Monday, November 5, 2012

:Kisah Diana & Dia --> Chapter 1

Diana diterima masuk ke sebuah universiti awam di sebuah negeri yang dikenali sebagai "Cik Siti Wan Kembang" dalam jurusan Pengurusan Perniagaan. Pada mulanya Diana enggan masuk ke situ kerana memikirkan dia akan berada jauh daripada keluarganya. Tetapi apabila memikirkan masa depannya, Diana gagahkan diri untuk belajar di situ selama tiga tahun lamanya. Apabila memikirkan tiga tahun tu merupakan tempoh yang agak lama, Diana telah memasang hajat untuk memohon tukar cawangan universitinya. 

Semester satu pun bermula.
 Diana berasa amat kekok untuk tinggal sebilik dengan teman-teman barunya kerana sebelum dia diterima masuk ke sini, Diana tidak pernah sekali pun berjauhan dengan keluarganya. Diana tetap gagahkan diri demi merialisasikan impiannya untuk menebus balik kekalahannya di dalam peperiksaan SPM. Diana bertekad apabila sahaja dia masuk ke sini, dia akan belajar bersungguh-sungguh dan menunjukkan kepada emak dan abahnya bahawa dia juga boleh berjaya seperti teman-teman sekolahnaya.

Minggu orientasi bermula. 
Agak mencabar baginya kerana dia perlu bangun awal pagi demi memenuhi tuntutan kakak-kakak dan abang-abang fasi selama seminggu. Semasa di rumah dahulu, tidak pernah sekali pun Diana bangun seawal 5.30 pagi. Tapi dengan adanya minggu orientasi ini, Diana perlu bangun seawal itu. Bagi Diana, minggu orientasi tersebut agak bermakna baginya kerana dari situ dia dapat belajar hidup berdikari tanpa emak dan abah, dapat bergaul dengan ramai kawan dan dapat mengenali dengan lebih dekat tentang universitinya. Diana serta teman-teman barunya diajar bagaimana untuk bekerjasama dalam kumpulan, bercakap dikhalayak ramai serta dapat mengasah vokal menyanyikan lagu tema universiti. 

Minggu orientasi telah tamat. 
Bermula kisah Diana sebagai seorang siswi.
Sebelum Diana menjejakkan kaki di universiti ini, dia pernah berbisik dalam hatinya untuk mencari seorang lelaki sebagai "teman rapat". Yela, sape tak nak "teman rapat" dari kalangan pelajar U kan. Semasa orientasi lagi dia telah pun mencuci mata dengan melihat rakan-rakan orientasi yang bernama sang lelaki. Diana agak pemalu juga. Dia hanya melihat dan memuji ke'henseman' lelaki-lelaki yang dijumpainya semasa orientasi. Diana telah menyuarakan hasratnya dengan teman sebiliknya untuk mencarikan dia seorang lelaki. Salah seorang teman biliknya, Zura telah menceritakan tentang seorang lelaki ini. Zura telah memberikan Diana nombor telefon lelaki tersebut. Kata Zura, lelaki tersebut sangat lawak. Tapi tak da la 'hensem' mana.  Zura telah mencabar Diana untuk memikat lelaki ini. Diana berkata kepada Zura "Jika aku dapat budak lelaki ini, aku kira menang, k". Diana menyahut cabaran Zura. 

Bermulalah kisah untuk menawan hati lelaki tersebut... (bersambung..)

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

No comments:

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved