Saturday, April 18, 2015

Kenangan Terindah Bergelar Seorang IBU !!!

Khamis, 2 April 2015


Planning hari ni nak MC sebabnya nak pergi scan perut kat poliklinik. Si suami pun plan nak cuti, katanya nak study tuk exam sabtu ni. So 2-2 cuti hari ni. Pagi-pagi lagi 2-2 dah bangun dari tdo dan ingin bersiap awal. Suami nak teman si isteri pergi klinik katanya nak scan baby. Si isteri mandi dulu. Di dalam bilik air, tiba2 rasa ade bendalir merah keluar. Dalam hati berkata, hari ni ke masanya. Keluar bilik air semula bagitau si suami ada darah keluar. Suami tak paham. Huhu.. sabar jela. Ulang balik ayat yang sama “ada keluar darah, dah nak bersalin ke abg?”.. muka abang berubah.. cepat2 dia telegram grup family dia apa tanda nak bersalin.

Si isteri masuk semula ke bilik air dan mandi secepat mungkin sebab si suami belum mandi lagi. Dah siap keluar bilik air, cepat2 cek barang dan packing siap-siap dalam bag.. si suami bergegas masuk ke bilik air dan mandi secepat mungkin. Si isteri masih steady lagi. Tak kelam kabut.. cool je. Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa takutnya nak bersalin..

2-2 dah bersiap, bag dah packing. Masa untuk bertolak. Pada mulanya juz nakkan confirmation, pergi dulu ke klinik panel asben. Nak tanya doctor tu ke tanda nak bersalin. So doctor kata better pergi ke hospital bersalin dan barang-barang jangan lupa bawa. Keluar dari klinik, kol mak bagitahu rasanya along dah nak bersalin. Dan minta mak temankan ke hospital bersalin sekali almaklumlah si asben takde pengalaman nak sambut anak.. hihi.. balik ke rumah mak, tukar kereta yang lebih selesa dan bergegas ke hospital pantai ayer keroh, Melaka. Sejam lebih baru tiba di hospital (dalam pukul 1 lebih tengahari). Alhamdulillah sepanjang perjalanan masih relax tanpa ada tanda nak bersalin sangat. Masuk hospital dan berjumpa dengan nurse kepada doctor Hanisah. Bagitahu dia, darah dah keluar pagi tadi. Cepat-cepat dia suruh masuk labour room. After cek, kata nurse dah buka 3 cm. Dr Hanisah masih tidak kunjung tiba. Kata nurse dia nak sambut 2 orang baby. Ak masih cool di dalam bilik.
Nurse suruh ak tukar bilik. So aku bergerak ke bilik lagi satu ditemani suami. Si suami sabar dan tabah dengan kerenah si isteri on dat time. 

Jam menunjukkan pukul 3 lebih. Masih relax duduk di bilik dengan berpakaian uniform hospital. Nurse memasang alat untuk cek constraction baby. Tiba masanya ak sudah berasa tidak keruan. Sakit sudah mendatang. Nurse menyuruh asben mengurut belakang ak. Suami pun urut tapi masih tidak dapat mngurangkan kesakitan yang dialami. Hanya Allah tau kesakitan sakit nak bersalin tu. Sakit tulang belakang yang teramat sakitnya. Nak tercabut nyawa rasanya. Ak baring ke kiri dan ak ke kanan. Kadang2 menjerit kesakitan dan menangis meraung. Ya Allah. Sakitnya. Asben mengajar ak membaca pelbagai ayat al-Quran untuk mengurangkan kesakitan tu. Tapi ak masih sakit. Asben sentiasa di sisi ak ketika itu untuk menenangkan si si isteri yang sakit..

Doctor Hanisah menjengah masuk untuk melihat masa constraction. Makin cepat constraction menandakan tiba masa untuk bersalin. Jalan dah buka 8 cm. Ak rasa tiba masa untuk keluar baby di dalam rahimku. Nurse dan doctor mengajar ak cara untuk meneran. Kakiku dibengkokkan. Doctor dan nurse bertalu-talu menyuruh ak menarik nafas dan curi nafas. Ak dah takde tenaga ketika tu. Doctor dan nurse cakap pon ak tak endahkan. rasa nak tdo je. Tapi ak tetap buat apa yang disuruh. Aku push dan push. Memang susah nak teran. Tak keluar-keluar juga baby. Doctor kata awak buat macam awak sembelit. Ak cuba lagi.. tapi still tak boleh. Ak rase macam nak berak ada lah. Tapi sebenarnya itulah baby nak keluar. Bukan tahi sebenarnya. huhu. Ak frust sangat.. dah 10 cm buka pun ak masih tak boleh nak keluarkan si kecik ni. Doctor kata dah setengah jam tapi awak masih tak boleh. Akhirnya, doctor decide nak vacuum. Ak kalau boleh tak nak baby ak di’vacuum’. Tapi apakan daya. Ak masih tak mampu nak push. Akhirnya baby aku keluar dengan bantuan vacuum. Nyawa ak dah rasa seperti nyawa-nyawa ikan. Takde perasaan lain, hanya penat yang teramat. Baby keluar dan diletakkan di atas badan ak. Tapi ak masih tidak bertenaga. 

Akhirnya kedengaran bunyi baby menangis. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah atas kurniaanMu. Baby diserahkan pada ayahnya untuk diazankan dan diiqamatkan. Ak dibersihkan oleh nurse. Akhirnya, penantian kami berakhir. Kami digelar ayah dan ibu kepada si kecil Aisyah Dhia Irdina =)

Tempat lahir: Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka
Berat : 2.85 kg
Masa: 8.17 malam

Detik dan Ketikanya:

Menanti saat itu.. Debonya..

After deliver my baby.. Akhirnya.. Penantian yang dinanti setelah mengendongnya
9 Bulan 5 Hari

Suami sabar menanti di sisi.. Di dalam hatinya ku tahu dia memikirkan exam yang bakal diambil esok harinya

Oh..my baby.. Pengikat kasih sayang aku dan suamiku..It's a girl =)

Study untuk exam di sisi katil aku. Snap pic dia secara sembunyi ^_^ i lap u abang







: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Friday, October 31, 2014

OH Tuhan.. Ku cinta dia..




Oh Tuhan.. Ku Cinta Dia.. Opppsss... Teremosi Kejiwangan pulak..!!

Genap setahun 2 bulan hidup bersama tatkala aku menekan keyboard komputer aku ni.. Now, bukan berdua dah.. InsyaAllah bertiga tidak lama lagi.. In my tummy, dah 3 bulan lebih.. Alhamdulillah.. Syukur atas kurniaan Mu.. 

Ni ler suami.. Teman gaduh suka2.. Teman buli time sekarang ni.. "Abang, beli itu..Abang beli ini".."Ayang teragak nak makan ni la".. Ayang nak yang tu bole".. hikhik.. kesian tengok suami.. layankan kerenah isteri yang sudah membuncit pewotnya.. Tempoh pregnancy setakat ni.. Urm.. nak cerita.. teruk beno rasa.. Muntah pagi, tengahari, petang dan malam.. Mangkuk tandas dah jadi teman setia aku menadah makanan yang tidak hadam.. Tak pun, air liur sahaja yang keluar.. Kekadang tu, dah tak larat bebenor nak pergi kerja.. MC la hari ni.. "Abang, teman ayang pergi klinik ye..nak MC la hari ni..tak larat nak pergi kerja..pening-pening..muntah-muntah".. Kesian tengok suami sekarang.. Kalau nak dicerita banyak.. memang banyak yang berubah masa pregnant sekarang ni.. Dapur!!! oh! tempat terlarang untuk aku jejak.. Kalau pergi saja, gerenti tekak kembang semangkuk.. Tak sempat nak cari mangkuk tandas.. Singki dapur jadi mangsa.. hikhik.. Hand wash kat dapur pun ak tak boleh bau.. ewwww... Kembang ler.. Apa nak jadi aku ni.. Bukan mengada-ngada.. Tapi.. memang mengada time ni je..hihi.. 

Kalau nak diceritakan keadaan rumah sekarang.. fuhhh..!!! tonggang langgang aka tongkang pecah.. dapur memang tak berasap.. barang sepah-sepah.. nak buat semua benda rasa tak larat.. nak kemas apetah lagi.. katil juga la jadi penyeri mata aku sekarang.. balik kerja, penat.. naik ats katil..terbongkang.. maghrib..tak usah cerita.. lepas solat maghrib, naik atas katil empuk.. layankan diri.. terlelap juga akhirnya mata ni.. kalau nak kata.. memang sepanjang ni.. terbaring dan tidur sahaja kerjanya.. apelah nak jadi dengan ko zyda..huhu..

Pernah sekali tanya suami.. Lepas ni nak tambah lagi ker.. Tak nak rancang?.. Katanya tak payah rancang.. Ada rezeki, ada lah.. hihi.. Dalam hati, dalam fikiran.. Takut pulak second baby nanti alahan macam yang ni.. Hopefully tidak la.. Semoga dipermudahkan urusan ak..

Doakan aku supaya aku dapat melahirkan anak aku ni dengan mudah, normal dan sihat babynya.. dan doakan yang baik-baik sahaja ya keluarga yang baru aku bina ni.. =)


- TAMAT -

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

Wednesday, September 17, 2014

Alhamdulillah !!!


Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah..

Ulangtahun perkahwinan menginjak ke angka setahun.. Alhamdulillah.. Dikhabarkan dengan berita gembira..seminggu selepas ulangtahun pertama perkahwinan..Aku dikhabarkan dengan khabar berita yang cukup indah.. Meh nak cerita dulu macam mana dan apa yang berlaku sebenarnya..

Aku rasa aku dah 24 hari tidak datang bulan since last date period lalu.. Rasa macam tak kena.. Malam hari tak ingat berapa haribulan aku masuk bilik dan ambil pregnancy test di dalam almari.. masuk bilik air..dan..Hampa ='(.. Biarkan saja pregnancy test tu dalam bilik air.. Masuk bilik dan rasa sedih.. Hanya satu line je.. After 15 minutes terasa nak tengok semula pregnancy test tu.. Wah.. Teruja.. ada 2 lines.. Dalam hati.. Yeker?.. Muka dah mula mengukir senyuman.. Ambil fon dan snap picture pregnancy test tu.. sent picture tu kat husben through wassap dan masa tu dia di ruang tamu ja.. Aku menapak ke ruang tamu.. Muka dia selamba ja.. Tak tengok fon rupanya.. Then, suruh tengok wassap.. Dia ye tak ye je yakin ada.. Aku apa lagi.. nanti kita check doctor ye.. Okey, tapi tunggu seminggu ya.. Aku jawab.. Baiklah.. After seminggu, check doctoc.. Alhamdulillah.. Positif.. Kurniaan Allah.. Setelah setahun menunggu.. Alhamdulillah.. Doa kami dimakbulkan Allah..

Now, baby dalam perut dah 2 bulan lebih.. Aku dijangka melahirkannya tahun depan bulan 4.. Semoga aku sabar menghadapi morning sickness ni.. dan semoga aku dapat melahirkan anak kami ini secara normal.. dan baby dilahirkan dengan sempurna sifat serta sempurna fizikal dan dapat menjadi anak yang soleh dan solehah.. doakan ya rakan-rakan blogger..

Okey.. Habis Cerita =)


_______________________________TAMAT_______________________________

: Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too :

soulmate !

Image Hosted At MyspaceGens

Kisah Kita !

Daisypath Anniversary tickers
Copyright© Bellezyda.blogspot.com. All Rights Reserved