Monday, November 5, 2012

:Kisah Diana & Dia --> Chapter 2

Bermulalah kisah untuk menawan hati lelaki tersebut...
Diana dengan semangat menerima nombor telefon lelaki tersebut yang dikenali sebagai Daniel. Diana memulakan langkah dengan menghantar message kepada Daniel. Daniel pada ketika itu sangat sombong. Katanya orang yang tidak dikenali tidak akan dilayan. Diana agak marah ketika itu dengan lagak Daniel yang agak sombong. "okey, fine! Dia ingat dia tu budget HOT la sangat. Aku akan buktikan dia akan jatuh ke tangan aku". 

Semasa menuju ke kelas, Diana menuruni anak tangga yang agak curam untuk sampai ke kelas. Dalam perjalanan ke kelas Diana berselisih dengan Daniel. Daniel tidak tau siapa Diana ketika itu. Diana menghantar message kepada Daniel apabila Diana ternampak Daniel. Message yang telah dihantar "Hai, bawa beg berat nampak =P". Diana nampak Daniel sedang membaca message yang dihantar olehnya. Setelah membaca message tersebut, Daniel melilarkan matanya untuk melihat siapakah Diana. Tetapi Diana pantas menyorokkan "handphone"nya supaya Daniel tidak syak. "Haha, padan muka ko kan tak tau lagi siapa aku". Tapi malangnya Daniel langsung tidak membalas messagenya. "Bengangnya aku!".

Hari demi hari Diana tidak jemu mengacau Daniel dengan menghantar message. Daniel ada jugak membalas messagenya. Tapi apa yang Daniel balas hanya memaksa Diana memperkenalkan dirinya kepada Daniel. Diana tidak mahu mengalah. Diana tetap membuat Daniel dengan penuh tanda tanya. Pada suatu malam, Diana menerima satu nombor pelik. Diana mula syak bahawa itu adalah nombor kawan Daniel. "Eleh, ko ingat aku tak tau yang ko dah pass nombor aku kat kawan ko". Diana dengan pantas melayan aje nombor tersebut. Lama kelamaan Diana makin rapat dengan kawan Daniel yang dikenali sebagai Darren. Darren ni bagi Diana seorang yang agak caring, ambil berat berbanding dengan Daniel. Diana juga ada menanyakan kawan-kawannya bahawa mereka nie kenal tak dengan Darren. Tapi ramai yang tidak mengenali Darren. Diana semakin hari semakin rapat dengan Darren sehingga Darren telah menggelarnya "Unik" dan Diana pun menggelarkan Darren "Klasik"

Suatu hari Diana telah mengajak Darren untuk berjumpa. Darren pun telah bersetuju untuk berjumpa dengannya. Malamnya, Diana telah ditemani Zura untuk bertemu dengan Darren di sebuah anak tangga menuju ke food court. Bertemula Diana dengan Darren. Diana dan Darren hanya berbual-bual kosong. Pada ketika itu Diana perasan yang Darren telah membawa Daniel. Daniel hanya duduk di atas motor. Diana yakin Daniel tidak boleh nampak mukanya memandangkan di kawasan tersebut agak gelap. Selepas sahaja mereka bertemu, Diana pulang ke bilik. Diana telah menerima message dari Daniel. "Eh, apa pulak mamat nie tetiba je message aku. Buang tebiat agaknya!.Ingatkan tak sudi langsung nak berkawan dengan aku"

Bermulalah kisah Diana & Daniel sebagai seorang kekasih.. 
(bersambung..)

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

No comments:

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved