Wednesday, November 30, 2011

: Bahagia dengan kehadiran mereka :

: si cantik dan si kacak, makcik dan pakcik ^_^ :
: ni la famili angkatku..big famili :

Bahagia sangat dengan kehadiran mereka dalam hidupku...aku sangat bersyukur dengan kehadiran mereka dalam hidupku..aku kini mempunyai ramai ahli keluarga..keluargaku dan keluarga angkatku..aku sangat bersyukur..syukur Alhamdulillah...

Aku dan keluarga angatkatku..macam mana kami semua boleh berkenalan?..macam ni ceritanya..jeng jeng jeng..kasi gempaq sikit..hoho..

Semasa aku bekerja di JB aku rapat dengan seseorang..seseorang ni aku panggil El je..senang kan..hehe...mulanya macam nie..masa tahun baru cina tahun 2010 aku tak tahu nak stay mana sebab semua orang balik kampung kan..aku nak balik kampung tapi singkat sangat cutinya..jadi aku decide stay kat JB je..aku d'invite oleh El untuk stay kat rumah dia..aku pun buat keputusan untuk pergi ke rumah dia di Kota Tinggi..

First time aku drive ke Kota Tinggi bertiga, aku, El dan sahabat kami, Akma..aku follow kete kawanku yang sorang nie..dia memang orang Kota..macam konvoi la katakan sebab aku tak pandai sangat jalan ke Kota tu..banyak dugaan harus ditempuh, hujan, dengan tak ada pengalaman drive sejauh tu..tapi aku rempuh je..

Nak dipendekkan cerita aku sampai di rumah El.mmmmpphhh...kagum gler..besar wooo umah El..cantik lak tu decoration umah dia..first time datang felda..memang cantik..

Dup dap dup dap...berdebar-debar aku dibuatnya..almaklumlah nak tumpang umah orang kan..aku disambut baik oleh ahli keluarga El..tak pernah aku jumpa orang luar sebaik parents El..aku dilayan dengan baik...Mak dan Abah dia memang baik..Adik-beradik El juga baik..aku dilayan baik oleh mereka..disitulah bermulanya cerita aku dan keluarga angkatku..sampai sekarang aku masih berhubung dan bertandang ke rumah mereka walaupun aku tidak bekerja di JB lagi..aku mengharapkan hubungan ini akan kekal sampai keakhir hayatku..aku bersyukur dengan kehadiran mereka dalam hidupku...

Semoga kamu semua menerimaku dengan seadanya..halalkan makan minum ida..halalkan setiap tutur kata dan setiap perbuatanku..ida harap ida diterima baik oleh kamu semua..love you all forever and ever!!!

Ida sentiasa doakan, pakcik, makcik, El dan El's siblings..semoga kamu semua sentiasa dibawah lindungan Allah SWT dan diberkati hudupnya..Amin Ya Rabbal Alamin...


: time wedding kak na..sedondon..black & gray :
: kenangan bersama si pengantin :
: hehe..diberi kesempatan mengutip pitih :

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Tuesday, November 29, 2011

: Bertiga ke Bukit Cerakah :

Lokasi: Bukit Cerakah
Masa: Sabtu, 19/11/11


: saya la..hehe :
Dalam kesibukan sebagai student di saat-saat akhir untuk menamatkan semester 1, saya, Haida dan Fadilah memenuhi masa hujung minggu kami ke Bukit Cerakah..kami tiba di sana kira-kira pukul 9 pagi..pada mulanya kami berniat untuk menunggang basikal, tapi hajat kami tidak kesampaian apabila basikal tidak mencukupi..kami mengubah niat kami untuk ke rumah empat musim dan melawat disekitar kawasan tersebut..

Kami akhirnya menuju ke kren-kren yang disediakan..kami menuju ke rumah empat musim..dapat jugalah merasa winter di Malaysia..hehe..sejuk bagaikan tak terkata..memang best la...buang masa ke tempat-tempat berfaedah macam tu..kami tidak ketinggalan untuk mengambil gambar-gambar kenangan menandakan kami sudah menjejakkakan kaki ke sana..

Kami juga melawat disekitar kawasan berdekatan dengan rumah empat musim..memang enjoy la kami bertiga walaupun hakikatnya kami banyak kerja yang harus disiapkan memandangkan minggu ni adalah minggu-minggu terakhir kami disini.kami bertiga memang happy sakan..

Diharap kita-kita (cikgu-cikgu DPLI dari Group B) dipilih lagi untuk bersama-sama menjadi classmate semester 2 dan bersama-sama berpakat untuk menjalankan aktiviti bersama..

Sekian...


: Haida, Zahida dan Fadilah :

: winter season :

: hehe..tak dapat cyling bergambar ngan beskal jadila :




: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

: Exhibition Day (Low Cost Instructional Material) :

: sebahagian cikgu-cikgu dari Group B :
: Dari kiri - Zahida, Haida dan Shuhada :



 "Exhibition Day"..
Diadakan pada hari selasa, 22/11/11..

Exhibition day diadakan bagi memenuhi tuntutan salah satu subjek kami iaitu Technology & Innovation in Education (EDU 573)..kami disertai oleh students DPLI dari ketiga-tiga kelas iaitu Group A, Group B dan Group C..Kami dikehendaki menunjukkan kreativiti masing-masing di dalam teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)..kami dikehendaki mencari teknik P&P yang menggunakan kos yang rendah atau dalam BI nya "Low Cost Instructional Material"..

Group saya dianggotai oleh saya sendiri dan dua lagi sahabat saya Shuhada dan Haida..Group kami memilih video dan model sebagai teknik P&P untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris (Shape) dan target pelajar ialah students dari standard one..Saya anat berbangga dengan hasil kretiviti kumpulan kami walaupun kami tidak mendapat tempat dihati juri..kami berbangga dengan hasil kerja kami..Good job my dear friends, Cikgu Haida dan Cikgu Shuhada..

Hasil kerja tangan kami: Video dan Model (Shapes)

 


: Model-model shape (circle,triangle, rectangle and square) :





: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

: Go Go bakal-bakal Cikgu..Enjoy Your Life as Student..yeah!!! :

Go go bakal-bakal cikgu..

Menjadi seorang pendidik bukan senang sebenarnya..bagi saya bukan senangla..banyak juga steps yang harus ditempuhi sebelum melayakkan diri ke dalam bidang ni..macam kami, para pelajar lepasan ijazah yang tidak berkesempatan untuk menyambung ke bidang ini selepas habis je SPM, kami diberi peluang lagi untuk terjun ke bidang ini..macam situasi saya..lepas SPM saya tidak memohon untuk masuk ke UPSI..jadi..selepas diberitahu saya juga berpeluang untuk menjadi seorang pendidik, saya terus memohon KPLI dan DPLI..malangnya saya tidak dapat meneruskan pengajian di dalam KPLI tapi meneruskan pengajian di dalam DPLI..saya sangat bersyukur diterima sebagai seorang student DPLI..Alhamdulillah..yeay!!!..

Saya tidak bersetuju bila ada orang yang mengatakan kami masuk DPLI ni kerana ini adalah jalan terakhir untuk kami..saya tidak bersetuju sama sekali..mereka semua salah...salah sama sekali..dan yang paling saya tidak dapat terima bila ada yang bersuara yang kami ni penghalang kepada mereka dan menutup periuk nasi mereka..kami bukan menutup periuk nasi mereka..kami dipilih oleh KPM untuk menjadi seorang pendidik..kami tidak salah..kami menerima segala kata-kata mereka sebagai satu cabaran kepada kami bakal-bakal cikgu..

Walaupun kita, cikgu-cikgu dari sumber yang berlainan, saya harap kita dapat bekerja di bawah satu bumbung yang sama iaitu sebagai seorang pendidik dan dapat mendidik anak-anak bangsa kita dengan seikhlas hati..


Hayatilah lirik lagu "Guru Malaysia"



Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka

Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita

Panduan hidup kami semua



Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta


Amanah yang diberi

Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu & Lirik : Hashim Ahmad



: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

: Tak Kenal Maka Tak Cinta or Don't Judge Book by Its Cover :

orang kata..tak kenal maka tak cinta..betul apa yang orang tu kata..bila kita tak mengenali seseorang dengan lebih dekat, kita tak kan tau sifat sebenarnya..kita jangan tengok seseorang tu dari paras rupanya, dari tingkah lakunya..tapi kenal lah seseorang itu dari hatinya..banyak yang aku kenal dari hanya paras rupa..tapi bila dah bersama lama barula kenal dia macam mana..ade yang rupanya cantik tapi perbuatannya tak cantik lak..ada yang tak da rupa tapi perbuatannya cantik..begitulah sebaliknya..jadi, kenal lah seseorang dari hatinya bukan dari rupanya ataupun perbuatannya..


note: sedang mengenali hati budi seseorang ^_^

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved