Wednesday, November 21, 2012

: Hentikan Kekejaman Ini Wahai T.R.Z ! :



Sejak 14 November 2012 sehingga saat ini, kekejaman terhadap Gaza terus menerus dilakukan sehingga mengorbankan banyak nyawa. Mereka (Tentera Rejim Zionis) tidak berperikemanusian. Mereka mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib penduduk di Gaza. Ibu kehilangan anaknya, anak kehilangan ibu dan bapanya, adik yang kehilangan abang dan akaknya. Akak kehilangan adik-adiknya. 




Mereka tidak fikir ke mereka juga mempunyai keluarga? Cuba bayangkan mereka berada di tempat mereka, kehilangan ahli keluarganya dalam keadaan terpaksa merelakan kematian hanya sekelip mata. Mereka pasti marah kan? Mereka pasti ingin membalas dendam atas kematian keluarga mareka kan?Bayangkan, mati akibat di bom, ditembak sesuka hati dan tanpa rasa simpati. Mereka pasti marah kalau ahli keluarga mereka di bom, ditembak begitu bukan?  

Sebab apa kekejaman ini berlaku. Atas sebab mereka ingin melindungi diri. Tapi pernah tak berfikir atau tersentuh hati bila melihat kesan daripada kekejaman mereka terhadap Gaza. Apa yang berlaku? Banyak pertumpahan darah, banyak kanak-kanak yang trauma akibat dari kekejaman ni. Mereka tidak terfikir ke, takde otak ke, yang penduduk Gaza juga mahukan dirinya dilindungi. Alasan kekejaman tak masuk akal, tidak relevan, tidak berperikemanusiaan, pentingkan diri sendiri. Aku memang tak puas hati betul dengan tindakan tentera zionis ni. Aku tahu la diorang ni ada senjata yang hebat dan tidak dapat ditandingi. Tapi mereka ada hati dan perasaan bukan ?. Boleh tak gunakan hati mereka dan perasaan yang mereka ada ni untuk hentikan kekejaman yang telah mereka buat ke atas penduduk Gaza. Tolonglah hentikan kekejaman ini terhadap penduduk Gaza yang tidak berdosa ini. 

Bagi membantah pergolakan yang berlaku sekarang. Aku kenalah merelakan hati ini untuk menghentikan pembelian burger-burger dari McDonald. Wahh! meraung aku. Tapi aku tekad jua untuk melepaskan makanan kegemaranku ni untuk melindungi orang-orang Islam yang tidak berdosa ini.


Lagi satu aku ingin berpesan kepada semua terutamanya umat Islam bagi mendoakan kesejahteraan dan perlindungan terhadap penduduk Gaza. Mereka tidak berdosa dan teraniaya. Setiap kali solat aku akan berdoa supaya Allah SWT menurunkan bencana terhadap orang-orang Israel ni. Kekejaman mereka ni harus dibalas dengan bencana dan mala petaka dari Allah SWT.


Korang perlu tahu sesuatu pasal Tentera Rejim Zionis ni. 

Korang tahu tak bagi tentera Zionis yang berjaya mengorbankan banyak nyawa. Mereka akan dinaikkan pangkat. Apa pendapat korang pasal ni? KEJAM bukan ! TAKDE PERIKEMANUSIAAN bukan !


Marilah sama-sama kita elakkan dari membeli barang-barang dari Israel untuk membantah setiap apa yang mereka lakukan sekarang !

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

No comments:

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved