Wednesday, June 16, 2010

::7 KEADAAN GANJIL MENIMPA MAYAT::


Diriwayatkan ada seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, beliau bertemu dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalan dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT. Beliau berkata " Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat berkenaan. Lantaran aku berasa insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat ".

 
Golongan 1
Mayat yang pada siang harinya mengadap kiblat. Tetapi apabila digali kuburnya pada waktu malam, wajah mayat tu membelakangkan kiblat.

Kenapa begitu?
--> Mereka ialah golongan yang mensyirikkan Allah SWT sewaktu hidupnya. Lantaran Allah SWT menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka daripada kiblat.


Golongan 2
Mayat yang wajahnya sangat elok ketika dimasukkan ke dalam liang lahad. Apabila digali kuburnya, wajah mereka bertukar menjadi babi.

Kenapa begitu?
--> Mereka ialah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.


Golongan 3
Pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila digali kuburnya pada waktu malam, perutnya terlalu gelembung, keluar ulat yang terlalu banyak daripada perutnya.

Kenapa begitu?
--> Mereka ialah golongan yang gemar memakan harta haram.


Golongan 4
Mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat berwarna hitam.

Kenapa begitu?
--> Mereka ialah golongan manusia yang derhaka kepada ibu bapa sewaktu dia hidup. Allah SWT sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhaka kepada ibu bapanya.


Golongan 5
Mayat yang kukunya sangat panjang hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya.

Kenapa begitu?
--> Mereka ialah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Ketika hidup mereka suka bertengkar dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari.


Golongan 6
Mayat sewaktu siang, lahadnya kering kontang. Tetapi apabila digali semula, mayat itu terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang sangat busuk baunya.

Kenapa begitu?
--> Mereka ialah golongan yang memakan harta riba sewaktu hidupnya.


Golongan 7
Mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri wajahnya.

Kenapa begitu?
--> Mereka ialah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal dengan ilmunya sewaktu hidupnya. Inilah golongan yang mendapat keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah SWTbaik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Post a Comment

Hye kamu yang comel, kamu boleh tinggalkan komen atau cadangan kamu di ruang yang disediakan:

® Kamu boleh comment as ANONYMOUS if kamu tiada Google Accounts / ID / Belum menjadi Friends Cik Zyda ♥

® Kamu boleh comment as GOOGLE ACCOUNTS if kamu ada akaun tersebut ♥

Terima Kasih Jalan-jalan sini. Nanti singgah lagi yer..
Sayang Kamu !..
With ♥ Cik Zyda

No comments:

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved