Monday, November 5, 2012

:Kisah Diana & Dia --> Chapter 3

Bermulalah kisah Diana & Daniel sebagai sepasang kekasih.. 
Diana menerima message dari Daniel. Daniel menyatakan hasratnya untuk berkawan dengan Diana dengan lebih rapat. Diana berbisik dalam hati "Sah! Daniel dah buang tebiat. Tetiba je nak berkawan balik. Apehal mamat nie?". Diana pun melayan Daniel. Dalam masa yang sama, Diana juga berkawan dengan Darren. 

Makin lama makin rapat Diana dan Daniel sejak kejadian Diana bertemu dengan Darren. Diana yakin Darren mesti ada menceritakan sesuatu pasalnya kepada Daniel sebab mana mungkin Daniel ingin berkawan dengannya semula. "Daniel kan sombong bagai. Konon budget HOT!". Getus dalam hatinya.


Diana mula keliru dan buntu..

Diana mula keliru apabila Daniel mengajaknya untuk menjadi "teman rapat". Dalam masa yang sama Darren juga ada menyatakan hasratnya untuk menjadikan Diana sebagai "teman rapat". Dia keliru untuk membuat pilihan samada mahu menerima Daniel atau Darren. Makin buntu dibuatnya. "Argghhhh! Tensen aku. Daniel atau Darren?. Darren sangat baik bagi aku. Dia tak merokok. Tapi Daniel merokok. Daniel pula walaupun merokok, tapi dia yang aku kejarkan sekarang nie.". Diana harus membuat pilihan dengan tepat. Bagi Diana, Daniel agak memaksa. Daniel hanya memberi masa semalaman sahaja samada mahu menerimanya atau tidak. "Aku tidak ada masa lagi untuk membuat pilihan. Ni je peluang aku untuk bersama dengan Daniel. Argghhh! Terima jela dia. Bukan susah pun. Tak suka nanti aku buang jela dia". Diana akhirnya menerima Daniel sebagai "teman rapat"nya tanpa memikirkan Darren.

Diana sekarang sudah mempunyai "teman rapat" yang diinginkan selama ini. Diana sangat bangga dan gembira dengan kebolehan dirinya untuk membuatkan Daniel jatuh hati padanya. Dalam masa yang sama Diana berjaya menyahut cabaran sahabatnya, Zura. "Ha! terbukti kebolehan aku sekarang. Kan Daniel dah jatuh sayang kat aku. Budget HOT konon. Tapi akhirnya jatuh juga ke tangan aku. haha". Diana dan Daniel mula berkasih sayang. Mereka hanya message dan call sahaja tanpa bertemu. Akhirnya, Daniel menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Diana setelah seminggu mereka mempunyai hubungan "teman rapat". Diana agak takut untuk bertemu dengan Daniel kerana ini merupakan pertama kali dia keluar berdua dengan seorang lelaki. Tetapi dengan hati yang berbunga-bunga, Diana menerima pelawaan Daniel untuk bertemu di food court.


Pertemuan buat pertama kalinya..
Diana bersiap-siap untuk bertemu dengan Daniel. Memandangkan sudah malam, Diana tidak berhias sakan untuk bertemu dengan Daniel. Diana hanya memakai T-shirt dan berseluar track saja. Diana menuju ke food court. Diana menuruni anak tangga ke food court. Langkahnya terhenti di anak tangga menuju ke food court. "Huh! Takutnya aku nak jumpa dia. Manelah dia ni. Aku tak nampak pun batang hidung mamat nie. Dia datang ke tak nie?" Diana mula gelisah takut-takut mamat ni tidak datang dan menipunya. Diana menyeluk poketnya untuk mengambil "handphone" dan menghantar message. "Datang ke tak Daniel?". Messagenya tidak berbalas. Diana melilaukan matanya ke arah keliling food court manalah tau Daniel sudah ada di situ. Akhirnya, deruman enjin motorsikal hinggap di telinga Diana. Diana memanjangkan lehernya untuk melihat siapakah geranganya yang menunggang motorsikal tersebut. "Urmm.. Daniel dah sampailah. Malulah aku nak jumpa dengan dia". Diana dengan segagah-gagahnya menuruni anak tangga untuk bertemu dengan Daniel. Daniel mengajak Diana duduk di sebuah meja di food court. Bermulalah detik pertemuan pertama Diana dengan Daniel. " Happynya aku hari ini! Daniel tu sweet jugak kan.. yeahhhh!"

(bersambung..)


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

No comments:

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved