Wednesday, December 18, 2013

: TERsedar ! Rupanya sudah hidup berTEMAN :

Mengimbau kenangan lalu,

Tanggal 16 Ogos 2013, aku dan suami selamat di IjabQabul kan. Teringat !!! Kelam kabut dibuatnya. Mana taknya, preparation last-last minit kan. Plan asal nak kawin pada 16 September, tapi disebabkan kekangan masa yang tidak membolehkan ia berlaku pada date tersebut, kami terpaksa awalkan sebulan dari date asal. Almaklumlah, aku dah bertugas di sarawak. nak cuti punya la susah except cuti sekolah bolehlah aku bercuti sakan dan berkesempatan untuk balik ke Semenanjung. tyme raya aku dan suami selamat di IjabQabulkan. nak kata sempurna majlis tu tidaklah sempurna. banyak juga cakap-cakap belakang sampai kat telinga aku. aku akui, memang tak berapa nak prepare majlis aku ni. tetapi, aku bersyukur, aku selamat menjadi isteri kepada suami aku. 


Bayangkan, nikah hari jumaat, sanding hari sabtu, ahad pegi honeymoon kat PD, minta tambahan cuti dua hari iaitu sampai hari selasa, selasa tu dah terbang balik ke Sarawak tanpa suami. memang mencabar la perkahwinan kami. orang kata memang pengantin baru la. hihi. tak sempat nak bersama lama ngan suami dah kena tinggal. sob sob. Aku bersyukur suami memahami. terus terang, terasa sunyinya hidup kat Sarawak ni tanpa suami T_T. 


Trimas encik suami sebab sudi cuti dan datang setiap bulan melawat si isteri. sebulan tak jumpa. seminggu je bersama suami di sisi, pastu sebulan dipisahkan kembali dek lautan. macam tu lah hidup kami setiap bulan.

Sehingga aku diberikan khabar berita iaitu tanggal 25 November 2013 mengatakan "Permohonan Pertukaran Anda Berjaya. Tahniah !!!" Bersyukur tidak terhingga kepada Allah SWT. Terus terang aku tidak mengharapkan sangat pertukaran ini. Ramai kot kata, aku baru lagi berkhidmat, tidak mungkin aku dapat tukar. Siapa sangka Allah maha mendengar, Alhamdulillah aku dapat hidup dekat dengan suami aku semula mulai tahun 2014. Syukur Alhamdulilllah. ^_-


Sekarang tengah plan nak bina hidup sebagai sebuah keluarga. Rumah nak duduk tu dah ada. Plan sekarang nak cat rumah dan penuhkan barang-barang dalam rumah tu baru leh duk dalam rumah tu ^.^ . Semoga Allah permudahkan urusan kami berdua.

P/s: Abang, terima kasih menerima diri ini seadanya dan sentiasa melayan kerenah si isteri abang ni yang memang banyak kerenahnya dengan sabar. Si isteri sentiasa mendoakan hubungan yang terjalin ini kekal hingga ke syurga. Sentiasa mendoakan abang diberikan perlindungan oleh Allah dimana abang berada, Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan, kehidupan yang bahagia dan Semoga kita dikurniakan zuriat yang Soleh dan Solehah kelak.

Aminnn. Love u forever and ever. Until Jannah ! =)

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Thursday, December 12, 2013

: Kita jumpa lagi buat sekian lamanya :


Lama sudah kita tidak bersua muka kan. Hari Sabtu, 7 Disember 2013 baru kita berkesempatan untuk bertemu semula. Rasanya nak dekat 5 tahun juga kita tak jumpa kan. Yang datang wedding aku je last kita jumpa kan. Thanks to Allah SWT mempertemukan kami geng-geng Uitm Machang semula. Alhamdulillah. 


Berdebar juga sebenarnya bila nak jumpa sahabat lama ni. Dah jumpa baru terasa rapat kembali. Ada dalam kalangan kami yang tidak dapat hadir, Nadia, Hawa dan Shila Khir. Yang datang pada masa tu, Zira, Sheila Helmi, Nurul dan Ieka. Kami sepakat berjumpa di seksyen 7 dekat dengan Nasi Ayam Penyet AP. Kelam kabut dibuatnya bila pertama kali berjumpa. Nak cari meja punya la susah sebab kami agak ramai ditambah dengan laki masing-masing dan juga anak-anak. Aku ler paling kecoh. Sikit-sikit panggil waiter kat situ suh sambungkan meja so that kami dapat duduk bersama. Tapi, malangnya keadaan tempat yang agak sempit membuatkan meja kami terbahagi kepada dua. Nak borak punya la susah. Aisssh! Nak buat camna. Terima jela. hihi.

Benda yang paling mengkagumkan ketika itu, bila Sheila Helmi membawa pasangannya sekali. Aku paling excited nak tahu mana dorang jumpa kan. Soklan pertama yang aku tanya. Bila kenal?. Pastu berduyun-duyun juga soklan ditanya "Dah berapa tahun?, bila nak makan nasi minyak?, Kenal mana?" haha. Aku akan tanya selagi jawapan yang diberi tidak memuaskan. Hopefully, hubungan korang akan ke jinjang pelamin. Amin. Benda kedua mengkagumkan aku adalah, nurul dan zira dah ada anak sorang. Anak zira namanya Luqman, Anak nurul namanya Fathia. Bila dorang melayan kerenah anak dorang, aku sibuk pulak berangan dalam hati "kalau la aku ada anak, camna la keadaan aku kan". Tengok dorang tyme tu, nak makan pon terganggu duk melayan keletah anak. Tapi dorang tetap sabar. One day nanti aku juga akan seperti dorang. Hope aku seorang yang sabar untuk melayan keletah anak-anak kelak.

Pas makan kat situ, planning nak pergi Ole-Ole seksyen 18 main boling. Sebelum nak ke sana, sesat la pulak.Aku yang jadi co-pilot pon bole sesat. haha. kesian. Dalam hati dah takut mana tau kena sumpah seranah je..huhu. Finally suma sampai kat situ. Wah! bengang lagi. Lane penuh ler. Ada tournament katanya. pikir lagi nak main kat ner. okey! set, kat U8 pulak. okey, ramai-ramai konvoi kesana dengan 4 buah kereta. sampai ja kat sana, pusat boling under constructian. Haiya!, memang takde rezeki. Melanguk lama-lama kat situ. Agak bosan la. Tengok semua dah penat. hihi.


Lastly, pakat ramai-ramai nak g makan kat muara ikan bakar tanjung harapan, klang. konvoi lagi. sesudah sampai sana, cari meja then bab memilih makanan laut disitu. nasib baik la tak bosan kan. Lauk tyme tu memang sedap wo. Udang masak tepung, tomyam campur, khailan ikan masin, ikan 3 rasa dan ikan masak stim. Pastu order air oren satu jug dan air aku special sket, air kelapa. orang demam katakan..hehe.. last sekali..amik gambo kenangan. tapi slacknya kat sini. tak nampak pun signboard muara ikan bakar tu.. Gambo fokus kat muka ktorang je.. Salahkan sapa? Salahkan kamera tau..ehhe. 

p/s : Happy ending. Next tyme jumpa lagi.. Hope en asben dapat join sekali.  yeah! =)








: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Thursday, December 5, 2013

: Rumah kedua ! Kenduri? Kecut Pewot Wooo ! :

Wah! Seram sejuk bila dah diberitahu awal-awal oleh si suami balik je dari Sarawak, seminggu selepas itu akan diadakan kenduri di rumah kedua saya iaitu rumah mak mertua. Hari ni dapat tahu, hari ni juga dah kecut pewot duk memikir apalah yang kena buat tyme kat rumah mak mertua. Plus dengan adanya abang ipar, kakak ipar, biras, anak-anak buah, mak cik-mak cik, jiran-jiran kampung lagi ler bertambah kecot!.. First tyme nak ada pengalaman yang indah ini. Tapi selagi tak sampai harinya memang dok memikir jela apa yang harus aku buat masa tu. Lagipun, kat rumah aku mana pernah buat kenduri macam ni. Aku kan anak sulong, akulah anak pertama yang kawin. Nak ada tambahan keluarga belum lagi sebab suami aku ler tambahan dalam famili aku buat masa sekarang ni.

Hari kenduri (24 November 2013)


Wah! bertambah takut dan kecut perutnya. Pagi-pagi bangun je dari tidur dah berdebar satu badan. Mana taknya, dah start kecoh kat luar tu duk bercakap barang itu, barang ini yang perlu dibeli untuk masak.. Erk..dalam hati..masak?!.. Aku setakat tolong-tolong boleh la. Nak tunjuk hero dalam memasak tu tidaklah. Takkan la aku pandai-pandai nak tunjuk pro sebab ni kenduri. Memerlukan pengalaman memasak dalam kuantiti yang banyak. Lagi-lagi semua menu dah ada. Cuma penyediaan bahan tu kenalah pro. Takut-takut juga la aku nak menolong. Pengalaman pertama nak tunjuk aku ni juga macam menantu yang lain.. Kena juga beranikan diri tanya mak mertua nak tolong buat apa kan. Si suami awal-awal lagi dah menghilangkan diri entah kemana.  Yelah, tak nak tengok si isteri ni duk berkepit je dengan dia. Lagi-lagi dia tahu aku ni mampu bawa diri. Nak tak nak kena la biasa kan diri.Teringat satu situasi, bila nak potong apa-apa mesti cakap kat mak si suami "Mak, kalau salah bagitahu ye sebab kita tak pandai".. Wee..berani betol statement aku. Kalau sebelum kawin cakap camni gerenti awal-awal dah kene reject. Bagi aku better tanya dari salah buat.. Actually, aku boleh buat semua tu. Tapi cara orang kan berbeza-beza lagi-lagi cara penyediaan makanan. Untuk elakkan kita salah buat sesuatu, baik kita tanya dari kena marah. Biarlah orang kata belakang kita, asalkan kita tahu apa yang kita buat. =)  Finally, aku berjaya harungi perjalanan hari kenduri tersebut dengan baik.


Lastly, nak bagitahu. Dalam diam-diam aku tak tahu nak pakai baju kaler apa tyme kenduri. Akhirnya aku pilih kaler coklat. Nak kepastian okey ke tak baju ni, aku tanya la si suami. Suami kata okey. Dan aku pikir suami akan pkai baju tshirt n suar slack je tyme kenduri. Tidak ku sangka, rupa-rupanya, kat rumah dia ada baju melayu kaler same dengan aku. Last-last dia pakai. Dan pada malam itu, kami pakai baju kaler sedondon. Dalam hati, tak sangka juga dia nak juga tiru baju kaler sama dengan aku.. (Hati berbunga riang !^_^)




p/s: Tak sangka dah ada suami, mak mertua, abang dan kakak ipar, biras, dan anak-anak buah.. =) Papepun. Njoy in marriage life =) weeeeee... <3 comment-3--="">



: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Sunday, October 20, 2013

: Sabah, Malaysia ! Here we come ! :

Assalammualaikum..
Hye rakan blogger..

Korang penah jejak kaki ke Sabah tak? Dah pegi? Belum pernah pegi? Mai Cik Zyda nak bagitahu pasal tempat menarik kat Sabah yang Cik Zyda dan Mr H dah pergi masa cuti raya haji hari tu. Memandangkan cuti yang diberi adalah sedikit.. Jadi tak dapatla Cik Zyda nak balik ke kampung halaman. Jadi, untuk memenuhi masa yang terluang selama empat hari ini, Mr H telah berkorban masa dan tenaga untuk terbang ke Sabah. Peluang ini Cik Zyda gunakan bersama Mr H untuk melawat tempat-tempat yang menarik di Sabah ni.



Tak semua tempat telah kami kunjungi. Kami hanya berkesempatan mengunjungi tiga buah tempat menarik di Sabah, iaitu Kundasang, Karambunai dan Rumah Tebalik. Kalau korang berkesempatan untuk datang ke sini. Jomlah melawat ketiga-tiga tempat ini.


Hari Pertama (12 Oktober 2013)


Kami telah check in semalaman di Mount Kinabalu Herritage and Spa di Ranau. Jika berminat, korang boleh tengok rate bilik dan Chalet yang terdapat di sini. Korang juga boleh layari laman web ini untuk mendapatkan rate terkini. Mount Kinabalu Heritage Resort..


ROOM TYPE
MALAYSIAN + A1
INTERNATIONAL
Single Room
RM
280.00
RM
300.00
Superior Room
RM
300.00
RM
380.00
Suite Room
RM
380.00
RM
480.00
Extra Bed
RM
50.00
RM
65.00
Mattress
RM
35.00
RM
40.00
Note:
A1 - China, Taiwan, Korean, Brunei & Singaporean
  1. All room rates are inclusive of 6% Government Tax and 10% Service Charge.
  2. Additional RM20.00 ++ (Adult), RM15.00++ (Children between 4 to 12 years old) per night for breakfast
  3. Check in time: 2.00pm (1400 hours)
  4. Check out time: 12.00pm (12.00 hours)
  5. A 50% charge is applicable for late check-out (between 12.00 noon and 5.00pm). A full day charge will be applied for late check-out after 5.00pm. Extended check-out after 12.00 noon is by request and subject to availability of rooms.
  6. Room Amenities: Television with selected cable channels, Refridgerator (Suite Room only), En-suite Bathroom, Hairdryer (upon request), Iron (upon request), Coffee & Tea making facilities

Selain itu, korang juga boleh memilih Chalet untuk kamu duduki di sini. Di bawah ini saya sertakan rate terkini.



ROOM TYPE
MALAYSIAN
NON-MALAYSIAN
Chalet Room
RM
330.00
RM
400.00
Note:
  1. All room rates are inclusive of 6% Government Tax and 10% Service Charge.
  2. Additional RM20.00 ++ (Adult), RM15.00++ (Children between 4 to 12 years old) per night for breakfast.
  3. Check in time: 2.00pm (1400 hours)
  4. Check out time: 12.00pm (12.00 hours)
  5. A 50% charge is applicable for late check-out (between 12.00 noon and 5.00pm). A full day charge will be applied for late check-out after 5.00pm. Extended check-out after 12.00 noon is by request and subject to availability of rooms.
  6. Room Amenities: Television with selected cable channels, En-suite Bathroom, Hairdryer (upon request), Iron (upon request), Coffee & Tea making facilities




Hari Kedua (13 Oktober 2013)


Setelah Check Out di Mount Kinabalu Herritage and Spa, kami telah melawat tempat-tempat menarik di sekitarnya. Tempat yang telah berjaya kami kunjungi adalah Dairy Farm di Kundasang. Sebelum ini hanya dengar dari mulut-mulut orang tentang Kundasang, sekarang kami sendiri merasai menjejakkan kaki ke sini. Di kesempatan ini, kami telah mengambil seberapa banyak gambar kenangan dan juga menikmati susu fresh dari lembu-lembu ternakan yang terdapat di sini. Kalau rasa nak hidup macam kat New Zealand..Korang try datang sini..Okies?











Lepas je melawat Dairy Farm tu, kami meneruskan perjalanan kami ke Karambunai iaitu Nexus Resort and Spa Karambunai. On da way nak ke sana, kami sempat menjejakkan kaki ke rumah terbalik. Boleh kan Cik Zyda tak tahu kewujudan rumah terbalik ni kan.. Mr H bagitahu baru la tahu yang rumah ni wujud. Apa lagi..paksa la Mr H pergi ke sana juga.. Nak tahu apa keunikan rumah terbalik ni, datangla ke sini pulak ye.. Tak rugi pon melawat rumah terbalik ni. Just nak ingatkan bila datang ke sini, korang just boleh ambil gambar di luar rumah sahaja.. Di dalam rumah tersebut tidak dibenarkan ambil gambar.. Rupanya, rumah terbalik ni ada ceritanya tersendiri.. Ni sume akan diterangkan oleh pekerja kat sana. Lupa nak bagitahu, rumah terbalik ni juga dikenali sebagai upside down house..Di bawah ni adalah senarai bayaran masuk ke sini dan jika korang mahukan maklumat lanjut boleh layari laman web ini Upside Down House..





Opening hours
Daily (including public holidays): 8:00am to 10:00pm


Admission fees
MyKad holders: RM10.00
Others: RM18.00
Students/Children below 12 years: RM5.00
Children below 3 years: Free of charge 

** Kindly note that indoor photography is prohibited.










Dah puas menjelajah ke sini, kami menuju ke Nexus Resort and Spa Karambunai. Kalau korang dari Kota Kinabalu International Airport, hanya 40 minit sahaja untuk sampai ke sini.. Jika korang  nak rasa ketenangan dan ber'honeymoon', korang boleh datang ke sini.. Resort ini telah di buat di kawasan teluk.. Seriously, memang cantik pemandangan laut dia.. Rasa macam kat over sea.. Try la datang ye.. Tak rugi pun kalau korang memang datang sebab nak ber'honeymoon'..Hanya resort ini sahaja yang terdapat di sini.. Tenang dan nyaman rasa bila ada di sini.. Jika berminat untuk check in di sini, korang boleh online booking di Nexus Resort and Spa Karambunai.. Kami telah check in di sini sehingga 15 Oktober.

















Selesai sudah cerita kami di Sabah Negeri Di Bawah Bayu.. Tahun Melawat Sabah 2013 sudah terlaksana.. Korang bila lagi? ^____^..


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Sunday, July 21, 2013

Hello! Bumi Kenyalang..

Assalammualaikum..
Hye rakan blogger!!

Yehaaaa! Syukur Alhamdulillah.. Dan terima kasih kepada mak, abah, adik beradik dan en tunang kerana memberi semangat kat aku untuk terus berada di sini.. Wah.. xsangka hampir 3 minggu aku berada di bumi kenyalang. Walaupun amat berat untuk meninggalkan negeri kelahiranku.. Namun aku gagahkan diri, pulun semangat yang ada untuk terus berbakti kepada anak bangsa di sini.. Teringat aku bila dapat tahu bakal ditempatkan di sini, menangis wo.. Tapi apa boleh buat, semua sudah tertulis oleh Sang Pencipta. Aku redha dengan rezeki yang Dia berikan kepadaku. Memang ditakdirkan rezeki aku bermula di sini.. Nak tahu tak di mana aku ditempatkan? Ni ha, aku sedang menaip setiap kata-kata ku sambil berbaring di atas katil empuk di rumah sewaku yang berada di Lawas, Sarawak. Korang try tgk peta Negeri Sarawak, di manakah Lawas.

Tenunglah lama-lama Lawas tu kat mana..haha





Tengok peta memang sakit. Jauh nak ke Sabah dan Labuan.. Tapi, aku sangat bersyukur sebab nak balik kampung senang je.. Kemudahan flight senang je. Naik bas atau van 3 jam ke Kota Kinabalu, then, ambil flight terus balik ke KL ataupun Senai. Mudah kan. Jadi, tak payah dah nanges ag. Kua air mata darah pon bukan leh tukar balik semenanjung. Paling tak lama pun kena stay setahun kat sini. Pastu baru leh mintak tukar. Itupun bukan senang nak balik semenanjung tau. Ada cikgu kat sini 7 tahun, tapi tak dapat tukar. Redha dengan ketentuanNya.. Allah perancang terbaik buat hambaNya kan. Nak tak nak kena la berada di sini.. Kalau boleh tak nak la lama-lama kat sini. Setiap tahun mesti apply pindah balik semenanjung. hehe.. Mana boleh jauh dengan family dan bakal suami. Lagi-lagi dah nak naik pelamin ni ha. Sakit wo jauh dengan bakal suami.. Mana boleh kan. Cian kat dia nanti. hehe. Semoga segalanya dipermudahkan Allah. Semoga aku sentiasa di bawah lindungan Allah. Semoga niatku sentiasa ikhlas untuk mendidik anak bangsa. 

Meh tengok tentatif permulaan langkah ku ke Bumi Kenyalang. So that, boleh baca nanti kan. =)

1 Julai 2013 - Lapor Diri di Hotel Pearl International, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

2 Julai 2013 - Terbang dari KLIA ke Kuching dan duduk di hotel. Ada program orientasi bersama JPN Sarawak

4 Julai 2013 - Terbang dari Kuching ke Miri. Petangnya, terbang dari Miri ke Lawas naik Twinouter. Huhu, first time naik Twinouter. Terbang bawah awan. Pekak sekejap telinga naik benda alah ni. Pastu, boleh nampak pilot yang bawa. Kuikui. Taubat tak nak naik lagi. Seram woo. Mujo ada cara lain nak balik semenanjung. Tak payah la naik Twinouter kalau nak balik kampung. hihi. Sampai je kat Lawas, ada cikgu senior menunggu dan bawa ke rumah sewa mereka. Now, stay with them =)

5 Julai 2013 - Lapor diri di sekolah. First time jejak kaki ke sini. Tak sangka, cikgu-cikgu kat sini tersangatlah ramah. Berbeza sangat dengan cikgu-cikgu di semenanjung. Mereka kaya dengan budi bahasa dan memang tip top tolong orang. Syukur Alhamdulillah.

8 Julai 2013 - Dah stat dapat jadual dan mula masuk ke kelas ^_^'

First Time Naik.. Ni lah Twinouter tu.. Korang tryla.. Hihi. Mabuk wooo...

Ni lah sekolah aku.. Klasik kan.. Ala-ala rumah panjang. Saja nak bikin hot. Tingkatan 2 je kelas macam ni.. Lain tingkatan kelas macam biasa.. Tapi atas bukit la.. Bayangkan macam kat batu caves. Tinggi nak daki..


Last words .. Ready ! Redah ! Redha ! ^________________^


Sekian..








: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Tuesday, June 18, 2013

Di suatu petang...

Bagi memenuhi tuntutan kazen nak sediakan Guess Book. Kami terlebih semangat untuk mengumpul gambar-gambar kami yang akan diletakkan di dalam GB tersebut. Wah! I'm really excited because this is first time my fiance and I involved in photoshoot. Walaupun berdua kami tetap ditemani dengan keindahan pokok-pokok hijau yang tumbuh mekar. Seriously, terlebih happy sebab saya rasa rapat sangat dengan bakal suami. Before ni jumpa biasa-biasa je. Jumpa, makan, jumpa minum. Aish! boring lak camtu kan. Tapi di suatu petang ni terasa unik pula sebab kami menggedik berdua snap pic together. Haha. Hopefully, kazen Daya rasa cukup la gambarnya ye sebab rasanya kalau kami nampak kamera, alamaknya memang penuh kamera dengan photo kami. Tak sabar nak tengok kamu buatkan GB untuk kami. Tengok bawah please. Ha! Ni sebahagian je picture kami tau. Selebihnya kami simpan. Nak tengok meh datang bulan 8 ni ^___^


Sayalah bakal isteri dia. hihi


Sedia! 1! 2! 3! Pooommm!


Perjalanan kami masih jauh. Menempuhi pahit getir bersama dengan sabar. InsyaAllah.


Awak..takmo stress-stress ye betulkan stand kamera and berlari semata-mata nak kejar timer kamera. hihi. Apa-apapun. Picture sume nampak nice. Special Thanx to Photographer =)


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Tuesday, June 4, 2013

: Pertemuan Kita :

Sedang aku ditinggalkan kekasih hati yang aku kenal selama enam tahun, aku menjadi sunyi sepi keseorangan tanpa teman rapat. Hati aku bagai disiat-siat dek kerana tidak kejujuran dia meninggalkan aku di saat aku memerlukan dia. Dia telah mendustai cinta yang telah kami bina selama enam tahun lamanya. Dia hanya memikirkan dirinya sendiri tanpa memikirkan tentang perasaanku. Dia telah memilih rakan sekerjanya sebagai teman pengganti diriku. Kejam sungguh dirinya kerana meninggalkan diriku disaat dia telah pun berhubungan dengan rakan sekerjanya itu. Namun, aku lepaskan jua dirinya kerana bagi aku dia sudah mabuk kepayang dengan perempuan yang dia jumpa tiap-tiap hari. Apa gunanya aku melutut sedangkan aku jauh darinya. Dia tidak pernah nampak pengorbananku selama enam tahun. Pengorbanan yang perempuan tu tunjukkan selama berada di sisinya mengalahkan perngorbananku terhadapnya. Mungkin, semua yang terjadi ini adalah ketentuan Allah. Kini, aku redha dia tiada lagi di sisiku. Semua peristiwa ini telah menjadi sejarah dalam hidupku. Tiada lagi namanya di hatiku. Aku doakan dia sentiasa bahagia bersama isteri yang dicintainya.

Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah, kerana telah membuka hati dan perasaanku untuk menerima insan lain bernama lelaki. Aku telah dipertemukan dengan insan yang penyabar dengan kerenah diri ini, susah senang dia sentiasa bersamaku dan terlalu banyak kata-kata nasihat serta pendorong untuk membangkitkan diri ini pulih sepenuhnya. Aku bersyukur atas kurniaanMu kerana mempertemukan aku dengannya. Dia benar-benar ikhlas mengambilku sebagai isterinya. Dia adalah tunangku dan juga bakal suamiku.

Kami akui, dulu kami pernah  gagal dalam bercinta. Dengan adanya pengalaman ini, kami akan gunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki diri masing-masing supaya kesilapan lalu tidak berulang lagi untuk perhubungan kali ini. Kini, aku mahupun dia lebih mempercayai cinta selepas kawin Kami tekad untuk membina hubungan ini sehingga kami mempunyai ikatan yang sah sebagai suami isteri kelak. Semoga pertemuan ini adalah pertemuan yang terakhir yang telah ditentukan oleh Allah SWT untuk kita sejak dalam kandungan ibu kita lagi dan aku berharap aku adalah tulang rusukmu.. Susah senang kita bersama, kekurangan kita sama-sama kita lengkapkan dengan kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan hati. “Terimalah saya seadanya awak. Saya juga begitu, menerima awak dengan seadanya. Kita saling lengkap-melengkapi ye”. Awak, marilah sama-sama kita membina perhubungan ini untuk mendapat keberkatan hidup di atas dunia ini serta diakhirat kelak.  InsyaAllah. Doakan perhubungan kami ini kekal hingga ke Jannah ^_^


Kata-kata ku: Wife To Be..
Untuk : Husband To Be..




: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Saturday, May 25, 2013

Kisah Diana & Dia --> Chapter 6

Diana dan Daniel menyambung pengajian di peringkat Ijazah di Universiti masing-masing

Diana diterima masuk ke UiTM Terengganu dalam Jurusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perbankan Islam. Manakala Daniel menyambung pengajian di UiTM Shah Alam dalam Jurusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi. Pada mulanya Diana agak kecewa untuk meneruskan pengajian di situ lagi-lagi UiTM tu sekangkang kera dengan rumahnya. Dia takut sekiranya dia duduk di rumah, fokusnya hilang terhadap pelajaran kerana adik-adiknya masih kecil dan sering berbuat bising. Lama kelamaan Diana dapat menyesuaikan diri di situ. Tetapi,  jauh di sudut hatinya dia rasa kehilangan sesuatu iaitu ketiadaan kekasihnya, Daniel di sisinya. "Ya Allah, rindunya aku pada Daniel. Camne la dia dekat sana ye. Rindukah dia sama aku". Dalam fikiran Diana macam-macam perkara negatif yang dia fikir. "Ingatkah Daniel pada aku?", "Dia ada yang lain ke?", " Takunya kalau tiba-tiba hatinya berubah sebab aku tiada disisinya". Erm.. Bila berjauhan macam-macam dalam fikirannya. Diana sering menjenguk Facebook Daniel. 

Satu hari bila dia menjenguk Facebook Daniel, hatinya terdetik perasaan cemburu apabila terlihat seorang perempuan yang rajin mengomen status yang di pos oleh Daniel. Bip ! Bip !. Mesej masuk ke inbox Daniel. "Daniel, siapa Lydia yang rajin komen awak?. Mesra je saya  tengok. Awak pun melayan dia". Daniel menerangkan siapa Lydia tu. Lydia merupakan rakan sekos dia di UiTM Shah Alam. Nasib baik segala penerangan yang Daniel berikan nampak jujur dan telus. Tetapi, Diana tetap rasa cemburu dengan Lydia. Seolah-olah dia ingin rapat dengan Daniel. Diana akui selama Daniel dengannya, Daniel amat jujur oranya dan serius berhubungan dengannya.

Percintaan jarak jauh antara mereka sering membuatkan mereka sering bertelagah. Diana sering merajuk dengan Daniel. Dan Daniel sering memujuk Diana. Lama-kelamaan, dengan sifat suka merajuk Diana akibat kejelesan tak ingat dunia kepada Daniel, Daniel tekad untuk berdiam diri. Diana bengang kerana Daniel tidak macam dulu untuk memujuknya lagi. Akhirnya Diana juga yang akan meminta maaf kepada Daniel bahawa dia selalu cemburu melihat Daniel berkawan rapat dengan perempuan lain. Situasi ini sentiasa berulang-ulang. Tetapi hubungan mereka saling utuh. Selama belajar di tempat masing-masing, mereka tidak pernah sekalipun menjenguk antara satu sama lain. Mereka hanya berhubungan melalui mesej, call dan berYM. 

Tamat pengajian di peringkat Ijazah



Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketekunan Diana menyambung pengajian selama dua tahun membuahkan hasil apabila dia mendapat Ijazah Kelas Pertama. "Yahoo!!! Aku tak payah bayar PTPTN. Alhamdulillah". 

Diana bersiap-siap. Baju dilipat dan dimasukkan ke dalam beg balik kampung. Tengahari ini dia akan bertolak ke Shah Alam dengan menaiki bas. Tiga hari lagi dia akan bergelar Mahasiswa UiTM. Dia bertolak awal tiga hari dengan niat untuk berjumpa dengan kekasih hati dan menghabiskan masa bersamanya. "Sudah dua tahun aku tidak berjumpa dengan dia. Lainkah dia sekarang. Tidak sabarnya aku ingin berjumpa dengan kau Daniel". Hatinya berbunga-bunga riang untuk berjumpa dengan Daniel.

Detik yang dinantikan, Diana tiba di stesen bas Shah Alam. Suasana di situ amat sesak dengan bas keluar masuk dan hiruk pikuk orang yang tidak mengira kaum. Diana menunggu dengan penuh sabar. Bip ! Bip !. Mesej masuk ke inbox. "Diana, awak kat mana? Saya tunggu awak dekat bustop sebelah kaunter tiket". Diana tidak membalas mesej tersebut dan dengan tidak sabarnya dia menuju ke tempat yang diberitahu Daniel. "Wah! Daniel dah nampak lain la. Rindunya aku pada kau Daniel. Finally, kita berjumpa setelah dua tahun tidak berjumpa". Detik hatinya. Mereka saling menguntumkan senyuman manis. Lama mereka bertentangan mata. Daniel mengambil beg ditangan Diana dan menuju ke kereta. Diana memulakan bicara. 

Diana : "Awak sihat Daniel?. Sekarang awak dah nampak lain la."
Daniel : "Alhamdulillah. Sihat. Awak sihat Diana? Apa yang lain? 
Diana : Sihat juga Daniel. Awak dah lain. Tak sama macam saya kenal dengan awak dulu. Hihi.
Daniel : Ada-ada jela awak ni. Jom saya bawa awak pergi rumah bakal kakak ipar saya. Awak duduk di situ sebelum parents awak sampai sini.

Mereka berdua saling merindui antara satu sama lain. Selama dua hari ni mereka saling keluar bersama. Tak kira siang atau malam. Daniel membawa Diana melawat sekitar Bandar Shah Alam. Hati Diana berbunga riang setelah dapat bertemu dengan kekasih hatinya. Detik dalam hati Diana "Daniel lah bakal suamiku".

Hari konvokesyen untuk jurusan Diana bersidang disebelah pagi. Diana mengambil kesempatan untuk mengambil gambar kenangan bersama teman rapat dan famili. Diana berbangga kerana namanya disebut sebagai penerima Ijazah Kelas Pertama. Akhirnya dia berjaya mencapai apa yang diinginkan dalam hidup iaitu memberi kejayaannya kepada orang tuanya. Alhamdulillah. Lega rasa hatinya membuat abah dan emak berbangga dengannya. "Mak, abah, balik dulu rumah pak long ye. Along nak pergi konvo Daniel petang ni". Mak dan abah hanya senyum tanda faham.

Di sebelah petangnya Diana ditemani teman rapatnya ketika di UiTM Kelantan, Ieka. Diana menanti Daniel dengan penuh sabar. "Petang ni Daniel pula konvo, famili dia tentu ada kan. Takunya aku Ieka." Ieka menenangkan Diana. 

Dari jauh, Diana sudah nampak kelibat Daniel bersama ayah, mak dan adik beradiknya. Dalam hati Diana hanya Tuhan saja yang tahu. Menggigil badannya tidak terkata. Maklumlah nak berjumpa dengan bakal mertua dan adik beradik ipar nanti. Namun digagahi setiap langkahnya ditemani Ieka. Diana bersalaman dengan mak Daniel dan adik-beradik perempuannya. Mereka saling bermah mesra dan mengambil gambar kenangan bersama. "Aku yakin Daniel serius dengan aku sehingga membawa aku berjumpa dengan keluarganya". Getus hatinya sambil memandang Daniel dengan senyuman meleret. 


Nukilanku : Cerita bersiri Kisah Diana dan Dia:



: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Sunday, May 5, 2013

: Lega!!! Pru13 :

"Jom kita keluar mengundi.. Jalan tanggungjawab negara demokrasi.. Jangan kata tiada masa.. Atau politik bukan untuk kita.. Jom kita keluar mengundi.. Tentukan siapa pemimpin kita.. Pangkahlah calon berjiwa waja..Supaya negara bebas berdikari.. "

Hai hai! Dah siap mengundi ker? Camne pula pengundi pertama? Sudah buat pilihan yang tepat? Jangan pula pangkah parti yang kita tak suka. Okies? Dulu cikgu pangkah kat buku kita untuk jawapan kita yang salah. Tapi situasi sekarang berbeza. Simbol pangkah tu means setuju dengan parti yang kita suka. Jangan tersalah pangkah ye kawan-kawan. Hehe. 

Camne feelings korang beratur menunggu turn nak memangkah? Mesti berdebar-debar kan. Dalam kepala tu mesti terpikir-pikir nak undi apa. Nak memangkah camne kan. Hehe. Orang yang menulis entri ni pun kalut bila dah sampai bilik mengundi. Tiba-tiba jadi blur, berdebar-debar dan menggigil sikit. Hehe. Apa-apa pun lega sudah sebab dah jalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Next 5 years InsyaAllah leh pegi mengundi lagi. 

Malam ni get ready for the result k. Tengok nanti majoriti memilih Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Dah tahu result tu jangan la nak buat kecoh dan menghuru harakan negara. Negara Malaysia ni negara demokrasi. Jadi rakyat pun seorang yang demokrasi kan. Dah dapat result tu terima dengan redha dan jangan bermasam muka. Okies?

Orite! Selamat mengundi bagi yang belum mengundi. Ingat! Undi Adalah Rahsia tau. Yang dah mengundi, jom tidur.. Kihkih! 

Bukti Saya Sudah Mengundi. Anda Bila Lagi =')
Tapi kat kuku dah basuh. Nak Hilangkan dakwat tu, rendam dalam clorox k..




Nak tahu info mengundi? Sila Klik Di Sini



SEKIAN ;)

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Wednesday, May 1, 2013

: Doa penyeri dan pemanis wajah :

Sekarang ini, telah banyak produk-produk kecantikan berada di pasaran sehingga kita ingin mencuba hampir kesemunya setelah terpengaruh dengan kelebihan produk tersebut termasuklah yang mem'post' entri ini. Tetapi kita jangan lupa ada diantara produk-produk tersebut yang mempunyai bahan-bahan terlarang dan merbahaya untuk kesihatan kita. Justeru, untuk elakkan kita daripada banyak membazir dengan membeli produk yang mahal-mahal serta kita tidak pasti keberkesanan produk tersebut, marilah kita sama-sama mengamalkan doa yang terdapat di dalam Al-Quran ini untuk menyerikan wajah kita. 

Tertib Membaca:
1) Baca Surah Yusuf ayat 4 (3kali) --> sapu ke muka
2) Berhenti seketika
3) Sambung pula dengan Baca keratan Surah Thaahaa ayat 39 (3kali) --> sapu ke muka

Surah Yusuf Ayat 4 (sebaik-baiknya baca selepas solat)




Maksudnya: (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: 
Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku

Keratan Surah Thaahaa ayat 39



Maksudnya: dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.http://my.effectivemeasure.net/emnb_18_26877.gif?951160625

p/s: Marilah sama-sama kita amalkan ya. No more products kecantikan. Say yes to Doa =)

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Saturday, April 27, 2013

: Samsung Galaxy S4 dilancarkan hari ini? :

Wah! Samsung bakal melancarkan model terbaru iaitu Samsung Galaxy S4 di Malaysia pada hari ini. Kagumnya dengar. Tapi mampukah aku menukar phone aku sekarang ke phone Samsung Galaxy S4? Rasanya tunggu aku kerja tetap la baru berkira-kira untuk tukar ke phone ni. Lagipun seriously, aku tak berapa minat sangat untuk membeli gadget ni. Yang aku tahu, asalkan phone aku boleh digunakan untuk Message, Make call, WeChat, WhatsApp, Internet, Youtube sudah mencukupi pada aku. Kalau ada yang sudi nak menghadiahkan phone ni, aku amat-amat mengalukan. Kihkih.



Okey, berbalik pada cerita. Samsung Galaxy 4 ni saiznya sama dengan Samsung Galaxy III cuma bezanya skrin ini lebih besar iaitu 5 inci (1920 x 1080) dan agak lebih halus. Ia didatangkan dengan dua kaler iaitu White Frost dan Black Mist. Dibawah ini serba sedikit review tentang Samsung Galaxy S4 ini:

































sila klik gambar di sebelah ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut: 



: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved