Wednesday, November 21, 2012

: Hentikan Kekejaman Ini Wahai T.R.Z ! :



Sejak 14 November 2012 sehingga saat ini, kekejaman terhadap Gaza terus menerus dilakukan sehingga mengorbankan banyak nyawa. Mereka (Tentera Rejim Zionis) tidak berperikemanusian. Mereka mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib penduduk di Gaza. Ibu kehilangan anaknya, anak kehilangan ibu dan bapanya, adik yang kehilangan abang dan akaknya. Akak kehilangan adik-adiknya. 




Mereka tidak fikir ke mereka juga mempunyai keluarga? Cuba bayangkan mereka berada di tempat mereka, kehilangan ahli keluarganya dalam keadaan terpaksa merelakan kematian hanya sekelip mata. Mereka pasti marah kan? Mereka pasti ingin membalas dendam atas kematian keluarga mareka kan?Bayangkan, mati akibat di bom, ditembak sesuka hati dan tanpa rasa simpati. Mereka pasti marah kalau ahli keluarga mereka di bom, ditembak begitu bukan?  

Sebab apa kekejaman ini berlaku. Atas sebab mereka ingin melindungi diri. Tapi pernah tak berfikir atau tersentuh hati bila melihat kesan daripada kekejaman mereka terhadap Gaza. Apa yang berlaku? Banyak pertumpahan darah, banyak kanak-kanak yang trauma akibat dari kekejaman ni. Mereka tidak terfikir ke, takde otak ke, yang penduduk Gaza juga mahukan dirinya dilindungi. Alasan kekejaman tak masuk akal, tidak relevan, tidak berperikemanusiaan, pentingkan diri sendiri. Aku memang tak puas hati betul dengan tindakan tentera zionis ni. Aku tahu la diorang ni ada senjata yang hebat dan tidak dapat ditandingi. Tapi mereka ada hati dan perasaan bukan ?. Boleh tak gunakan hati mereka dan perasaan yang mereka ada ni untuk hentikan kekejaman yang telah mereka buat ke atas penduduk Gaza. Tolonglah hentikan kekejaman ini terhadap penduduk Gaza yang tidak berdosa ini. 

Bagi membantah pergolakan yang berlaku sekarang. Aku kenalah merelakan hati ini untuk menghentikan pembelian burger-burger dari McDonald. Wahh! meraung aku. Tapi aku tekad jua untuk melepaskan makanan kegemaranku ni untuk melindungi orang-orang Islam yang tidak berdosa ini.


Lagi satu aku ingin berpesan kepada semua terutamanya umat Islam bagi mendoakan kesejahteraan dan perlindungan terhadap penduduk Gaza. Mereka tidak berdosa dan teraniaya. Setiap kali solat aku akan berdoa supaya Allah SWT menurunkan bencana terhadap orang-orang Israel ni. Kekejaman mereka ni harus dibalas dengan bencana dan mala petaka dari Allah SWT.


Korang perlu tahu sesuatu pasal Tentera Rejim Zionis ni. 

Korang tahu tak bagi tentera Zionis yang berjaya mengorbankan banyak nyawa. Mereka akan dinaikkan pangkat. Apa pendapat korang pasal ni? KEJAM bukan ! TAKDE PERIKEMANUSIAAN bukan !


Marilah sama-sama kita elakkan dari membeli barang-barang dari Israel untuk membantah setiap apa yang mereka lakukan sekarang !

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Wednesday, November 7, 2012

:Kisah Diana & Dia --> Chapter 5


Semester dua bermula.
Diana amat merindui kekasihnya setelah sebulan tidak berjumpa kerana cuti semester. "Rindunya aku pada kamu, Daniel". Semester dua sudah pun bermula. Percintaan Diana dengan Daniel berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. Yelah, orang bercinta mula-mula memanglah indah-indah belaka. 
Diana menunggu Daniel di tempat biasa. "Mana Daniel ni?Penat aku turun tangga yang berbelas-belas anak tangga ni tapi tak turun-turun juga. Aku kangan sama kamu Daniel". Bisiknya di dalam hati sambil menunggu Daniel. 
Sesudah lama bercuti, ini merupakan kali pertama dia bejumpa dengan Daniel setelah sebulan bercuti. "Awak, rindulah kat awak. Awak rindu saya tak?" Soalan mengada-ngada Diana tujukan kepada Daniel. Daniel membalas soalan Diana. "Mestilah saya rindu sama awak. Kalau tak rindu tu bukan Daniel la. Hehe." 
Cinta mereka makin lama makin meruntun jiwa. Diana bahagia disamping Daniel. Begitu juga Daniel bahagia disamping Diana. 

Sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Cendekia.
Diana dan Daniel bertemu di tasik dan jalan beriringan menuju  ke Dataran Cendekia. "Awak, awak ingat tak hari ini hari apa?". Kata Diana kepada Daniel. "Mestilah ingat, hari ini hari ulangtahun percintaan kita yang pertama kan?". Daniel membalas dengan senyuman di bibir. "Ingat pun awak kan. Ingatkan dah tak ingat hari ini hari apa kan. Mujo awak ingat. Kalau tak saya merajuk nanti. Susah awak nak pujuk tau". Daniel bebisik ke telinga Diana "Happy anniversary yang pertama, Diana". Diana dengan senyum meleret membalas "Happy aniversary yang pertama Daniel". Bebunga-bunga hati kedua-dua pasangan dua sejoli. Percintaan mereka disambut oleh sinaran dan dentuman bunga api pelbagai yang dilepaskan diangkasa.
Setiap kali hari kemerdekaan, 31 Ogos. Mereka juga turut meraikannya bersama-sama hari ulangtahun percintaan mereka.  

Semakin lama percintaan mereka, mereka telah dihimpit badai dan taufan. 

Diana sangat suka berkawan dengan lelaki. Diana bukan berniat untuk jadikan kawan lelakinya sebagai yang teristimewa kerana Diana sedar dia sudah ada Daniel. Tetapi Diana tersilap langkah. Diana rancak berkawan dan berhubungan dengan kawan lelakinya itu yang dikenali sebagai Zikri. Diana dan Zikri selalu berbalas message. Diana agak nakal ketika itu. Diana semakin hari semakin rapat dengan Zikri. Tetapi, malangnya Zikri hanya menganggap hubungan mereka sebagai seorang sahabat sahaja. Diana putus harapan apabila rupanya hubungan baik yang tercipta antara Zikri dan Diana adalah dusta semata-mata. Diana akui Diana tersilap langkah dan bersalah dengan Daniel kerana dia berkawan dengan Zikri tanpa pengetahuan Daniel.
Akhirnya, cerita antara Diana dan Zikri sampai ke Daniel.
Bip! Bip! Message masuk ke dalam inbox Diana.

Daniel  :    "Diana, petang ni kita jumpa kat tasik". 

Diana   :    "Baiklah, tapi hal apa Daniel?"
Daniel  :    "Datang je kat tasik pukul 4.30 petang nie. Jumpa nanti"

Diana tidak sedap hati apabila menerima message dari Daniel mengatakan dia mahu berjumpa dengannya. "Kenapa dengan Daniel?. Takde ribut, Takde taufan hantar message macam tu".


Mereka berdua bertemu di tasik.

Diana tidak berani memulakan bicara kerana muka Daniel agak masam dan ketat ketika tu. Daniel memulakan bicara.

Daniel :   "Saya dah dengar macam-macam pasal awak dan budak lelaki kelas awak. Betul ke apa yang saya dengar dari diorang?"

Diana  :   "Daniel, awak dengar pasal apa tentang saya?"
Daniel :   " Saya dengar budak lelaki kelas awak tu bagitahu kawan saya yang awak berdua ada pape. Betul ke?"
Diana menafikan apa yang ditanyakan oleh Daniel.
Diana  :   "Kitorang kawan biasa je Daniel, takde apa-apa pun antara kitorang"
Daniel :   "Kalau bukan. Kenapa kawan lelaki awak tu cerita macam-macam kat kawan saya pasal awak dan dia?"


Diana sedih apabila Daniel meninggikan suara dan dalam masa yang sama muka dia sangat kecewa. Diana akui dia salah sebab berkawan dengan lelaki lain sedangkan dia sudah mempunyai kekasih. Apa yang diceritakan kawan Daniel kepada Daniel sangat memberi tekanan kepada Diana ketika itu. Diana yakin cerita yang disampaikan kepada Daniel seratus peratus berlainan daripada apa yang berlaku sebenarnya. "Siapalah yang sanggup buat-buat cerita pasal aku. Apa dosa  aku pada diorang ahh? Nak fitnah aku sampai macam ni sekali."


Daniel amat kecewa sekali menerima perkhabaran itu daripada sahabatnya. Diana mula menitiskan air matanya. Diana takut sekali jika Daniel berkira-kira untuk meninggalkannya disebabkan cerita bukan-bukan itu. Diana menangis di depan Daniel dan akui cerita yang didengar Daniel salah seperti apa yang berlaku. Daniel mempercayai Diana. Diana nampak Daniel berbelah bagi untuk mempercayainya atau tidak. "Kalau betul cerita awak Diana, boleh tak awak berjanji dengan saya. Tolong jangan rapat lagi dengan kawan lelaki awak tu. Saya sayang sangat kat awak Diana. Tolonglah berjanji dengan saya". Air mata Diana berjujuran membasahi pipi. Dengn suara sedu sedan "Saya berjanji dengan awak Daniel. Saya tidak akan mengulangi perbuatan saya ni". Diana nampak Daniel juga menitiskan air mata kekecewaan. Selepas kejadian itu, mereka berdua berbaik semula.



Diana akui percintaan di antara mereka tidak selalu indah. Kadangkala ada yang berbuat cerita mengenai Diana mahupun Daniel. Diana tidak tahu kenapa ada yang sanggup meruntuhkan percintaan mereka yang telah terbina. Ada sahaja cerita yang sampai ke telinga Daniel mengenainya. Diana tetap kuatkan semangat untuk meneruskan pelajarannya dan percintaannya dengan Daniel. 

Diana menerima keputusan yang cemerlang untuk semester akhirnya. Dia amat berbangga dengan keputusannya iaitu memperoleh keputusan 3.67 dan sekaligus mendapat keputusan 3.44 untuk keputusan keseluruhannya. Walaupun Diana tidak berjaya mendapat keputusan keseluruhannya atas 3.50 tetapi dia amat berbangga dengan potensi dirnya sehingga mendapat anugerah dekan sebanyak tiga kali. Walaupun dia belajar sambil bercinta dengan Daniel. Diana tidak lupa tanggungjawab dia sebagai seorang pelajar dan sebagai seorang anak kepada emak dan abahnya. Diana sangat berterima kasih kepada Daniel kerana sepanjang dia berada di universiti tersebut, Daniel banyak membantu dan memberi tunjuk ajar di dalam pelajaran dan selalu memotivasikan diri Diana. Begitu juga Diana, Diana akan membuat perkara yang sama kepada Daniel. Mereka saling bantu membantu di dalam pelajaran sehingga kedua-duanya memperoleh keputusan yang baik di dalam peperiksaan.


Berakhirlah kisah mereka di universiti ini sebagai pelajar diploma.

Diana amat sedih kerana selepas ini dia akan meninggalkan Daniel. Diana akan pulang ke kampungnya sebelum menunggu panggilan sambung belajar ke peringkat ijazah. Diana amat sedih kerana Daniel akan berada jauh darinya. Diana akui bukan senang untuk berjumpa Daniel selepas ini. Dengan adanya telefon, mereka dapat menghubungi antara satu sama lain. 



(bersambung..)



: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Tuesday, November 6, 2012

:Kisah Diana & Dia --> Chapter 4

"Happynya aku hari ini! Daniel tu sweet jugak kan.. yeahhhh!"


Selepas Diana bertemu dengan Daniel buat pertama kalinya. Hubungan mereka semakin rapat hari demi hari. Mereka saling bertemu di food court, tasik dan berjalan-jalan keliling U. Di situlah cinta mereka saling putik-memutik, saling sayang-menyayangi, saling cinta-mencintai sehingga kawan-kawan Diana dan Daniel mengenali mereka berdua.
Persembahan pelajar semester 1.



Selepas usai sahaja solat maghrib, Diana ditemani teman sebilik menuju ke Dataran Cendekia. Mereka menuruni anak tangga untuk menuju ke Dataran tersebut. Malam ni akan diadakan persembahan bagi pelajar semester satu mengikut kursus. Diana  bersemangat sekali untuk menghadirinya kerana Daniel turut terlibat dengan persembahan tersebut untuk kursusnya. Sesudah sampai Diana dan rakan sebiliknya di Dataran Cendekia, Diana melilaukan matanya untuk mencari Daniel. "Mana si Daniel ni?" Diana mencapai telefon bimbitnya. 

Diana     :  "Di mana awak Daniel?. Tak nampak pun awak?". 
Daniel  : "Ada-ada. Tengah mekup dan bersiap-siap ni". Awak di mana    Diana?"
Diana     :  "Saya ada kat tangga ni. Saya nampak awak. Awak datanglah sini".
Daniel    :  "Baiklah. Saya datang sana. Tunggu. =)"

Mereka berdua pun bertemu. Diana kagum melihat Daniel. "Betul ke dia nak berlakon ni?. Macam tak percaya je Daniel ni. Haha." Gelak Diana di dalam hati". 

Satu demi satu persembahan menunjukkan kebolehan dan kemampuan masing-masing. Diana tertarik dengan satu persembahan dari kursus Perakaunan. Persembahan mereka diselitkan dengan Lagu Megat Nordin. Itu merupakan lagu pertama dalam versi kelantan yang didengari oleh Diana. 

Baru tengok ambo raso bekene,

Ore jangok serto come,


Ore sedap kelih amboi kulit putih,
Lemoh lembut gayo baik budi bahaso,
Sari tok kelih aii nok duduk toklih,
Ati dale dado toktau nok kato..

Tapi ambo bimbe takutnyo laye,
Mugo balik kawe serbo serbi kure,
Demo ore come serto sedap kelih,
Ramai ore bekene buleh tehe nok pilih..

Baru tengok hati bekene...

Duk nati-nati, nati nok tengok,
Puah bediri ambo duduk congok,
Duk tunggu-tunggu, tunggu nok kelih,
Dipasar minggu di wokaf che yeh...

Bo moleknyo lalu nok tegur raso malu,
Nok sebut tok keno mugo tak tahu namo,
Bimbe takutnyo maroh ke buleh pekdoh,
Ambo hile gamok dio tengok ambo tengok...

Napok-napok tu ado gayo
Ambo senyum gak dio suko,
Nyo mari brani gak sreto metro
Ado giye doh balik ambo...

Baru tengok hati bekene...

Chorus..

Ambo cubo nok masuk dekat,
Kalu buleh ambo nok tanyo,
Kalu sudi tolonglah jawab,
Adik manis siapo namonyo...

Baru tengok hati bekene.....


Diana mendengar setiap bait lirik lagu tersebut. "Satu hape pun aku tak paham! Ape orang nie nyanyi ha?"Belum sempat Diana memahami setiap bait lirik lagu "Ambo Raso Berkene", Diana menerima panggilan dari Daniel. Daniel telah menyanyikan lagu tersebut melalui corong telefon. Daniel telah memberikan lagu tersebut buat Diana. "Terima kasih Daniel". Hati Diana berbunga-bunga setelah menerima panggilan dari Daniel. " Daniel ni sangat romantik lah".

Tibalah giliran Daniel berlakon bersama-sama teman sekursusnya. 

   "Selepas ni Daniel akan berlakon. Macam tak percaya je kan kekasih aku nak berlakon. Tak sabarnya nak tengok dia". Diana memberi fokus yang amat mendalam untuk melihat kekasihnya. "Haaah?! Dia jadi Pondan?..Huawahuwahuwa.." Gelak sakan Diana. Tapi dalam hatinya "Wah, tak sangka Daniel ni seorang yang berani. pegang watak bukan seratus peratusnya lelaki. Memang jadilah watak dia". Kagum dan bangga Diana mempunyai kekasih hati yang pandai berlakon. Daniel jalan melenggang lenggok seakan-akan seorang perempuan untuk menjayakan wataknya. Dan ternyata berhasil apabila menerima tepukan gemuruh daripada para penonton. Bagi Diana, malam itu merupakan malam yang terindah buatnya dan teryata Daniel sangat menghargainya sebagai seorang kekasih. 



Keputusan semester satu.
Diana amat kecewa apabila keputusan peperiksaan semester pertama hanya mendapat 2.96. Bukan disebabkan percintaan Diana dan Daniel. Tetapi apabila Diana di tempat baru, Diana mempunyai masalah iaitu sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, bagaimana cara untuk belajar dengan cara yang betul kerana cara belajar sebagai pelajar U dan pelajar sekolah adalah berlainan baginya. Dia tidak menyesal dengan keputusan yang diperolehinya. Diana bertekad dengan dirinya untuk memperbaiki keputusan untuk semester depan. Dia akan tunjukkan kepada keluarganya dan kawan-kawannya, dengan bercinta, Diana juga boleh berjaya seperti orang lain. Bercinta bukan penghalang kepada dirinya untuk berjaya. 

(bersambung..)


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Monday, November 5, 2012

:Kisah Diana & Dia --> Chapter 3

Bermulalah kisah Diana & Daniel sebagai sepasang kekasih.. 
Diana menerima message dari Daniel. Daniel menyatakan hasratnya untuk berkawan dengan Diana dengan lebih rapat. Diana berbisik dalam hati "Sah! Daniel dah buang tebiat. Tetiba je nak berkawan balik. Apehal mamat nie?". Diana pun melayan Daniel. Dalam masa yang sama, Diana juga berkawan dengan Darren. 

Makin lama makin rapat Diana dan Daniel sejak kejadian Diana bertemu dengan Darren. Diana yakin Darren mesti ada menceritakan sesuatu pasalnya kepada Daniel sebab mana mungkin Daniel ingin berkawan dengannya semula. "Daniel kan sombong bagai. Konon budget HOT!". Getus dalam hatinya.


Diana mula keliru dan buntu..

Diana mula keliru apabila Daniel mengajaknya untuk menjadi "teman rapat". Dalam masa yang sama Darren juga ada menyatakan hasratnya untuk menjadikan Diana sebagai "teman rapat". Dia keliru untuk membuat pilihan samada mahu menerima Daniel atau Darren. Makin buntu dibuatnya. "Argghhhh! Tensen aku. Daniel atau Darren?. Darren sangat baik bagi aku. Dia tak merokok. Tapi Daniel merokok. Daniel pula walaupun merokok, tapi dia yang aku kejarkan sekarang nie.". Diana harus membuat pilihan dengan tepat. Bagi Diana, Daniel agak memaksa. Daniel hanya memberi masa semalaman sahaja samada mahu menerimanya atau tidak. "Aku tidak ada masa lagi untuk membuat pilihan. Ni je peluang aku untuk bersama dengan Daniel. Argghhh! Terima jela dia. Bukan susah pun. Tak suka nanti aku buang jela dia". Diana akhirnya menerima Daniel sebagai "teman rapat"nya tanpa memikirkan Darren.

Diana sekarang sudah mempunyai "teman rapat" yang diinginkan selama ini. Diana sangat bangga dan gembira dengan kebolehan dirinya untuk membuatkan Daniel jatuh hati padanya. Dalam masa yang sama Diana berjaya menyahut cabaran sahabatnya, Zura. "Ha! terbukti kebolehan aku sekarang. Kan Daniel dah jatuh sayang kat aku. Budget HOT konon. Tapi akhirnya jatuh juga ke tangan aku. haha". Diana dan Daniel mula berkasih sayang. Mereka hanya message dan call sahaja tanpa bertemu. Akhirnya, Daniel menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Diana setelah seminggu mereka mempunyai hubungan "teman rapat". Diana agak takut untuk bertemu dengan Daniel kerana ini merupakan pertama kali dia keluar berdua dengan seorang lelaki. Tetapi dengan hati yang berbunga-bunga, Diana menerima pelawaan Daniel untuk bertemu di food court.


Pertemuan buat pertama kalinya..
Diana bersiap-siap untuk bertemu dengan Daniel. Memandangkan sudah malam, Diana tidak berhias sakan untuk bertemu dengan Daniel. Diana hanya memakai T-shirt dan berseluar track saja. Diana menuju ke food court. Diana menuruni anak tangga ke food court. Langkahnya terhenti di anak tangga menuju ke food court. "Huh! Takutnya aku nak jumpa dia. Manelah dia ni. Aku tak nampak pun batang hidung mamat nie. Dia datang ke tak nie?" Diana mula gelisah takut-takut mamat ni tidak datang dan menipunya. Diana menyeluk poketnya untuk mengambil "handphone" dan menghantar message. "Datang ke tak Daniel?". Messagenya tidak berbalas. Diana melilaukan matanya ke arah keliling food court manalah tau Daniel sudah ada di situ. Akhirnya, deruman enjin motorsikal hinggap di telinga Diana. Diana memanjangkan lehernya untuk melihat siapakah geranganya yang menunggang motorsikal tersebut. "Urmm.. Daniel dah sampailah. Malulah aku nak jumpa dengan dia". Diana dengan segagah-gagahnya menuruni anak tangga untuk bertemu dengan Daniel. Daniel mengajak Diana duduk di sebuah meja di food court. Bermulalah detik pertemuan pertama Diana dengan Daniel. " Happynya aku hari ini! Daniel tu sweet jugak kan.. yeahhhh!"

(bersambung..)


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

:Kisah Diana & Dia --> Chapter 2

Bermulalah kisah untuk menawan hati lelaki tersebut...
Diana dengan semangat menerima nombor telefon lelaki tersebut yang dikenali sebagai Daniel. Diana memulakan langkah dengan menghantar message kepada Daniel. Daniel pada ketika itu sangat sombong. Katanya orang yang tidak dikenali tidak akan dilayan. Diana agak marah ketika itu dengan lagak Daniel yang agak sombong. "okey, fine! Dia ingat dia tu budget HOT la sangat. Aku akan buktikan dia akan jatuh ke tangan aku". 

Semasa menuju ke kelas, Diana menuruni anak tangga yang agak curam untuk sampai ke kelas. Dalam perjalanan ke kelas Diana berselisih dengan Daniel. Daniel tidak tau siapa Diana ketika itu. Diana menghantar message kepada Daniel apabila Diana ternampak Daniel. Message yang telah dihantar "Hai, bawa beg berat nampak =P". Diana nampak Daniel sedang membaca message yang dihantar olehnya. Setelah membaca message tersebut, Daniel melilarkan matanya untuk melihat siapakah Diana. Tetapi Diana pantas menyorokkan "handphone"nya supaya Daniel tidak syak. "Haha, padan muka ko kan tak tau lagi siapa aku". Tapi malangnya Daniel langsung tidak membalas messagenya. "Bengangnya aku!".

Hari demi hari Diana tidak jemu mengacau Daniel dengan menghantar message. Daniel ada jugak membalas messagenya. Tapi apa yang Daniel balas hanya memaksa Diana memperkenalkan dirinya kepada Daniel. Diana tidak mahu mengalah. Diana tetap membuat Daniel dengan penuh tanda tanya. Pada suatu malam, Diana menerima satu nombor pelik. Diana mula syak bahawa itu adalah nombor kawan Daniel. "Eleh, ko ingat aku tak tau yang ko dah pass nombor aku kat kawan ko". Diana dengan pantas melayan aje nombor tersebut. Lama kelamaan Diana makin rapat dengan kawan Daniel yang dikenali sebagai Darren. Darren ni bagi Diana seorang yang agak caring, ambil berat berbanding dengan Daniel. Diana juga ada menanyakan kawan-kawannya bahawa mereka nie kenal tak dengan Darren. Tapi ramai yang tidak mengenali Darren. Diana semakin hari semakin rapat dengan Darren sehingga Darren telah menggelarnya "Unik" dan Diana pun menggelarkan Darren "Klasik"

Suatu hari Diana telah mengajak Darren untuk berjumpa. Darren pun telah bersetuju untuk berjumpa dengannya. Malamnya, Diana telah ditemani Zura untuk bertemu dengan Darren di sebuah anak tangga menuju ke food court. Bertemula Diana dengan Darren. Diana dan Darren hanya berbual-bual kosong. Pada ketika itu Diana perasan yang Darren telah membawa Daniel. Daniel hanya duduk di atas motor. Diana yakin Daniel tidak boleh nampak mukanya memandangkan di kawasan tersebut agak gelap. Selepas sahaja mereka bertemu, Diana pulang ke bilik. Diana telah menerima message dari Daniel. "Eh, apa pulak mamat nie tetiba je message aku. Buang tebiat agaknya!.Ingatkan tak sudi langsung nak berkawan dengan aku"

Bermulalah kisah Diana & Daniel sebagai seorang kekasih.. 
(bersambung..)

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

:Kisah Diana & Dia --> Chapter 1

Diana diterima masuk ke sebuah universiti awam di sebuah negeri yang dikenali sebagai "Cik Siti Wan Kembang" dalam jurusan Pengurusan Perniagaan. Pada mulanya Diana enggan masuk ke situ kerana memikirkan dia akan berada jauh daripada keluarganya. Tetapi apabila memikirkan masa depannya, Diana gagahkan diri untuk belajar di situ selama tiga tahun lamanya. Apabila memikirkan tiga tahun tu merupakan tempoh yang agak lama, Diana telah memasang hajat untuk memohon tukar cawangan universitinya. 

Semester satu pun bermula.
 Diana berasa amat kekok untuk tinggal sebilik dengan teman-teman barunya kerana sebelum dia diterima masuk ke sini, Diana tidak pernah sekali pun berjauhan dengan keluarganya. Diana tetap gagahkan diri demi merialisasikan impiannya untuk menebus balik kekalahannya di dalam peperiksaan SPM. Diana bertekad apabila sahaja dia masuk ke sini, dia akan belajar bersungguh-sungguh dan menunjukkan kepada emak dan abahnya bahawa dia juga boleh berjaya seperti teman-teman sekolahnaya.

Minggu orientasi bermula. 
Agak mencabar baginya kerana dia perlu bangun awal pagi demi memenuhi tuntutan kakak-kakak dan abang-abang fasi selama seminggu. Semasa di rumah dahulu, tidak pernah sekali pun Diana bangun seawal 5.30 pagi. Tapi dengan adanya minggu orientasi ini, Diana perlu bangun seawal itu. Bagi Diana, minggu orientasi tersebut agak bermakna baginya kerana dari situ dia dapat belajar hidup berdikari tanpa emak dan abah, dapat bergaul dengan ramai kawan dan dapat mengenali dengan lebih dekat tentang universitinya. Diana serta teman-teman barunya diajar bagaimana untuk bekerjasama dalam kumpulan, bercakap dikhalayak ramai serta dapat mengasah vokal menyanyikan lagu tema universiti. 

Minggu orientasi telah tamat. 
Bermula kisah Diana sebagai seorang siswi.
Sebelum Diana menjejakkan kaki di universiti ini, dia pernah berbisik dalam hatinya untuk mencari seorang lelaki sebagai "teman rapat". Yela, sape tak nak "teman rapat" dari kalangan pelajar U kan. Semasa orientasi lagi dia telah pun mencuci mata dengan melihat rakan-rakan orientasi yang bernama sang lelaki. Diana agak pemalu juga. Dia hanya melihat dan memuji ke'henseman' lelaki-lelaki yang dijumpainya semasa orientasi. Diana telah menyuarakan hasratnya dengan teman sebiliknya untuk mencarikan dia seorang lelaki. Salah seorang teman biliknya, Zura telah menceritakan tentang seorang lelaki ini. Zura telah memberikan Diana nombor telefon lelaki tersebut. Kata Zura, lelaki tersebut sangat lawak. Tapi tak da la 'hensem' mana.  Zura telah mencabar Diana untuk memikat lelaki ini. Diana berkata kepada Zura "Jika aku dapat budak lelaki ini, aku kira menang, k". Diana menyahut cabaran Zura. 

Bermulalah kisah untuk menawan hati lelaki tersebut... (bersambung..)

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Friday, November 2, 2012

:: Sob Sob ::


Tepat pkol 11.26 pagi.. aku menerima satu bungkusan dari abang ensem dr pos laju.. aku pon menerimanya dan tandatangan la kat tmpat yang dier suoh kan.. aku sedeh sangat bila aku tgk pengirimnya.. dan aku dh jangkakan sesuatu.. aku pon membuka bungkusan tersebut.. ape yang bermain dlm fikiran aku sebelum nie terjadi pada hari ini.. dier memulangkan semula pemberian yang penah aku berikan kepadanya dulu.. mase ktorang masih lagi baik.. tapi sekarang aku faham.. dier ingin memutuskan hubungan silaturrahim yang terbina antara aku dan dier.. bila aku buka bungkusan nie.. luluh hati.. rase nak menangis pon ade.. aku ikhlas bg padanya.. tapi kenapa dier perlu memulangkan semula pemberianku ini.. even kita dh xmacam dulu atas sebab2 tertentu... sampai hati dier memulangkannya.. nie sume dugaan Allah atas ku.. xlayak berkawan dengannya lagi kan.. sebab tu dier pulang balek sume nie.. Semoga Allah melindunginya kemana dier pergi.. dan aku harap dier akan berjaya dengan apa yang dier kejarkan sekarang.. Terima Kasih kerana sudi menjadi temanku.. Allah sahaja yang dapat membalas setiap kebaikan yang dier curahkan padaku..Terima Kasih atas "Tasbih" ini.. ='(

Salam Sayang..

Dari Sahabatmu..
" kita tidak sedar bahawa ada yang sedang mendoakan kita "
: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

:: Dinginnya.. sunyi sepila.. takuttttt ! ::

Jam dah kol 1.07 pagi.. tapi aku masih tak tdo lagi.. mata rase xmengantok pon kan.. pagi nie sungguh dingin.. sunyi sepi rasenya.. satu suara pon xkedengaran.. urm.. buka blog je memang tgk berhabuk sakan.. xpenah nak update citer kan.. dari petang td aku dh tgk blog nie.. mood nak me'renovate' blog nie tinggi sangatkan.. sampai ke malam xhabes2 nak  me'renovate'.. skrg baru berkesempatan tok berciter sakan.. tapi xde la cte menarik pon tok dikongsikan.. juz nak btau.. "SELAMAT PAGI SUME!"  haha..

k la blogger sume... daaaa... ^_________^

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Thursday, April 26, 2012

:: Ya ataupun Tidak ::

Jalan benar atau jalan yang salah...apa yang ingin aku lakukan lagi, keputusan apa yang ingin aku katakan ini adalah jalan yang benar atau pun jalan yang salah..berat untuk aku membuat keputusan ini..tapi mungkin ni jalan terakhir bagi aku untuk membuat keputusan ini dengan mengatakan ya kepada soalan yang diajukan kepadaku..aku takut selepas ini tidak ada peluang lain yang datang kepadaku seperti ini..adakah ini peluang terakhir untuk aku..jika aku tau ini adalah peluang terakhir..memang aku jawab ya..dan begitu juga sebaliknya..kalau aku tau ini bukan peluang terakhir..aku akan jawab tidak...sukar untuk aku membuat keputusan ini..mungkin ini jalan hidupku..yang telah tersurat untuk aku..aku rasa dengan menjawab ya..inilah jalan hidupku...apa yang berlaku selepas ini aku tidak tahu..yang mampu aku luahkan..yang mampu aku utarakan dengan memberi jawapan ini..aku takut untuk menjawab tidak sebab aku takut tiada peluang lain lagi untuk aku...aku tak mahu salahkan siapa-siapa dalam hal ini..suma ini telah tersurat untuk aku..Allah beri jalan hidupku sebegini..akan kuteruskan hidup ini...dugaan demi dugaan harus aku tempuhi sampai aku rasa aku tidak mampu untuk menerima segala dugaan ini..berat untuk aku terimanya..tapi aku tahu Allah menyanyangiku dan ada sebab Dia turunkan dugaan sebegini..Dia turunkan dugaan demi dugaan kepadaku..sebab Dia tahu aku mampu untuk menerima setiap dugaan ini..ini jalan terakhirku...ku pilih untuk menjawab ya..ku harap dengan jawapan yang diberikan ini...ini lah jalan kebahagiaan untukku...ku harap padamu..ku bersujud padaMU..YA Allah..

*Ya Allah...kuatkan hati hambaMu ini..kuatkan imanku ini..Ya Allah*


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Wednesday, March 21, 2012

<> Jalan-jalan..cari makan..cuci mata <>

AHAD (11.03.12) - Itula akibat balik terlalu awal sampai xtau nak wat aktiviti ape..

tengah hari - makan di RESTORAN, then jalan2 bershoping sakan di seksyen 7..niat nak shopping..tapi xmenarik pon tuk beli ape2..jalan memang sampai nak patah lutut..tapi akhirnya beli je jambu 888...ngeh3..

balek jap semayang asar di KOLEJ MAWAR...pastu sambung lagi pegi PKNS...ingat nak shopping..tapi hampeh..satu barang pon xmenarik untuk dibeli..

akhirnya decide nak makan malam..name je makan malam..tapi petang nak senja la kami makan di RESTORAN terapung di SEKSYEN 2..xpenah makan kat ctu kan..akhirnya sampai jugak kat situ..

ingatkan nak la order nasi ayam penyet..tapi memandangkan kengkawan nak makan makanan berhidang...sekali jela join..ngeh2..

detik2 ketika kami bersama.... Zyda, Haida, Fadh dan Bie

Bie & Zyda
Haida & Fadh
Bot penumpang pon ade
aktiviti kayak pon ade
Tomyam campur
Khailan Ikan Masin
Ikan sweet sour
nasi puteh
sirap bandung soda
erkkk...alhamdulillah...kehkeh
abes kering dimakan oleh bie, fadh & haida..
ini pinggan cik zyda..lapooorrr...g niela jadinya..habes licin!



: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Saturday, March 10, 2012

<> menuju mahligai bahagia..yeah! <>

Jeng! Jeng! Jeng!..kasi Gempaq jap..ngeh3.. ^_-


Sabtu (10.03.12) - Pagi2 dah kena bangun awal..huwaarggghh! liatnya nak bangun.. kena juga kuatkan diri bangun..nak jalan jauh kan..mestila kena bangun awal so that sampai tepat pada masanya ke tempat yang nak di tuju .. 

Kami (aku, Haida, Fadh & Nik) bertolak pada pukul 9.35 am menuju ke destinasi dengan menaiki Saga BLM SE berwarna putih bersih lagi suci..(baru basuh ker nik..ngeh3)..Nik sebagai wakil lelaki membawa kami 3 dara yang comey2 belaka..bangga la tuh diapit oleh 3 dara yang cantik jelita..haha..pasan =P..



memang keras la dalam kete selama 2 jam 1/5..akhirnya kami sampai ke tempat yang nak dituju..iaitu Rumah Pengantin..wedding of DPLI..yeah!

kami sampai ke destinasi kira-kira pukul 12.24 pm..sampai2 terus sambar umah pengantin..jumpe jugak dier dalam bilik dia dengan suit warna "pink ketam"..comey tak terkata...tergamam melihat pengantin lebih cantek dari kami ber3..xleh jadi nie..(terima la hakikat wahai zyda, haida & fadh..kamu still cantek..ngeh3..pasan2..poyos!yerkk..hehe)..dah jumpe si pengantin rugila xbergambo..amek jugak la gambo..bukti kepada dak DPLI yang lain kami je yang datang (sbg wakil korang ^_^..guro2 je kawan..=)..





siap sudah makan2 tunggu la pengantin lelaki xmuncul2..akhirnya lagu kompang berkumandang di corong hitam..ape lagi..kami menuju la ke karpet merah..amik lagi gambar..sampai tak tau nak amik gambo ape tah..tunggu lagi..akhirnya si Din sampai..jenuh menunggu ko, Din..hehe...



finally sume dah agak kelesuan & kepenatan..salam ngan si pengantin, salam dengan kakak2 pengantin & salam dengan mak pengantin..kami terus beredar menuju ke kereta..kami bertolak balik ke Shah Alam kira-kira pukul 1.42 pm..


Semoga menuju mahligai bahagia buat pasangan Hani dan suaminya, Dzul..dan melayari bahtera rumahtangga yang bahagia..Aminnnn..



: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Friday, March 9, 2012

<> untuk sape? untuk aku la..jangan jelesss! hehe <>


helo helo...pon pon...tumpang lalu sat...aku nak bagitahu nie..especially kat adik2 kesayangan ku..hehe.

semalam (08.03.12) - abah ade kursus kat Ayer Itam..try guess what he bought for us? huhu...mestila bantal busyuk yang tomey..hehe.. ala2 tupai2 gitu...sudah tentula bukan untuk En Amer & En Affi sebab "dia" nie sesuai untuk gurl2... and sudah tentula bukan untuk Cik Zaty & Cik Miza sebab mereka tidak ada di rumah tyme abah bagi "dia".. hehe..semestinya untuk Cik Zyda la sebab dier je anak pempuan yang de kat umah..yeah! saya punye..saye punya! ngeh3 (gelak jahat)...

Guro jela...sume punya..nak guna-gunala...sayang aku nak cabut plastik dier..takut kotor kan..so bila aku xde kat umah silalah jaga "dia" dengan baik yeah!..okey la sume..chow chin chow..tu je nak pesan kat en2 & cik2 adikkk!! ^_^






: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Thursday, March 8, 2012

<> jalan2 ngan En Bofie yang Gemoxx Gedempol ^_- <>

Khamis (08.03.12) - kami kua bersama2 membuang masa di bandar SEGAMAT.. kami? hehe..aku dan en bofie la yang gemuk lagi gedempol..pastu xsporting langsung..ble mood dier dah malas nak jalan mulela wat kerenah! aishh.. en bofie ble diajak kuar memang bedesuppp tapi bab nak bersiap tu mengalahkan pengantin..terpaksa la aku menunggu dier mencari suar yg telah hilang..upe2nya tersangkut kat ampaian..hampeh! hehe..


ni bofie shaye
Mulela stat enjin kete kesayangan..sampai sahaja di depan kedai jam SUNTIME..memang berhajat nak ke situ..untuk mencari jam..yeah! finally jumpe jugak jam yang diidamkan..bleh tahan la..tak tahula kan orang lain tengok cantik ke tak..bagi aku..hurm..boleh tahanla..ngeh2..puji diri sniri..dah siap berbalut pon..sbb bukan untuk aku pon..yeah!!..hehe..

Then, singgah lak di McD.. sukela en bofie ble ajak g makan McD..order simple2 je..1 set Mc Chicken + 2 sunday coklat.. tapi tu pon xhabes..mujo order 1 set je..kalau tak memg membazir la..hehe



nyum nyum !
Pastu, rase macam nak beli sandal..singgah lak di VERNS..hurm..banyak jugak pilihan..tapi aku terbekenan ngan sandal nie..malas nak pilih2 sangat nanti jadi peneng (ting tong ting tong!)..ape yang aku nampak trus aku beli..bleh la tahan harganya..hope xrosak cepatla...asek nak beli sandal je..bengkak r macam nie..huhu..

Pastu, berdessuuuuppp lak ke Bandar Utama..parking depan kedai beg..berniat dah lame nak beli handbag untuk mak..tapi buntu banyak sangat pilihan..pilih punya pilih..jumpe jugak..hope mak suka la....hehe...tapi memg mak suka pon..sooooo hepi..tepat pilihan aku...sesampainya kat umah memg trus bagi kat mak la..tersenyum lebar mak (macam ni mak senyum ^____^)..hehe...tu je yang mampu aku beli....ternyata memg berbaloi-baloi..^_-


beg, kasut & jam

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Wednesday, March 7, 2012

<> keje bak gunung everest..tapi.. <>

kerja skolah berlambak..tapi..hape pun tak buat..inilah fenomena bila berada di rumah..keje skola xbersentuh langsung..banyak membuang masa di depan FB dan tido..perkara nie harus dibanteras secepat mungkin sebelum ia melarat..erkkk...malam nie harus menegangkan urat mata untuk tidak tido bak puteri raja..malam nie harus jadi burung hantu..perlu menyiapkan segala kerja sekolah yang telah terbengkalai lama..

cara-cara / fokus dalam menyiapkan semua kerja sekolah:
1. Tutup internet connection..supaya aku tidak berani2 untuk membuka FB
2. Letakkan azam bahawa ari jumaat sudah mau pulang ke shah alam
3. Meletakkan matlamat bahawa setiap kerja sekolah tu ade nilainya tersendiri

Yeah!! kita tengok samada aku boleh ke tak mengawal diri dari cuba melayari laman FB dan tido terlebih had..chaiyok2! yeah! hebat!


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

<> berkali-kali ku cuba..ku gagal lagi <>

berkali-kali ku cuba..ku gagal lagi..ku gagal untuk melupakannya..hampir setengah tahun kami berpisah..ingatan terhadapnya tidak pernah luntur walaupun kami sudah mempunyai kehidupan sendiri..benar kata orang "cinta pertama sukar dilupakan"..dan saya akui..memang sukar untuk melupakannya..kenangan tika bersamanya mengingatkan aku padanya..puas aku cuba untuk melupakan dia..tapi aku gagal lagi..sampai aku rasa aku patut hantuk kepalaku ke dinding supaya aku tidak ingat apa-apa tentang dia..apa yang mampu aku lakukan sekarang, menitipkan doa buatnya agar dia bahagia dengan kehidupannya sekarang.. ku harap dia bahagia untuk selamanya.. dan harapan terakhirku, ku ingin berjumpa dengannya dan meluahkan segala kata-kata yang telah terbuku lama di dalam hati ini..


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved