Tuesday, November 6, 2012

:Kisah Diana & Dia --> Chapter 4

"Happynya aku hari ini! Daniel tu sweet jugak kan.. yeahhhh!"


Selepas Diana bertemu dengan Daniel buat pertama kalinya. Hubungan mereka semakin rapat hari demi hari. Mereka saling bertemu di food court, tasik dan berjalan-jalan keliling U. Di situlah cinta mereka saling putik-memutik, saling sayang-menyayangi, saling cinta-mencintai sehingga kawan-kawan Diana dan Daniel mengenali mereka berdua.
Persembahan pelajar semester 1.



Selepas usai sahaja solat maghrib, Diana ditemani teman sebilik menuju ke Dataran Cendekia. Mereka menuruni anak tangga untuk menuju ke Dataran tersebut. Malam ni akan diadakan persembahan bagi pelajar semester satu mengikut kursus. Diana  bersemangat sekali untuk menghadirinya kerana Daniel turut terlibat dengan persembahan tersebut untuk kursusnya. Sesudah sampai Diana dan rakan sebiliknya di Dataran Cendekia, Diana melilaukan matanya untuk mencari Daniel. "Mana si Daniel ni?" Diana mencapai telefon bimbitnya. 

Diana     :  "Di mana awak Daniel?. Tak nampak pun awak?". 
Daniel  : "Ada-ada. Tengah mekup dan bersiap-siap ni". Awak di mana    Diana?"
Diana     :  "Saya ada kat tangga ni. Saya nampak awak. Awak datanglah sini".
Daniel    :  "Baiklah. Saya datang sana. Tunggu. =)"

Mereka berdua pun bertemu. Diana kagum melihat Daniel. "Betul ke dia nak berlakon ni?. Macam tak percaya je Daniel ni. Haha." Gelak Diana di dalam hati". 

Satu demi satu persembahan menunjukkan kebolehan dan kemampuan masing-masing. Diana tertarik dengan satu persembahan dari kursus Perakaunan. Persembahan mereka diselitkan dengan Lagu Megat Nordin. Itu merupakan lagu pertama dalam versi kelantan yang didengari oleh Diana. 

Baru tengok ambo raso bekene,

Ore jangok serto come,


Ore sedap kelih amboi kulit putih,
Lemoh lembut gayo baik budi bahaso,
Sari tok kelih aii nok duduk toklih,
Ati dale dado toktau nok kato..

Tapi ambo bimbe takutnyo laye,
Mugo balik kawe serbo serbi kure,
Demo ore come serto sedap kelih,
Ramai ore bekene buleh tehe nok pilih..

Baru tengok hati bekene...

Duk nati-nati, nati nok tengok,
Puah bediri ambo duduk congok,
Duk tunggu-tunggu, tunggu nok kelih,
Dipasar minggu di wokaf che yeh...

Bo moleknyo lalu nok tegur raso malu,
Nok sebut tok keno mugo tak tahu namo,
Bimbe takutnyo maroh ke buleh pekdoh,
Ambo hile gamok dio tengok ambo tengok...

Napok-napok tu ado gayo
Ambo senyum gak dio suko,
Nyo mari brani gak sreto metro
Ado giye doh balik ambo...

Baru tengok hati bekene...

Chorus..

Ambo cubo nok masuk dekat,
Kalu buleh ambo nok tanyo,
Kalu sudi tolonglah jawab,
Adik manis siapo namonyo...

Baru tengok hati bekene.....


Diana mendengar setiap bait lirik lagu tersebut. "Satu hape pun aku tak paham! Ape orang nie nyanyi ha?"Belum sempat Diana memahami setiap bait lirik lagu "Ambo Raso Berkene", Diana menerima panggilan dari Daniel. Daniel telah menyanyikan lagu tersebut melalui corong telefon. Daniel telah memberikan lagu tersebut buat Diana. "Terima kasih Daniel". Hati Diana berbunga-bunga setelah menerima panggilan dari Daniel. " Daniel ni sangat romantik lah".

Tibalah giliran Daniel berlakon bersama-sama teman sekursusnya. 

   "Selepas ni Daniel akan berlakon. Macam tak percaya je kan kekasih aku nak berlakon. Tak sabarnya nak tengok dia". Diana memberi fokus yang amat mendalam untuk melihat kekasihnya. "Haaah?! Dia jadi Pondan?..Huawahuwahuwa.." Gelak sakan Diana. Tapi dalam hatinya "Wah, tak sangka Daniel ni seorang yang berani. pegang watak bukan seratus peratusnya lelaki. Memang jadilah watak dia". Kagum dan bangga Diana mempunyai kekasih hati yang pandai berlakon. Daniel jalan melenggang lenggok seakan-akan seorang perempuan untuk menjayakan wataknya. Dan ternyata berhasil apabila menerima tepukan gemuruh daripada para penonton. Bagi Diana, malam itu merupakan malam yang terindah buatnya dan teryata Daniel sangat menghargainya sebagai seorang kekasih. 



Keputusan semester satu.
Diana amat kecewa apabila keputusan peperiksaan semester pertama hanya mendapat 2.96. Bukan disebabkan percintaan Diana dan Daniel. Tetapi apabila Diana di tempat baru, Diana mempunyai masalah iaitu sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, bagaimana cara untuk belajar dengan cara yang betul kerana cara belajar sebagai pelajar U dan pelajar sekolah adalah berlainan baginya. Dia tidak menyesal dengan keputusan yang diperolehinya. Diana bertekad dengan dirinya untuk memperbaiki keputusan untuk semester depan. Dia akan tunjukkan kepada keluarganya dan kawan-kawannya, dengan bercinta, Diana juga boleh berjaya seperti orang lain. Bercinta bukan penghalang kepada dirinya untuk berjaya. 

(bersambung..)


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

No comments:

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved