Wednesday, June 16, 2010

::7 KEADAAN GANJIL MENIMPA MAYAT::


Diriwayatkan ada seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, beliau bertemu dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalan dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT. Beliau berkata " Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat berkenaan. Lantaran aku berasa insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat ".

 
Golongan 1
Mayat yang pada siang harinya mengadap kiblat. Tetapi apabila digali kuburnya pada waktu malam, wajah mayat tu membelakangkan kiblat.

Kenapa begitu?
--> Mereka ialah golongan yang mensyirikkan Allah SWT sewaktu hidupnya. Lantaran Allah SWT menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka daripada kiblat.


Golongan 2
Mayat yang wajahnya sangat elok ketika dimasukkan ke dalam liang lahad. Apabila digali kuburnya, wajah mereka bertukar menjadi babi.

Kenapa begitu?
--> Mereka ialah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.


Golongan 3
Pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila digali kuburnya pada waktu malam, perutnya terlalu gelembung, keluar ulat yang terlalu banyak daripada perutnya.

Kenapa begitu?
--> Mereka ialah golongan yang gemar memakan harta haram.


Golongan 4
Mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat berwarna hitam.

Kenapa begitu?
--> Mereka ialah golongan manusia yang derhaka kepada ibu bapa sewaktu dia hidup. Allah SWT sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhaka kepada ibu bapanya.


Golongan 5
Mayat yang kukunya sangat panjang hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya.

Kenapa begitu?
--> Mereka ialah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Ketika hidup mereka suka bertengkar dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari.


Golongan 6
Mayat sewaktu siang, lahadnya kering kontang. Tetapi apabila digali semula, mayat itu terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang sangat busuk baunya.

Kenapa begitu?
--> Mereka ialah golongan yang memakan harta riba sewaktu hidupnya.


Golongan 7
Mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri wajahnya.

Kenapa begitu?
--> Mereka ialah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal dengan ilmunya sewaktu hidupnya. Inilah golongan yang mendapat keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah SWTbaik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.


: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Friday, June 4, 2010

:: PART TIME AS A MOM FOR 5 DAYS START FROM TODAY? ::


 my mom & I


hurmmm...jangan salah sangka ble sebut pasal jadi mak nie eh..hehe..aku knela jadi mak & kakak kepada adik2 aku..mak aku ade sukan antra library sluruh malaysia selama 5 hari start dari hari ni (4/6/2010)..

pagi tadi mak aku dah bertolah ngan kawan dier ke JB..nampaknya tugas besar digalas selama 5 hari..adakah aku berjaya menjadi seorang ibu selama 5hari?..kalau berjaya nampaknya aku dah leh kawen..yeah yeah..hukhuk (tersipu2 malu)..

tapi aku sunyila ble my mom xde kat umah...xbesh sangat..sape nak main badminton ngan kami nanti?..sape nak marah2 kami?..sape nak terangkan apa yang ada dalam paper hari nie?..hurmm...sius..rindu bangat sama kamu emak..baru 1hari aku ambil alih tugas mak..hurm..boleh tahanla..bangun lewat dalam kol 9.30a.m..hehe..pastu kemas umah dari ruang tamu 1, ruang tamu 2, dapur lame & dapur agak tak baru..huhu..then, sidai baju yang berbakul2 disebabkan baju abah yang terlalu banyak..huhu..mm..kul 11 lebih dah start masak..huhu..penat gak jadi mak nie..sakit bahu, tulang blakang dan segala tulang yang aku ada..mm..tapi besh ape..aku kira dah ade bakat jadi sorg mak..huhu...tunggu orang datang meminang je nie..sapela yang sudi ye..harap2 Dimas dalam cite "Benci Bilang Cinta" la..huhu..


Dimasku..hehe


ok la..doa2kan aku berjaya mengalas tanggungjawab ini selama 5hari ye kawan2..dan kepada adik2 aku yang kat umah ni..tolong2 la sket kakakmu mengemas..janganla dok wat sepah..penat woo..hehe....

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved