempromosikan kad kawen saya hanya kepada teman-teman rapat sahaja. bila saya tahu teman-teman saya ingin kad kawen yang simple, saya cepat-cepat memberitahu mereka yang saya juga mampu membuat kad kawen TAPI simple jela. setakat ini saya hanya menerima tempahan untuk tiga majlis perkahwinan iaitu tempahan dari sepupu, akak angkat dan rakan sekolah saya. Saya tahu saya tidak mapu membuat kad kawen macam yang ada dekat pasaran sekarang. Tapi dengan kesungguhan yang saya ada ni, saya buat semampu yang boleh. Kad-kad yang saya buat kebanyakannya mengikut contoh-contoh yang sedia ada di pasaran. Saya tidak mampu menggunakan software yang gah untuk menghasilkannya. 

Saya hanya mampu menghasilkan kad-kad ini dengan hanya menggunakan software Microsoft Publisher dan Words je. Dengan hanya tahu basic computer, saya mampu menghasilkan kad kawen sendiri. Ada orang mempertikaikan “boleh ke zyda tu buat kad kawen”? saya tak kisah dengan cakap-cakap orang tentang kemampuan saya. Yang penting saya hanya menjawab “ saya boleh buat kad kawen dari hasil tangan saya”. Ermm.. saya hanya membuat business ni kecil-kecil je untuk mengisi masa terluang.. Daripada membuangnya untuk benda-benda tak berfaedah, saya isinya dengan benda yang boleh menghasilkan pendapatan even tak banyak kan. Keep it up zyda! Chayok2..hehe


Dengan izin Allah, untuk majlis saya nanti, saya cuba menghasilkan kad saya sendiri.. tu pun kalau saya mempunyai masa terluang untuk menghasilkannya..
Di bawah nie adalah contoh-contoh kad hasil tangan dan buah fikiran saya:

Kad Kawen Sahabat Shaye

Kad Kawen Akak Angkat Shaye


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Friday, January 18, 2013

: Pakej Komunikasi belia @ Rebate RM 200 Smartphone:

Entry kali ni mengenai Pakej Komunikasi Belia yang diperkenalkan dalam budget 2013. Bila dengar je perkataan rebate, mesti ramai belia yang berumur dari 21 – 30 tahun tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini untuk memiliki telefon pintar. Tapi sebelum kamu mendaftar Pakej Komunikasi Belia ni, eloklah kamu baca dan fahamkan betul-betul apa syarat-syarat dan soalan lazim bagi melayakkan kamu memiliki telefon pintar ni.


Macam kes aku ni, aku punyalah semangat nak mendaftar pakej ni sebab telefon yang aku inginkan dikatakan tersenarai sekali di antara telefon yang di’rebate’kan. Memang semangat habis selepas mendengar berita terkini mengenai tambahan telefon pintar dalam senarai asal. Dah tahu telefon yang aku nak termasuk sekali. Aku pon terus mendaftar tanpa membaca panduan-panduan dan syarat-syarat kelayakan.. Uhhhh! Akhirnya aku BERJAYA! Tapi lepas je aku daftar, baru terlintas kat fikiran aku untuk baca syarat-syarat dan panduan tu. Tahu tak apa yang lebih utama? Siapa yang nak pakej nie kene la tukar plan iaitu dari prepaid ke postpaid.. Uhhh! Menyesal apply! Bagi aku susah kot gune postpaid sebab terikat ngan contract and mesti terlebih guna had.. Akhirnya, lupekan jela niat tu.. kalaula tetiba PM beri kelonggaran kepada pengguna prepaid juga tuk rebate nie..alangkah heppynya aku..Tapi…hurm….Lupekan jela cik zyda oi….

Antara telefon pintar yang termasuk dalam pakej ni:





  • iPhone 5
  • Samsung Galaxy S3
  • Samsung Galaxy Mini 2
  • Samsung Galaxy Y
  • Samsung Galaxy Note 2
  • Samsung Galaxy Ace Plus  <~> aku nak yang ni !
  • Samsung Galaxy S3 Mini
  • Samsung Galaxy Note
  • Samsung Galaxy Nexus
  • LG Optimus LE E400
  • HTC Desire C
  • HTC One X
  • HTC Wildfire S
  • HTC Desire X
  • HTC One S
  • Nokia Asha 311
  • Sony Xperia Tipo Single
  • Sony Xperia SL
  • Sony Xperia Ion
  • Sony Xperia S
  • Huawei Ascend P1
  • Windows Phone 8X By HTC
  • Ninetology Blackpearl 2 i9400
  • Ninetology Stealth 2 i9500
  • Palette i5300 
  • ZTE Acqua
  • Buzz 4G Cloud Phone
  • Insight i9430


  • PIKIR DULU SEBELUM MENDAFTAR. MEH ! IKUT STEPS:
    1. Baca dan fahamkan betul-betul Apa itu Pakej Komunikasi Belia : KLIK SINI
    2. Adakah kamu ingin menukar plan telefon kamu ke postpaid? If YES ! KLIK SINI
    3. Lepas dah daftar, sila print borang permohonan dan bawa bersama-sama kad pengenalan dan kad pelajar (bagi pelajar) semasa membeli smartphone di tempat terpilih.


    Sekian..

    : Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

    Wednesday, January 16, 2013

    : Checklists Kawen :


    Wah! Tengok tajuk je korang mesti terpikir yang aku ni dah tak sabar-sabar nak kawin kan.. Tapi aku bukan la tak sabar.. Tapi saja-saja je nak wat early preparation so that tak kelam kabut dikemudian hari.. Tengok kawan-kawan dah kawen dan nak  kawen, aku pun jadi luar biasa semangat nak mendirikan masjid juga.. Elok gak pikir benda baik macam nie memandangkan umur pun dah suku abad.. Jadi kenela pikir pasal nak mendirikan masjid ni.. Ingatkan senang la nak kawen.. Upenya banyak benda yang perlu dipikirkan.. 
    Kalau la ada wedding planner! Alangkah goyangnya kaki aku kan.. Tapi disebabkan faktor kewangan tak melayakkan untuk hire wedding planner, sumenya harus disettlekan oleh aku dan partner aku.. Dari A hingga la ke Z.. Bagi sape2 yang berada di tempat aku sekarang nie.. Jangan kalut-kalut.. Ape yang penting, tuk permulaan nie kenala wat Checklist dan budget.. Aku pun baru je wat checklist.. Dah wat checklist tu kan.. Ajak partner korang berbincang.. Stuju ke tak dengan checklist yang korang wat tu beserta dengan budget untuk setiap satu benda.. If dier stuju.. Boleh la proceed.. 
    Apa yang lebih utama kan.. Dun over budget! Wat ala-ala kadar tapi nampak nice.. okey! Dah-dah.. Jangan peneng-peneng.. Sume nie boleh disettlekan kalau ade kesepakatan dari partner kita and family kita..
    Kat bawah nie checklist yang aku buat, tapi kena ade step:
    Checklists Aku
    First Step: Senaraikan apa yang perlu ada untuk majlis perkahwinan beserta budget.
            SENARAI-SENARAI                                                               RM
    • Kursus Kawen 
    • Pelamin + Jurusolek + Baju SandinG
    • Baju nikah        
    • Baju Pengapit 
    • Barang hantaran + hiasan hantaran                 
    • Jamuan Makan
    • Makan beradab
    • Kos tempah dewan
    • Kad kawen + Banner
    • Setem
    • Goodies - Tetamu + VIP
    • Kompang
    • Fotographer
    • Bilik tidur
    • Lain-lain kos (eg. Bunga Manggar, Bunga Telur
            JUMLAH                                                                             XXXXXX

    Second Step: Letak 6 bulan awal dari majlis kita beserta senarai-senarai yang terdapat dalam first step.
    CONTOH                                                                  
    • Bulan 3 - Barang Hantaran, Kursus kawen
    • Bulan 4 - Fotographer, Beli kain untuk baju nikah dan baju pengapit
    • Bulan 5 - Pelamin + Jurusolek + Baju, Senarai Tetamu
    • Bulan 6 - Kad Kawen, Menu makan-makan, Cop Dewan, Periksa kesihatan, Siapa saksi?  
    • Bulan 7 - Goodiest, Kompang, Siapa Pengapit, Hantar Kad
    • Bulan 8 - Bilik Tidur, Bunga Manggar, Bunga Telur
    • Bulan 9 - Nikah, Sanding
    NOTE:
    • untuk BULAN nie. senaraikan 6 bulan awal dari bulan majlis kita. Contoh majlis bulan 9. Jadi bulan tu perlulah start dari bulan 3..                                      
    • untuk SENARAI-SENARAI nie, amek senarai kat step 1, pikirkan ape yang korang nak buat untuk 6 bulan tu.

    Third Step: Senaraikan barang-barang hantaran untuk pasangan kita beserta budget.
            SENARAI-SENARAI                                                                   RM
    • Kasut
    • Dompet + Belt
    • Kemeja + Tie
    • Perfume + Alat mandian
    • Kek / Cupcake
    • Coklat
    • Buah-buahan
    • Tepak sireh
    • Jam
           JUMLAH                                                                             XXXXXX

    Fourth Step: Tunjuk kat partner kita sume senarai-senarai kat atas ni then mintak pendapat dia. manela tahu ada yang dia nak tambah or kurangkan. sepakat membawa berkat kan..

    Okey! Bubye ^_^ Selamat men'checklists'kan ye..


    : Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

    Wednesday, January 9, 2013

    : Apam Oh Apam ! :

    Salam 1 Malaysia!

    Korang perasan tak.. Sekarang nie kan musim Apam Pokodot.. Tau tak ape tu Apam Pokodot?!.. De antara korang yang tau.. Tapi ada di antara korang yang masih tidak tahu ape itu Apam Pokodot.. Meh nak slow talk ngan korang.. Apam Pokodot nie adalah Apam bintik-bintik warna warni atas apam tu.. Paham kan? =P Okey! nak dimulakan citer, aku tengok ramai yang bersemangat nak wat apam nie.. Termasuklah aku kan.. Huh! Semangat punye semangat beli barang.. Semangat masuk dapur.. Semangat wat putaran acuan.. Pung Pang Pung Pang kat dapur sampai mak pun terpikir! "Apelah anak aku wat kat dapur nie?!" kihkih.. Finally! jadi la Apam Pokodot Zyda! Ermm! Mengikut kate orang-orang yang dipaksa makan.. "Bolehla, sedap TAPI keras! haha.." Bolehla, menarik warnanya, cantek TAPI keras!.. "Bolehla menarik warnanya berwarna warni, siap wat dalam bekas cupcake gitu TAPI tak dapat rasa".. Nak tau sebab pe tak dapat rase? sebab! dorang juz tengok gambo Apam Pokodot aku kat Facebook je.. Dat's why la tak dapat rase..

    Okey! Kat bawah nie Apam Pokodot Zyda 1st trial:

    Apam Pokodot Zyda 1st Trial ~040113

    Okey! Kat bawah nie lak Apam Pokodot Zyda 2nd trial! Tapi kan.. Kenapa apam kali nie jadi haru biru?! Ermm.. Jap ag aku bagitahu kenape ye.. Nak upload gambo dia sat.. Sat noo...

    Apam Pokodot Zyda 2nd Trial ~ 090113

    Sekarang baru leh bagitahu kenape Apam aku tetiba jadi tak berseni seperti 1st trial.. Banyak sebab-sebabnya.. hehe

    Okey! Nie sebabnya :)

    • Bila 1st trial aritu de orang kate Apam aku KERAS sket.. Jadi! Aku lebihkan susu.
    • Bila adik aku 3 - 3 orang tolong aku wat Apam.. Jadilah Apam terbalik dan haru biru..

    Nie la antara sebab-sebab dia kenape Apam aku tak jadi kali ini.. Pasni! Tak nak dah wat Apam.. Nak majuk wat Apam.. Pasni.. Nak try wat muffin lak =) Tapi kan! Sape sudi belikan oven?! Hope de la yang sudi pas baca entry nie ye..

    Sekian! Wassalam.. Tata!

    : Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

    : Tahniah Idham & Zura ! :


    Hye sume! hari nie mood saya okeyla.. Jadi.. Saya nak wish Selamat Pengantin Baru buat sahabat dan teman baik saya, Idham atas perkahwinannya dengan pilihan hatinya, Zura.. 

    Eh eh..jap2..nak tambah ag :)



    • Semoga mahligai yang dibina mendapat keberkatan Allah SWT.. Amin !
    • Semoga beroleh kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.. Amin !
    • Hehe..nak gelak gatal dulu.. Cepat-cepat dapat baby ye..! kihkih


    K la.. Bye ! 




    : Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

    Tuesday, January 8, 2013

    : AJL 27 ~ 060113:

    First of all..Tahniah buat Aizat atas kemenangannya dalam Anugerah Juara Lagu ke-27.





    Huh! nak dimulakan citer kan agak tergamam melihat Aizat dengan cara yang berlainan dari biasa ketika berada di atas pentas. Tergamam dan terpesona aku dengan cara beliau menyampaikan lagu Terukir Di Bintang. Dengan bersahaja atau 'dun know' jerk telah menarik ramai peminat perempuan termasuklah aku..hehe.. Dengan rambut ala-ala zaman P-Ramlee dan misai yang nipis tu, beliau berjaya menambat hati juri untuk menempatkan beliau sebagai Juara.. Beliau berjaya menyampaikan lagu milik Yunalis Zarai atau Yuna.. Terukir Di Bintang versi Aizat bagi aku terbaiklah!.. Aku boleh lupa sekejap yang lagu tu milik Yuna.. hehe.. Bila Aizat buka je mulut, huh! Lupa dah Yuna..Tergamam aku! Korang pon pasti tergamam sama kan.. Duk asek puji dier "Wah! comeynya Aizat..Hensemnya Aizat!" kan kan? Tau dah pe yang berada dalam fikiran korang tyme dia nyanyikan lagu ni.. Tabik Spring tuk Aizat kerana berjaya menyanyikan lagu ini dengan baik dan bersahaja..Cool beb! pas ni leh la nyanyi lagu ala-ala santai ye..Gerenti masyuk!! 

    Secara keseluruhan, aku puas hati gler dengan persembahan semua artis.. Nampak yang diorang ni sangat berkaliber dan bukan sekadar menyanyi je.. Dan paling penting dorang semangat betul bertanding sesama diorang.. Cayalah! Artis Malaysia nie Not Bad jugak kan! kan kan..


    Kat bawah nie aku senaraikan lagu-lagu yang berjaya mendapat tempat di hati juri:


    1. Juara – Terukir Di Bintang 
    2. Naib Juara – Idola (
    3. Tempat Ketiga – Ku Akui 
    4. Vokal Terbaik – Ku Akui 
    5. Persembahan Terbaik – Teman Pengganti 

    Next Anugerah Juara Lagu ! Aku nak tengok Aizat dah de lagu sendiri versi ala-ala lagu lama gitu..Dengan misai nipis.. Dengan rambut belah tengah.. k la..cukop kat sini.. Next entry, kita jumpe lagi.. Salam..

    : Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

    Monday, January 7, 2013

    : Ciko kami diserang FIP :




    Ini kucing kesayangan kami, Ciko! Tapi sekarang dia ditahan di Glory Veterinary Center akibat penyakit yang dialaminya. Feline Infectious Peritonitis (FIP). Dah seminggu dia kat Center tu. Sebelum kami hantar dia kat sana, kami perasan luka dia bertambah buruk.. Kami rasa luka yang asalnya kecil adalah akibat daripada gaduh dengan kucing lain. Tapi makin hari kami tengok luka dia bertambah luas sehingga mengeluarkan bau. Dah tau luka dia makin teruk..Kami cepat-cepat hantar dia kat Klinik Veterinar Glory.. 

    Petang tadi baru teringat nak ambil dia kat Center tu..Tapi doktor tahan sebab dia masih lagi dalam kawalan doktor.. Dalam hati aku..Hanya Allah yang tahu..Kesian! Simpati ! Sedih teramat sangat.. Aku dapat rasa kesakitan yang dialaminya.. Dari raut wajah yang sedih, badan yang menggigil, air liur yang sentiasa keluar..aku nampak sangat kesakitan yang dialaminya.. Menitis air mata aku tengok keadaan dia yang makin teruk. Menurut doktor kat situ..Dia tiada harapan untuk hidup lama lagi..Menunggu saat menghembuskan nafas terakhir..Aku sedih sampai aku beritahu doktor boleh ke cucuk Ciko untuk wat dia mati..Doktor kata itu merupakan salah satu cara untuk menghentikan kesakitan yang dialaminya.. Aku bukan tak sayang dia..Tapi aku tak sanggup lagi untuk melihat kesakitan yang dialaminya! 


    Ya Allah!.. Aku sayang sangat kat kucing aku, Ciko. Saat-saat terakhir dia bersama kami ni, kami cuba sedaya upaya untuk menjaga dia sebaik mungkin sehingga dia dapat pulang dengan Aman di Sana nanti...



    Kengkawan.. kalau nak tahu lebih lanjut pasal penyakit FIP ni..sila klik kat sini ya..





    Tolong fahami baik-baik tentang penyakit yang dialami oleh haiwan kesayangan kita sebab kucing dan juga haiwan-haiwan lain juga adalah makhluk Allah SWT..




    : Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

    soulmate !

    Image Hosted At MyspaceGens

    Kisah Kita !

    Daisypath Anniversary tickers
    Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved