Wednesday, November 7, 2012

:Kisah Diana & Dia --> Chapter 5


Semester dua bermula.
Diana amat merindui kekasihnya setelah sebulan tidak berjumpa kerana cuti semester. "Rindunya aku pada kamu, Daniel". Semester dua sudah pun bermula. Percintaan Diana dengan Daniel berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. Yelah, orang bercinta mula-mula memanglah indah-indah belaka. 
Diana menunggu Daniel di tempat biasa. "Mana Daniel ni?Penat aku turun tangga yang berbelas-belas anak tangga ni tapi tak turun-turun juga. Aku kangan sama kamu Daniel". Bisiknya di dalam hati sambil menunggu Daniel. 
Sesudah lama bercuti, ini merupakan kali pertama dia bejumpa dengan Daniel setelah sebulan bercuti. "Awak, rindulah kat awak. Awak rindu saya tak?" Soalan mengada-ngada Diana tujukan kepada Daniel. Daniel membalas soalan Diana. "Mestilah saya rindu sama awak. Kalau tak rindu tu bukan Daniel la. Hehe." 
Cinta mereka makin lama makin meruntun jiwa. Diana bahagia disamping Daniel. Begitu juga Daniel bahagia disamping Diana. 

Sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Cendekia.
Diana dan Daniel bertemu di tasik dan jalan beriringan menuju  ke Dataran Cendekia. "Awak, awak ingat tak hari ini hari apa?". Kata Diana kepada Daniel. "Mestilah ingat, hari ini hari ulangtahun percintaan kita yang pertama kan?". Daniel membalas dengan senyuman di bibir. "Ingat pun awak kan. Ingatkan dah tak ingat hari ini hari apa kan. Mujo awak ingat. Kalau tak saya merajuk nanti. Susah awak nak pujuk tau". Daniel bebisik ke telinga Diana "Happy anniversary yang pertama, Diana". Diana dengan senyum meleret membalas "Happy aniversary yang pertama Daniel". Bebunga-bunga hati kedua-dua pasangan dua sejoli. Percintaan mereka disambut oleh sinaran dan dentuman bunga api pelbagai yang dilepaskan diangkasa.
Setiap kali hari kemerdekaan, 31 Ogos. Mereka juga turut meraikannya bersama-sama hari ulangtahun percintaan mereka.  

Semakin lama percintaan mereka, mereka telah dihimpit badai dan taufan. 

Diana sangat suka berkawan dengan lelaki. Diana bukan berniat untuk jadikan kawan lelakinya sebagai yang teristimewa kerana Diana sedar dia sudah ada Daniel. Tetapi Diana tersilap langkah. Diana rancak berkawan dan berhubungan dengan kawan lelakinya itu yang dikenali sebagai Zikri. Diana dan Zikri selalu berbalas message. Diana agak nakal ketika itu. Diana semakin hari semakin rapat dengan Zikri. Tetapi, malangnya Zikri hanya menganggap hubungan mereka sebagai seorang sahabat sahaja. Diana putus harapan apabila rupanya hubungan baik yang tercipta antara Zikri dan Diana adalah dusta semata-mata. Diana akui Diana tersilap langkah dan bersalah dengan Daniel kerana dia berkawan dengan Zikri tanpa pengetahuan Daniel.
Akhirnya, cerita antara Diana dan Zikri sampai ke Daniel.
Bip! Bip! Message masuk ke dalam inbox Diana.

Daniel  :    "Diana, petang ni kita jumpa kat tasik". 

Diana   :    "Baiklah, tapi hal apa Daniel?"
Daniel  :    "Datang je kat tasik pukul 4.30 petang nie. Jumpa nanti"

Diana tidak sedap hati apabila menerima message dari Daniel mengatakan dia mahu berjumpa dengannya. "Kenapa dengan Daniel?. Takde ribut, Takde taufan hantar message macam tu".


Mereka berdua bertemu di tasik.

Diana tidak berani memulakan bicara kerana muka Daniel agak masam dan ketat ketika tu. Daniel memulakan bicara.

Daniel :   "Saya dah dengar macam-macam pasal awak dan budak lelaki kelas awak. Betul ke apa yang saya dengar dari diorang?"

Diana  :   "Daniel, awak dengar pasal apa tentang saya?"
Daniel :   " Saya dengar budak lelaki kelas awak tu bagitahu kawan saya yang awak berdua ada pape. Betul ke?"
Diana menafikan apa yang ditanyakan oleh Daniel.
Diana  :   "Kitorang kawan biasa je Daniel, takde apa-apa pun antara kitorang"
Daniel :   "Kalau bukan. Kenapa kawan lelaki awak tu cerita macam-macam kat kawan saya pasal awak dan dia?"


Diana sedih apabila Daniel meninggikan suara dan dalam masa yang sama muka dia sangat kecewa. Diana akui dia salah sebab berkawan dengan lelaki lain sedangkan dia sudah mempunyai kekasih. Apa yang diceritakan kawan Daniel kepada Daniel sangat memberi tekanan kepada Diana ketika itu. Diana yakin cerita yang disampaikan kepada Daniel seratus peratus berlainan daripada apa yang berlaku sebenarnya. "Siapalah yang sanggup buat-buat cerita pasal aku. Apa dosa  aku pada diorang ahh? Nak fitnah aku sampai macam ni sekali."


Daniel amat kecewa sekali menerima perkhabaran itu daripada sahabatnya. Diana mula menitiskan air matanya. Diana takut sekali jika Daniel berkira-kira untuk meninggalkannya disebabkan cerita bukan-bukan itu. Diana menangis di depan Daniel dan akui cerita yang didengar Daniel salah seperti apa yang berlaku. Daniel mempercayai Diana. Diana nampak Daniel berbelah bagi untuk mempercayainya atau tidak. "Kalau betul cerita awak Diana, boleh tak awak berjanji dengan saya. Tolong jangan rapat lagi dengan kawan lelaki awak tu. Saya sayang sangat kat awak Diana. Tolonglah berjanji dengan saya". Air mata Diana berjujuran membasahi pipi. Dengn suara sedu sedan "Saya berjanji dengan awak Daniel. Saya tidak akan mengulangi perbuatan saya ni". Diana nampak Daniel juga menitiskan air mata kekecewaan. Selepas kejadian itu, mereka berdua berbaik semula.



Diana akui percintaan di antara mereka tidak selalu indah. Kadangkala ada yang berbuat cerita mengenai Diana mahupun Daniel. Diana tidak tahu kenapa ada yang sanggup meruntuhkan percintaan mereka yang telah terbina. Ada sahaja cerita yang sampai ke telinga Daniel mengenainya. Diana tetap kuatkan semangat untuk meneruskan pelajarannya dan percintaannya dengan Daniel. 

Diana menerima keputusan yang cemerlang untuk semester akhirnya. Dia amat berbangga dengan keputusannya iaitu memperoleh keputusan 3.67 dan sekaligus mendapat keputusan 3.44 untuk keputusan keseluruhannya. Walaupun Diana tidak berjaya mendapat keputusan keseluruhannya atas 3.50 tetapi dia amat berbangga dengan potensi dirnya sehingga mendapat anugerah dekan sebanyak tiga kali. Walaupun dia belajar sambil bercinta dengan Daniel. Diana tidak lupa tanggungjawab dia sebagai seorang pelajar dan sebagai seorang anak kepada emak dan abahnya. Diana sangat berterima kasih kepada Daniel kerana sepanjang dia berada di universiti tersebut, Daniel banyak membantu dan memberi tunjuk ajar di dalam pelajaran dan selalu memotivasikan diri Diana. Begitu juga Diana, Diana akan membuat perkara yang sama kepada Daniel. Mereka saling bantu membantu di dalam pelajaran sehingga kedua-duanya memperoleh keputusan yang baik di dalam peperiksaan.


Berakhirlah kisah mereka di universiti ini sebagai pelajar diploma.

Diana amat sedih kerana selepas ini dia akan meninggalkan Daniel. Diana akan pulang ke kampungnya sebelum menunggu panggilan sambung belajar ke peringkat ijazah. Diana amat sedih kerana Daniel akan berada jauh darinya. Diana akui bukan senang untuk berjumpa Daniel selepas ini. Dengan adanya telefon, mereka dapat menghubungi antara satu sama lain. 



(bersambung..)



: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

2 comments:

  1. cerita ke ni ? mcm cerita bersiri je

    ReplyDelete
  2. nie memang cerita bersiri..yg nie chapter 5...cube bace dari chapter 1.. =)

    ReplyDelete

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved